Aktiviti saya dari pagi sampai malam…

Suka untuk saya kongsikan sesuatu yang belum pernah kongsikan kepada anda dengan terperinci. Hari ini, saya ingin kongsikannya, khusus untuk anda, yang pernah bertanya…

“Apakah aktiviti IK se harian?”

So, hari ini, saya akan kongsikan kepada anda… bukan sahaja jadual, tetapi juga beberapa tips dan teknik kejayaan yang saya amalkan.

Namun, sedikit peringatan, ini adalah hari saya yang biasa. Bukan hari jika saya perlu lakukan travelling. Bukan hari-hari yang saya kendalikan program atau training penuh. Kalau hari saya mengendalikan program sepenuhnya, memang dari pagi sampai ke malam lah kendalikan talk!

So, kebiasaannya beginilah hari saya…

5.30am

Saya suka bangun awal pagi. Kerana percaya rezeki dan keberkatan adalah pada berpagi-pagi. Hadis pun ada sebutkannya. Waktu pagi inilah waktu kita sentiasa fresh dengan idea idea baru dan juga semangat baru untuk mulakan sesuatu dan mulakan hari.

Awal pagi saya akan bersenam dulu selama 20 minit. Selepas beberapa jam terbaring sahaja tidur, sangat2 baik untuk badan menjadi aktif kembali. Bukan sahaja itu, bersenam setiap hari akan memberi pelbagai manfaat kesihatan!

Kalau berjaya dan kaya tapi tak sihat, apa gunanya kan. So, saya pastikan badan sihat dan minda pun termotivasi.

Oh ya, kalau anda rasa anda “kurang motivasi”, most probably sebab badan kita kurang sihat. Bukan sakit. Tapi maksud saya, jika seseorang itu tidak aktif dan tidak bersenam, minda pun akan jadi tidak aktif dan lemah. Sebab itulah tiada motivasi…

Selepas bersenam, saya akan luangkan 2 jam untuk lakukan kerja. Most of the time, kerja-kerja saya di hadapan laptop sahaja! Tetapi yang bestnya adalah, bekerja 2 jam di awal pagi, umpama boleh siapkan kerja bernilai 3-4jam jika dilakukan dengan betul. Waktu pagi adalah waktu paling produktif dan waktu inilah sering kali saya hasilkan content dan bahan ilmu untuk dikongsikan dengan anda!

7.30am

By now, anak2 pun dah bangun dan bersiap2 untuk ke sekolah. Jika kerja saya siap, saya juga akan hantar anak2 ke sekolah. Kalau tak, isteri saya, Shaz yang akan hantar. Bagi yang tidak tahu, perniagaan saya, IKSB adalah perniagaan suami isteri. Cuma yang sering ke hadapan adalah saya sahaja. Shaz sering kali behind the scenes sahaja mengendalikan accounts dan HR.

8.30am

Lepas anak2 ke sekolah, baru lah kami berdua breakfast di rumah dan relax. Adakalanya menonton Netflix! Inilah manfaatnya menjalankan perniagaan dari rumah. Lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga.

Tapi ingat, ni dah selepas melakukan kerja 2 jam non stop!

11.00am

Seringkali saya akan set meeting atau appointment selepas jam 11.00am. Saya akan ke pejabat di Dubai Business Bay. Krew-krew saya di pejabat by now dah mula bekerja, tetapi oleh kerana perniagaan saya mempunyai SOP (Standard Operating Procedure) yang simple untuk diikuti, perniagaan boleh berjalan tanpa penglibatan saya. Bayangkan seperti Mc Donalds atau KFC. “Pemilik” perniagaan tersebut tidak perlu pun ada di pejabat, tetapi perniagaan tetap dapat dijalankan di serata dunia oleh sesiapa sahaja!

Saya juga mempunyai beberapa perniagaan lain, seperti import dan export produk kesihatan (buat masa ini belum lagi di Malaysia, hanya di timur tengah), perniagaan app development di mana pekerja-pekerja saya kebanyakannya hanya oursource sahaja sehingga di Pakistan, India, Indonesia dan Malaysia. Dan beberapa perniagaan offline di Malaysia (yang tidak menggunakan jenama “Irfan Khairi”). Kalau nak tahu perniagaan-perniagaan saya yang lain, perlulah dapatkan ebook saya, www.9dari10.com

Waktu di office saya juga, saya akan berhubung dengan team saya di Malaysia, IKSB (Malaysia), untuk dapatkan update atau kendalikan apa sahaja perihal perniagaan di Malaysia pula.

Adakalanya perlu juga live conference dengan client-client saya yang berada di beberapa buah negara.

Terlanjur saya sebut tentang client-client saya, saya kini tidak kongsikan client atau global business partner di media sosial saya. Ini kerana, beberapa kali saya pernah menyebut tentang client atau global partners saya, ada sahaja orang yang tak bertanggungjawab akan hubungi mereka dan cuba mendapat business dari mereka dengan menggunakan nama saya. Ya, orang Malaysia lah yang selalu lakukan ini 🙁 Bukan sekali tetapi dah beberapa kali. Pesaing saya pun akan melakukan ini. Sejak itu, perniagaan saya yang tidak kena mengena dengan pasaran Malaysia, saya jarang kongsikan oleh kerana ianya adalah entiti/perniagaan yang berasingan.

2.00pm

By the time lunch time, saya akan berubah tempat. Jujurnya, pejabat saya di Dubai mempunyai beberapa pekerja orang Arab. Dan banyak kerja yang melibatkan panggilan/phone calls oleh mereka. Macam call center jadinya. So, agak susah saya nak fokus kalau lama sangat di pejabat. Dah la 4 tahun saya di Dubai saya masih belum faham bahasa Arab!

Saya akan ke mana-mana cafe atau restauran yang berhampiran untuk sambung buat kerja lagi untuk beberapa jam. Cafe-cafe di Dubai sangat cantik, selesa dan high-end. Oleh itu, untuk buat kerja, sangat-sangat terinspirasi!

Apa yang saya dapati adalah, teknik berubah tempat kerja juga ada manfaatnya. Pagi saya kerja dari rumah. Tengah hari saya kerja di pejabat. Petang sambil lunch ringan, saya bekerja dari cafe atau restoran pula. Setiap kali berubah tempat memberi inspirasi dan motivasi baru untuk produktif. Apa kata anda cuba!

Di sekeliling pejabat saya memang banyak cafe-cafe. Burj Khalifa dan Dubai Mall juga berhampiran. Jadi tempat untuk buat kerja memang banyak oleh kerana seperti ramai hari ini, menggunakan laptop sahaja.

Di Dubai juga ada satu app (mungkin di Malaysia pun ada saya tak pasti) di mana, melalui app ini mempunyai membership fee, seseorang boleh kerja secara mobile tak kiralah berapa lama di tempat-tempat yang ditetapkan. Ianya umpama “co-working” space, tetapi boleh berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain ikut suka hati kita. Tidak seperti co working space yang biasa, kita hanya terhad kepada satu tempat sahaja kan?

Melalui app ini, usahawan boleh melakukan kerja di co-working space, cafe, restauran, hotel yang berbeza setiap masa. Jadi bagi saya, sambil2 bekerja di tempat-tempat lain itu, waktu itu juga saya kendalikan meeting kalau ada.

Kalau app ini tiada lagi di Malaysia, mana tahu sesiapa sahaja yang terbaca ini boleh lakukan. Nama app ini adalah LetsWork!

2-3 jam juga saya dapat melakukan kerja waktu ini dan kemudian…

5.00pm

Waktu ini sering saya dedikasikan untuk LIVE bersama anda di Facebook/Instagram! Sebab itu kini saya sering live berhampiran dengan Burj Khalifa tahun ini. Oleh kerana pejabat saya dan juga tempat kerja saya adalah berhampiran.

Biasanya saya akan prepare untuk live dalam 20 minit sebelumnya. Maklumlah, untuk memberi ilmu yang terbaik untuk anda, saya juga perlu prepare untuk memastikan anda dapat the best knowledge possible untuk perniagaan dan kejayaan.

Pastikan anda menonton setiap kali saya LIVE ya. Dan jangan lupa PENGERASSS…. kena share!

6.00pm

By now, most of kerja-kerja saya dah siap untuk hari itu. Seperti yang anda lihat, kebanyakan kerja saya di Dubai, saya lakukan seorang diri sahaja dan selebihnya saya deligate/outsource kerja kepada orang lain di Dubai, Malaysia dan serata dunia. Zaman ini, itulah kelebihan menjalankan perniagaan. Kita boleh outsource dengan cara yang mudah dan juga murah.

Jika semua complete, saya akan pulang ke rumah.

Seminggu untuk beberapa kali saya akan kendalikan talk perniagaan di training center saya di Business Bay Dubai untuk sejam dua, selaluya waktu malam (kelas malam).

Sebulan sekali saya akan pulang ke Kuala Lumpur untuk kendalikan sekurang-kurangnya 8 program di pusat latihan saya di Oval Damansara pula.

Ni satu lagi perkara mungkin anda tidak tahu mengenai saya di Dubai. Di Dubai, saya tidak bawa kereta. Tidak ada lesen! Isteri saya ada lesen. Ini kerana kereta di Dubai adalah left-hand drive. Tak seperti di Malaysia. Untuk mendapatkan lesen left hand-drive perlu masuk sekolah memandu sekali lagi. Isteri saya rajin, jadi, dia sahaja yang mendapatkan lesen memandu international.

Saya pemalas. Lebih-lebih lagi nak masuk semula kelas memandu! Oleh itu saya tak memandu di Dubai.

Tetapi, juga ianya adalah pilihan saya. Zaman ini dengan pelbagai app seperti Uber dan Careem (Grab di timur tengah di kenali sebagai Careem), transportation menjadi sangat-sangat mudah.

Juga di Dubai, Uber atau Careem, paling minimum adalah kereta jenama Lexus. Ya, ianya adalah kereta mewah sahaja. Kereta-kereta lain tidak dibenarkan jadi Uber!

Oleh itu, Uber adalah sangat selesa dan agak mewah di Dubai. Dan itulah mode pengangkutan utama saya. Tak perlu pun ada driver full time dah.

Sebagai tambahan, ketika dalam perjalanan sebeginilah saya mencuri masa untuk lakukan kerja yang sangat penting untuk saya. Iaitu membalas komen-komen anda di Facebook dan Instagram sebagai tanda penghargaan anda sering sokong saya dengan cara meninggalkan komen selalu!

Ya, komen-komen anda lihat di media sosial, semuanya saya balas sendiri dengan full of heart sepenuh hati! Bukan PA atau pekerja saya. Saya PA pun tiada! Jadi, anda pun bila menulis komen, perlu tulis sepenuh hati juga ya 🙂

7.00pm

Selalunya saya sudah berada di rumah. Akan dinner dengan isteri dan anak-anak. Kebiasaannya Shaz akan masak sendiri. Adakalanya juga akan makan luar sambil bawa anak2 berjalan atau menonton movies. Hari ni pun sambil menulis ini, dah meracang untuk menonton movies juga sempena birthday saya!

Jika anda belum baca ebook saya 9dari10, mungkin anda tak tahu bahawa saya berjumpa isteri saya Shaz buat pertama kali (blind date) juga di panggung wayang!

8.00pm

Kebiasaannya waktu ini saya dah tak buat kerja dah. Melainkan ada perkara penting yang perlu dilakukan. Selalunya, by now saya dah tak buka media sosial dah. Internet pun dah tak buka. Smartphone pun sudah OFF. Inilah masa bersama keluarga atau “me time” menonton Netflix!

Saya suka menonton pelbagai movies, series, English ataupun luar negara (Spanish/Korean). Juga dokumentari yang memberi pelbagai ilmu dan membuka fikiran, bergantung pada mood.

11.00pm

Sebelum tidur, saya akan bertafakur. Berfikir. Bersyukur atas hari yang produktif, dan meracang untuk esok yang lebih produktif. Masa ini juga saya merancang, mencari idea, mencari inspirasi, strategize untuk perniagaan-perniagaan saya.

Sebagai usahawan, sering kali kita asyik bekerja dalam perniagaan sahaja non stop dan tidak memberi masa untuk berfikir, merancang dan strategize. Take a break! Jika kita tak strategize dan merancang perkara-perkara baru, perniagaan kita akan sentiasa di satu tahap yang sama sahaja.

Dan strategizing, saya sering lakukan sebelum waktu tidur kerana semalam dah jadi sejarah dan esok adalah hari yang baru!

Terima kasih sekali lagi kepada anda yang mengucapkan selamat hari lahir hari ini kepada. Mudahan aktiviti hari saya memberi inspirasi kepada anda juga!

So apa pendapat anda tentang jadual harian saya? Kongsikan di bawah!…

Irfan Khairi
Dubai, UAE

PS: Jika anda ingin tahu cara saya mulakan perniagaan kecil-kecilan, dan membina jenama perniagaan di Malaysia dan juga global, pastikan anda mendapatkan ebook 9dari10 di www.9dari10.com di mana saya kongsikan teknik dan strategi kejayaan perniagaan yang saya lakukan pada kos yang rendah!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.