Ramai yang takut-takut memberitahu idea yang mereka miliki. Sebagai contoh, apabila terfikir idea yang hebat, idea tersebut di simpan- takut nanti orang lain curi pula idea kita.

Bukan mengatakan ia tidak pernah terjadi- memang ada kalanya sekiranya kita berkongsi idea yang hebat, orang lain akan ceduk idea kita dan kita tidak dapat apa apa.

Tapi benarkah kita tidak dapat apa-apa?

Sebenarnya, apabila kita membebaskan idea hebat kita kepada orang lain, kita akan menjadi lebih kreatif. Ini kerana, secara psikologi, ia memaksa kita untuk mencari idea yang lebih baik daripada idea asal tersebut. Ia juga memaksakan kita mengambil tindakan yang pantas untuk merealisasikan idea kita.

Dengan hanya menyimpan idea yang kita ada, kita bagaikan tidak mempunyai apa lagi dan idea tersebut adalah “reserve” terakhir yang kita miliki. Ini hanya menghalang diri kita untuk berkembang menjadi lebih maju.

ps: Tip 1 minit adalah contoh saya berkongsi idea-idea dan memaksa diri saya untuk menjadi lebih kreatif dan hasilkan lebih banyak tip-tip baru & pencapaian baru :) psst… Ahad ni ada lagi pencapaian terbaru saya. Nampak gayanya dapat lagi la ucapan “tahniah” dari anda :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Buku idea perniagaan saya
  • Lompat si katak lompat…
  • Semua orang mempunyai idea hebat
  • ADA idea tetapi TIADA modal