Melakukan kerja susah atau mudah?

Mereka yang berjaya melakukan kerja-kerja yang susah. Mereka yang tidak berjaya melakukan kerja-kerja yang mudah.

Mengapa hanya 2% sahaja di kalangan kita mencapai kejayaan yang cemerlang? Ini kerana 2% itu sanggup melakukan kerja-kerja yang susah.

Nak berjaya dengan cemerlangnya, bukanlah suatu perkara yang mudah. Kalau mudah, mungkin 98% yang mencapai kejayaan yang cemerlang. Tetapi, fakta sedihnya, hanya 2% sahaja dalam industri masing-masing mencapai kejayaan cemerlang.

Bagi mereka yang berjaya, mereka sanggup melakukan kerja yang susah. Mereka tahu, kerja itu susah, leceh, dan banyak tetapi, mereka lakukan juga.

Kerja yang susah pula menjadi senang sekiranya kita benar-benar minat dengan kerja tersebut. Sebab itulah, dalam apa sahaja kita lakukan, seperti perniagaan, pastikan kita benar-benar minat dalam perniagaan itu. Maka, menjalankan perniagaan tersebut akan dilihat seperti mudah (walaupun susah)

So, jom lakukan kerja2 yang susah 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

29 thoughts on “Melakukan kerja susah atau mudah?

  1. Salam…salam…

    Yg 98% tu mcm biasa la…bila bisnes kejenya nak sikit, tapi untung nak lebih (jgn mare aaa 😉 ).

    Cakap ttg bisnes ni, ramai yg tahu pulangannya 9 kali ganda berbanding dgn orang makan gaji.

    Tapi bila sebut saja yg bisnes juga perlukan 9 kali ganda usaha, sabar dan segala macam lg yg susah2, lagi ramai rupanya yg tak nak ambik tahu…tak pun buat2 tak tahu (termasuk saya la tu 🙂 )

  2. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

    Help yourself and control the ego. You will achieve the success.

    Boleh tak cam tu, Dr IK? =D

  3. Untuk membuat kerja-kerja yang susah, mesti mempunyai azam yang kuat dan berfikiran positif. Masih ingat pepatah Melayu “Berakit-rakit dahulu,
    berenang-renang ke tepian.
    Bersakit-sakit dahulu,
    Bersenang-senang kemudian”.
    Ayuh, sama-sama kita mengorak langkah mulai sekarang sebelum terlambat.

  4. Buat yang kita minat, yang susah pun akan manjadi mudah. Itu adalah faktanya.

    Dalam perniagaan, kejayaan biasanya lebih menjadi mudah jika kita buat apa yang kita minati. Pastinya usaha itu perlu diutamakan.

    Bukan mudah dalam menjalankan perniagaan. Buat yang kita minati, insyaAllah perniagaan akan berlipat ganda berkembang.

  5. Assalamualaikum Tuan Rumah,

    Artikel di atas menarik untuk diberi komentar khususnya pada petikan ini,

    “Bagi mereka yang berjaya, mereka sanggup melakukan kerja yang susah. Mereka tahu, kerja itu susah, leceh, dan banyak tetapi, mereka lakukan juga.”

    Ambo setuju benar….

    Salam ceria & inspirasi

    “Pray Hard, work smart & creative”

    Assalamualaikum

  6. Jika anda dah tahu teknik bisnes yang terbukti berkesan, maka dah tak susah sebenarnya… yang susah tu sikap malas dan malas dan malas nak buatt…. tapi nak kaya?

  7. Setiap kejayaan pasti didahului dengan pengorbanan..korban masa, duit dsb..yang penting tanggungjawab utama tak diabaikan..

  8. Salam Mari teman berteman bersama saya..

    Saya sokong dgn kenyataan Tuan IK kerana bukan mudah dlm kehidupan kita untuk mencapai kejayaan yang cemerlang jika kita tak sanggup untuk melalui kerja-kerja yang susah. Tiada apa didalam dunia ini yang MUDAH untuk dicapai.

    Tq..

  9. sentiasa fokus dengan matlamat kita untuk berjaya..maka perkara yang susah pada pandangan kasar,akan nampak mudah jika kita sabar untuk dapatkannya..

    To IK …terima kasih atas bimbingan & tunjuk ajar diberi pada workshop yang lalu
    (1May 2010)

  10. Memang ramai orang suka pada yang senang. Dah senang nak lagi senang…

    Tidak ada orang yang mahu mendapat susah.
    Tapi biasanya yang susah akan terus susah
    jika tidak mahu berubah….

  11. Bagi saya kerja yang paling susah dalam bisnes ialah skil membuat jualan. Jika kita berjaya mengatasi segala kelemahan dan mula mendapat faedah daripadanya maka potensi untuk terus maju amatlah cerah.

  12. Betul tu FAN, kita ada 24 jam sehari.. Kadang2 orang ada masa untuk relax.. sedangkan dalam masa yang sama kita dok cari ilmu, buat research, keluar modal wang, masa dan tenaga.. tak ke susah namanya tue.. dahlah kerja makan gaji, baki masa yang ada tulah nak buat itu ini, untuk 3 generasi, ibubapa, kita sendiri dan anak2.. dan untuk 3 perkara, menyelesaikan hutang2 masa lalu, untuk makan hari ini dan untuk simpan masa hadapan.. Fisabilillah.. Jihad ekonomi.. selagi ada kehendak dan kudrat.. bersyukurlah andai kita masih berupaya melakukan kerja2 susah kerja kerja2 yg mudah, bukan semua juga mampu melakukannya…

  13. setuju sangat2…mmg susah pd mulanya susah sangat.alhamdulillah perniagaan menjual pakaian saya akan bermula pada 10may ni..stlh mcm2 cabaran dilalui,.only the strong will survive.

  14. kerja susah selalunya pada permulaan sahaja.. tapu lama kelamaan akan jadi mudah… jadi lebih menarik..

    dan hasilnya selalu memberangsangkan…

  15. Setuju dengan pandangan tersebut..Kerja susah akan jadi mudah sekiranya kita minat dengan kerja yang kita lakukan kerana dari situlah datangnya keseronokan dalam berkerja.

  16. Info yang menarik. Memang ramai yang cuba elakkan melakukan kerja yang susah.
    Ye lah kan..kerja susah.
    Kena tempuhi kesusahan lah untuk berjaya.

  17. Salam tuan IK… saya sangat setuju dengan pandangan tuan mengenai perkara nie, sebab sekarang ramai yang berminat dengan kerja senang pastu nak duit banyak dengan bermalas malasan… tiada benda di dunia nie yang senang dapat tanpa usaha yang gigih… kalau betul senang dah ramai rakyat makaysia yang kaya raya…

  18. Salam, Sudah tentu kerja mudah…
    Ramai nak mudah tapi tidak menilai potensi sesuatu busines itu terlabih dahulu…
    jadi nilailah peluang ini bersama Education + online Busines + network markerting
    ditambah baiik dgn adanya Ilmu + system + mentor barulah bermulanya kuasa Tindakan utk merealisi kan impian bersama.

    Membantu Lebih Menjayakan…
    nak kaya & bergaya!!! ayuh dalam perniagaan.

  19. Susah dalam melaksanakan satu- satu kerja memang lah ada.. sometimes rasa nak give up pun ada juga disebabkan halangan, hilang tumpuan, dan juga hilang keyakinan. Bagaimanapun, tepuk dada tanya selera.. semoga kesusahan tersebut berbaloi pada akhirnya 🙂

  20. Walaupun saya agak kurang arif mengenai hal nie… tapi artikel nih memberi imput baru kepada saya… terima kasih atas penulisan yg bermanfaat nie… teruskan berkarya.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.