Mon 21 Jun 2010
Menconteng buku - teknik saya guna untuk ingat lebih banyak perkara
Posted by Irfan Khairi under Tip MotivasiKita tahu bahawa membaca adalah penting untuk menambahkan ilmu kita kan?
Tetapi, ada juga yang membaca tetapi, tidak berjaya mengaplikasikan apa yang di baca. Mungkin kerana terlupa atau tidak menggunakan teknik yang betul dalam menambahkan pemahaman ketika membaca.
Satu tip mudah apabila membaca buku, ambil pen dan conteng pada buku tersebut
- Garis perkataan atau nota yang penting
- Letak bintang di bahagian margin sekiranya terdapat sesuatu yang anda ingin laksanakan
- Tulis di bahagian margin nota-nota anda sendiri dan bagaimana anda boleh aplikasikan apa yang di ajar
Dengan menconteng- garis, letak bintang dan menulis nota, kita akan dapaat menggandakan pemahaman kita pada apa yang di baca. Sejurus selepas habis memabaca buku tersebut, go through another round dan fokus pada contengan-contengan anda. Aksi melakukan ini kali kedua akan menggandakan ilmu dan pemahaman kita.

Contoh salah satu buku yang saya baca kena conteng… semua page lebih kurang camni
Tambahan: Dato’ Dr Fadzilah Kamsah juga pernah cerita pada saya, beliau juga “berinteraksi” dengan buku yang dibaca dengan menulis pada buku itu sama ada bersetuju… atau tidak setuju… atau sama ada pembaikan yang boleh ditambahkan pada buku yang di baca.
Sayang pada buku sebab taknak kena conteng?
Haa… patut kita sayang pada buku, atau sayang pada ilmu yang kita terlupa?
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


June 21st, 2010 at 5:31 pm
Salam..sy pun pernah conteng buku teks sejarah form 4 n 5. tapi dengan pensel je la. catat point sebab guru kami ajar catat kat buku supaya nanti nak baca buku, dah nampak catatan kat buku, so senang la ingat. kadang2 tu, masih ingat waktu dia bcakap padahal tengok nota tu je. bagus artikel ni..thanks
June 21st, 2010 at 5:33 pm
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Ayat ini menarik..
“Haa… patut kita sayang pada buku, atau sayang pada ilmu yang kita terlupa? ”
Idea praktikal yang boleh dimulakan serta merta.
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
June 21st, 2010 at 6:18 pm
T/kasih IK. T’ingat ketika di bangku sekolah dahulu; cara untuk ‘ikat’ ilmu agar ia tidak mudah ‘lari’ adalah dengan menulis.
Bertepatan dengan artikel kali ini.
T/kasih sekali lagi.
June 21st, 2010 at 7:34 pm
Salam,
Teknik menconteng buku memang sangat sebetulnya. Ia dah lama diamalkan oleh murid-murid belajar kat pondok (menadah kitab)
June 21st, 2010 at 9:29 pm
Memang conteng buku bagi kita satu perbuatan yang mencomotkan buku tapi kita akan lebih ingat fakta yang penting untuk sesuatu pemahaman
June 21st, 2010 at 10:16 pm
Saya dah mula sedar kesilapan yang lalu. Saya kena ubah dari sekarang dan kena mula conteng contengkan buku yang saya baru beli ni.
Terima kasih IK.
June 21st, 2010 at 11:12 pm
Salam.tertarik dengan teknik menconteng nih. mungkin boleh diaplikasikan untuk my new semester on studies. Dengat saja memang x cukup.at least catat sumting on books.tq IR…
June 21st, 2010 at 11:33 pm
Saya pun suka conteng buku sambil membaca, biasanya dengan pen merah
June 22nd, 2010 at 7:41 am
Satu tips yang menarik yang bagus untuk dipraktikkan, memang ada di antara kita yang banyak membaca tetapi banyak juga perkara yang lupa apabila selesai membaca…
dengan teknik nie mampu mengingatkan kembali fakta atau perkara yang dibaca.
June 22nd, 2010 at 8:14 am
Setuju 100% dengan pendapat saudara Azlan Ali.
June 22nd, 2010 at 11:43 am
setuju juga.. saya pn smpai sekarang walaupn umor dh 31.. baca majalah pn sy gariskn.. majalh yg berilmu la.. sampai kawan2 ketawakn nape misti sy conteng garis2.. saya tiada jawapan ..hnya senyum jer.. hanya yg paham dia mengerti nape sy conteng garis2.. pd sy ia untuk lebih ingt.. dan kepuasan sendiri..
June 22nd, 2010 at 12:02 pm
Kalau tak conteng macam tak bestnya…. adakala bukan setakat conteng tapi highligt dengan pelbagai warna….:)
June 22nd, 2010 at 1:23 pm
wah.. Irfan Khairi telah mengulang kaji apa yg kita belajar di sekolah dulu…he he he
June 22nd, 2010 at 5:11 pm
ramai juga pakar menconteng di sini… boleh geng
-ik
June 22nd, 2010 at 6:42 pm
Setuju dengan tip tuan. Buku bukan untuk disayang seperti barang perhiasan tetapi untuk mendapat manfaat sepenuhnya dari ilmu di dalam buku. Ada orang sanggup tidak baca buku kerana kononnya sayang nanti buku rosak. Ini salah faham sayang namanya. Faham sayang yang luaran bukan sayang dalaman.
June 22nd, 2010 at 7:34 pm
Saya setuju dengan pendapat IK. Saya juga conteng buku penulisan dan buku tuisyen untuk mendapat ilmu. Saya umur 10 tahun di skpj Penaga Pulau Pinang.
June 23rd, 2010 at 12:48 pm
Salam..
A’ah teknik ini sering berlaku pada waktu sekolah dahulu sewaktu guru mengajar dihadapan.. Tapi sekarang saya tak laksanakan, kene praktis balik nampaknya..
Tq
June 24th, 2010 at 8:08 pm
Saya pun setuju dengan pendapat IK … teknik ni menambahkan lagi ingatan … kalau guna highlighter pun menconteng ker IK?
June 25th, 2010 at 12:56 am
Hmm.. saya selalu sayang nak conteng buku.. Mungkin gak sebab tu profit saya dalam online business slow skit.. =p Will try to improve on this.. Thanks.. P/S: Boleh conteng kat blog Dr IK x? hehe..
July 13th, 2010 at 8:54 pm
saya pun suka menconteng buku..sampai kdg-kdg, saya pun tak tau apa yang saya tulis…hehe, kenangan semasa belajar kn?