Ok, hari ni santai-santai sahaja sebab nak kongsikan sesuatu yang mungkin anda tak tahu mengenai saya…

Tahukah anda saya asalnya pelukis kartun? komik? haaa…. tak tau kan?

Selepas SPM saya bekerja sebagai kartunis untuk sebuah majalah komik/kartun yang agak popular pada ketika itu (takyah sebut ok?). Semasa student di sekolah menengah juga, saya mendapat pendapatan sampingan daripada melukis untuk majalah-majalah dan syarikat penerbitan…

Ni contoh beberapa lukisan yang sempat  saya sketch semalam ;)

allcartoons.gif

So, satu bakat saya yang mungkin ramai tak tahu adalah melukis kartun ;) Pernah juga ditemubual mencari kerja dengan syarikat animasi yang menerbitkan Usop Sontorian satu masa dulu. Tetapi, saya sebagai pelukis kartun tidak berpanjangan selepas mendapat tawaran belajar ke luar negara. Kalau tak, mungkin sampai sekarang saya melukis kartun ;)

Baru-baru ni, saya cuba melukis kartun balik selepas lebih 10 tahun tinggalkan. Kenapa saya cuba melukis kembali? haaa… ada lah untuk projek buku saya terbaru akan datang ;) )

Tip hari ini…

Ada tak ilmu atau bakat yang anda miliki yang sudah lama anda tidak gunakan? Apa kata cungkil kembali bakat-bakat tu dan mana tau boleh menjadi satu idea perniagaan!

ps: Teringat saya boleh melukis kartun lepas bercerita tentang menconteng buku beberapa hari lepas. Mana taknya… teks book sekolah saya dipenuhi kartun2… Kartun juga IK ni ya… ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Memupuk minat keusahawan ketika kecil
  • Happy Birthday Cinta 2010
  • “Trigger” kepada motivasi diri
  • Tahu akan berjaya tetapi tidak tahu cara…