nizalsmaller.gifTip kali ini bukan dari saya, tetapi dari Nizal mentor untuk Program NizalTalk! - komunikasi efektif.

Pesanan dari Nizal:

“Hanya satu sahaja menjadi penghalang antara kita dengan apa yang kita mahu di dalam hidup kita iaitu - keazaman untuk mencuba dan keyakinan bahawa ia boleh terlaksana!”

Semoga pesanan Nizal ini menjadi pedoman buat masa yang akan datang kepada semua.

Saya baru dapat melihat final draft untuk NizalTalk! and I must say, it is very good! Mesti tidak kering gusi dibuatnya para peserta :) Bukan sahaja itu, isi kandungannya juga akan turut memberi inspirasi & motivasi kepada anda untuk menjadi insan yang lebih berjaya dengan penambahan ilmu komunikasi efektif.

NizalTalk! yang bakal diadakan pada hari Ahad 24hb ini sudah pun penuh! Bagi sesiapa yang terlepas daftar, sekiranya ada rezeki, kami akan menjalankan NizalTalk pada tahun hadapan pula. Bagi peserta Ahad ini, insyaallah saya juga akan turut beri sokong & turun padang nanti. Time makan-makan sahaja la saya datang ok? :)

Workshop Jutawan Internet untuk hari Sabtu 23hb ini juga sudah penuh sebagai penutup tirai workshop tahun 2006. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan semua pada program-program yang dikendalikan oleh Irfan Khairi Sdn Bhd.

ps: rugi siapa tak join ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Nampak apa yang kita mahu nampak
  • Promosi kepada siapa?
  • Belajar untuk “lepaskan” dalam perniagaan
  • Takut kena reject!