logo1.gifSemalam buat pertama kalinya Irfan Khairi Sdn. Bhd. mengendalikan Program NizalTalk! - Komunikasi Efektif.

Wow… alhamdulillah, program dijalankan dengan berjaya dan kami dapat kumpulkan beberapa ribu ringgit untuk membantu Yayasan Ilham Budi (Embun Hidayah) iaitu Yayasan yang ditubuhkan oleh Nizal Mohammad sendiri.

Terima kasih kepada yang menghadiri- kesemuanya sporting-sporting belaka. Yayasan Ilham Budi amat berterima kasih dengan sumbangan anda.

Saya sendiri rasa seronok dapat melihat para peserta mempelajari teknik-teknik komunikasi dan teknik-teknik menghilangkan malu/gemuruh. Ketika Nizal menjadi personal coach saya dalam bidang komunikasi, kami melakukan secara private- saya sorang sahaja. Tapi, di NizalTalk!, lagi seronok sebab dapat melakukan latihan-latihan beramai-ramai.

Saya doakan peserta dapat menggunakan ilmu yang dipelajari sebaiknya. Nasihat saya, banyak-banyak practice. Practice makes perfect. Mungkin bila practice rasa janggal sedikit, tetapi, practice banyak-banyak kali- nanti komunikasi efektif menjadi sebati dengan diri kita sendiri.

Last but not least, terima kasih kepada yang sentiasa memberi sokongan kepada Irfan Khairi Sdn Bhd. Kami akan sentiasa berusaha membawa kaedah-kaedah kejayaan kepada anda. Ramai juga peserta workshop & pembaca Tip-satu-Minit (serta yang sering bagi komen) dapat kita jumpa di NizalTalk.

Peserta Workshop Jutawan Internet Sabtu lepas juga, thanks for your support. Just a reminder- jangan hilang momentum. Cuba mulakan sesuatu… mungkin mulakan blog supaya dapat teruskan momentum dan membina satu perniagaan Internet yang berjaya!

ps: Ketika NizalTalk, Irfan Khairi Sdn Bhd menghantar 2 krew Rahsia Internet (Azran & Najdi) yang selalunya pemalu & pendiam untuk pelajari kaedah komunikasi efektif. Lepas program NizalTalk!, terus hilang malu & pendiam mereka. Bagaikan magic!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Penghalang antara kita dan apa kita mahu…
  • Perniagaan dan komunikasi
  • Teknik mendampingi mereka yang hebat!
  • Workshop Komunikasi Efektif Nizal Mohammad (TV3)