Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”

Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.

Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?

Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.

Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri. Termasuk lah peluang buat duit di Internet yang menipu… ;)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis anda, hubungi 03-77292277.

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

Pendapat Anda? [15] Comments