Saya pernah berbual dengan kawan saya (berbangsa Cina) yang merupakan seorang agent insurans yang berjaya. Namun begitu, dirinya tidak pandai membaca / bercakap bahasa Inggeris.

Dalam berbual dengannya, saya amat tertarik dengan satu idea yang digunakannya dalam mendapat pelanggan kerana ianya amat unik sekali. Saya tanya dari mana dia mendapat idea tersebut?

Katanya dari buku “Blue Ocean Strategy”. Saya sendiri pernah membaca buku tersebut dan memang saya akui, idea tersebut datang dari buku yang dinyatakan. Tetapi, yang saya peliknya, bagaimana dia dapat membaca buku tersebut sedangkan buku itu agak advance dan dia tak reti berbahasa Inggeris. Jadi, saya pun tanya.

Jawapannya: Saya hanya baca sikit sahaja buku tu, dan ambil satu idea sahaja untuk saya implementasikan.

Pengajaran: Dengan hanya satu idea sahaja, diimplementasikan dengan betul, ia dapat mengubah haluan perniagaan anda! Idea boleh dapat dari mana-mana, tetapi, terpulang kepada individu untuk mengimplementasikannya dengan berkesan!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Lompat si katak lompat…
  • Buku idea perniagaan saya
  • Idea hebat ketika cuti…
  • Kongsi idea dan bebaskannya