Penyelidikan keatas orang-orang yang berjaya mendapati ramai antara mereka yang sudah berjaya, pada asalnya TAHU dan YAKIN bahawa mereka akan berjaya dalam hidup sejak awal lagi. Tetapi, mereka TIDAK TAHU apakah cara mereka untuk mencapai kejayaan.

Mereka telah nampak the big picture dari awal lagi. Emosi yang membakar untuk berjaya itulah yang akan mencari peluang-peluang di persekitaran yang boleh mencapai kejayaan.

Bagi saya juga, sejak berumur 18 tahun, saya tahu saya akan berjaya. Matlamat untuk menjadi jutawan juga telah ditetapkan. Tetapi, saya tidak tahu pada ketika itu Internet akan membawa saya kepada kejayaan sehingga berumur 21 tahun apabila saya melihat peluang perniagaan melalui Internet.

Apa yang penting adalah melihat the big picture. The end result. Ini akan membuka minda kita pada peluang-peluang yang terdapat di persekitaran.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Mencuba pelbagai cara untuk berjaya
  • Nama produk asal mana?
  • Erti kejayaan?
  • Kebarangkalian berjaya dalam promosi…