Fri 23 Jun 2006
Tempat terhangat untuk melabur RM1,000, RM5,000 atau RM10,000!
Posted by Irfan Khairi under Tip MotivasiSekiranya anda mempunyai wang sebanyak RM1,000, RM5,000 atau RM10,000, di manakah tempat terbaik dan terhangat di pasaran untuk anda laburkan wang anda untuk mendapat pulangan yang maksimum?
Jawapannya adalah, laburkan pada diri anda sendiri! Gunakan wang itu untuk meningkatkan ilmu anda dalam mencari pendapatan yang lebih!
Sememangnya jumlah RM1,000, RM5,000 atau RM10,000 boleh dilaburkan di institusi kewangan untuk pulangan mungkin 10%… atau 12%? Tetapi, sekiranya anda melaburkan untuk meningkatkan ilmu anda dalam bidang perniagaan (contohnya), ia dapat melipat kali gandakan pendapatan anda sehingga 100%…200% dan selalunya lebih dari itu sekiranya anda melabur secukupnya dalam ilmu.
Izinkan saya beritahu satu rahsia kepada anda (Rahsia orang kaya!). Bagi yang melabur jumlah seperti di atas, sehingga berpuluh-puluh ribu di institusi kewangan, pulangan mungkin dalam 10%-12%. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai dana yang lebih besar (beratus ribu), terdapat lebih banyak peluang pelaburan yang disediakan badan kewangan yang memberi pulangan sehingga 30% dan lebih. Peluang pelaburan ini tidak dibuka kepada umum walaupun melalui bank tempatan- ia diberi kepada mereka yang berpendapatan tinggi sahaja. Sebab itulah orang-orang yang kaya, menjadi LEBIH kaya kerana dana yang banyak memberi peluang pulangan pelaburan yang lebih tinggi.
Oleh itu, tempat pertama untuk anda melaburkan wang anda adalah kepada ilmu anda sendiri untuk melipat kali gandakan ilmu anda dan ia juga akan melipatkali gandakan pendaptan anda!
Laburkan wang anda pada ilmu dengan membaca buku perniagaan, buku motivasi, menghadiri kursus (seperti Workshop Jutawan Internet!
), kaset motivasi dan sebagainya yang dapat meningkatkan keupayaan anda menjana pendapatan yang lebih. Jangan kedekut dalam melabur pada ilmu oleh kerana pulangan yang anda akan dapat adalah berkali-kali gandanya!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

June 23rd, 2006 at 2:52 am
Asalamualaikum,
Saya memang stuju, ilmu tu terlalu berharga. Ilmu bisbes untuk orang-orang bisnes.
Walau bagaimana pun kena ada lah jugak pembahagiannya, untuk ilmu, untuk simpanan sebagai kontigency (waktu kecemasan) dan jugak sedikit modal untuk berniaga tu sendiri. Macam saya yang pernah rasai zaman GAWAT, saving tak de, bisnes pun tenat. Rasa macam dah hilang segalanya. Nyaris-nyaris ada sedikit kesabaran dan pertolongan dari mereka-mereka yang benar-benar ikhls. Alhamdulillah.
Walaubagaimana pun pelaburan untuk ilmu memanglah tersangat penting.
Saya setuuuujuuuuuuuu……
June 23rd, 2006 at 11:50 am
Betul tu …untuk berjaya kita perlu berkorban..tidak salah melabur untuk mendapatkan ilmu..kelak kita akan menjadi pakar dalam apa bidang yang kita ceburi
June 23rd, 2006 at 12:27 pm
Assalamualaikum…
Laburlah wang anda dlm mencari ilmu yg baik. Kerna kita tdk akn rugi…malah akan diberkati-NYA
“Tiada pertemuan yang lebih baik sebaik pertemuan antara ilmu dan budi pekerti”
June 23rd, 2006 at 12:29 pm
That’s right Irfan.
Tapi saya juga sangat bersetuju dengan Burhan. Bila ada duit kenalah buat pembahagian, pelaburan untuk kecemasan, pelaburan untuk ilmu dan untuk masa depan sama (30%,40%,30%). Ketiga2 amatlahhhh penting. tambahan lagi yang ada anak2. apa2pun kebajikan mereka yang patut diutamakan
Pendapat rakan2 lain?
June 23rd, 2006 at 12:32 pm
ke mana semua org ari ni eik…
June 23rd, 2006 at 1:59 pm
Helo Irfan, I pun setuju jugak wang yang ada kita laburkan untuk mencari ilmu. Wang akan habis tp ilmu takkan habis..! Terlalu banyak manfaat kita bleh dapat hasil ilmu yg ada bukan shj utk diri sendiri tetapi jg utk alam sekitar dan isi kandungannya. Namun ilmu yg baik akan jadi tak baik sekiranya digunakan utk tujuan tak baik. Ilmu yg tak baik akan jadi baik sekiranya digunakan utk tujuan yg murni. Bergantung pd individu sendiri. Sekian Terima Kasih.
-P/S I beli Maskulin every month hanya nak baca tips dari Irfan
)
-P/P/S Dah khatam bekali - kali buku RJJIT
-P/P/P/S Nanti i pegi seminar Rahsia Perniagaan Internet oleh Irfan ( I tgh kumpul duit
June 23rd, 2006 at 2:58 pm
Tak rugi kalau kita melabur untuk ilmu. Janji ilmu itu berfaedah.
June 23rd, 2006 at 3:42 pm
Assalamualaikum,
Nak ilmu yang berkat dan berkesan mesti mengadap Tok guru, bukan sekadar membaca. org yg hanya bergurukan buku, siapa gurunya? tahu kan?. Mcm org dulu belajar bersilat, sanggup masuk ke hutan jumpa mahaguru. Oleh itu, jom kita ramai - ramai pi mengadap Mahaguru Irfan…:)
June 23rd, 2006 at 5:13 pm
pelaburan untuk diri sendiri satu.. tetapi paling penting execution & action..
teringat kata-kata.
“Get all education you want, BUT pls DO something from what you’ve learned”.
tq
June 23rd, 2006 at 5:30 pm
4 tahun lepas saya melabur RM1,000 untuk belajar fotografi secara intensif selama 5 hari. Hari ini saya adalah full time photographer. 2 bulan lepas saya melabur pula RM39.90 untuk belajar bagaimana memasarkan khidmat dan produk saya di internet. Pemasaran di internet telah pun bermula. Saya akan terus melabur untuk menambah ilmu di dada. Benar kata ini pelaburan yang sangat-sangat menguntungkan.
June 23rd, 2006 at 7:16 pm
hanya yang melabur sahaja tahu dimana peluang menggandakan pendapatan mereka…
manakala yang tidak mahu melabur.. selalunya akan terus memberikan kata2 negatif..tanpa memikirkan nasib mereka 10-20 tahun akan datang..
teruskan melabur untuk diri sendiri.. tiada yang percuma di dunia ini sejak kita lahir lagi.. pampers,napkin.lampin,susu .. its all cost
:) beranikan diri untuk melabur..
June 23rd, 2006 at 7:21 pm
komen-komen hari ni saya sangat suka! Banyak tips-tips tambahan…
thank you very much! dapat manfaat pembaca-pembaca yang lain. teruskan berfikiran positif- that wil bring you to success!
June 23rd, 2006 at 7:22 pm
by the way… sebenarnya tak perlu panggil saya pun. Terasa tua!
June 23rd, 2006 at 7:34 pm
ok pe… orang lain nak dapat doktor punye laa susah.. hahaha.. dah tua2 baru dapat.. so special ape.. tu nasib baik jer.. kalau siap dengan Tun sekali baru laa tua.. :p
brader.. itu email yahoo lama ada pakai lagi ka? aku email macam tak sampai ajer..
woots! … dah tercontact semula dengan maximus.. hehe.. sape lagi korum2 lama yang tak dijumpai ni..
kim salam sis iris gak.
June 23rd, 2006 at 11:16 pm
ASMK! I’M AGREE WITH U..
DLM SITUASI TERTENTU
‘ORG KAYA AKAN MENJADI LEBIH KAYA JIKA MELABUR’
DAN
YG ‘MISSKEEN/MISKIN’AKAN MENJADI LEBIH MISKIN KRN TAK SEMPAT MELABUR SEBALIKNYA ‘MELEBUR’MELAYAN INTEREST PINJAMAN, BAYARAN ANSURAN YG BERLIPAT KALIGANDA HARGANYA DSBNYA..
SAYA PERNAH TERDENGAR CERITA 2 SENARIO..
PERTAMA.. ORG YG MENCARI ILMU KEKAYAAN WALAUPUN TAK DIBUKTIKAN DLM KEPUTUSAN AKADEMIK,
AKHIRNYA WANG YG MENJADI HAMBANYA ;
KEDUA.. ORG YG MEMBUAT PINJAMAN UTK AKADEMIK, SLPS ITU TERUS KERJA DAN SERVE HUTANG/STUDY LOAN DITAMBAH PULA SUKA BUAT HUTANG YG LAIN2..
AKHIRNYA DIA PULA YG JADI HAMBA KPD WANG KERANA.. DIA KURANG ILMU KEKAYAAN..!
WASSALAM..!
PS. SAYA YAKIN PARA PEMBACA TIPS INI AKAN SENTIASA MENDOAKAN KEBAIKAN YG BERKEKALAN BUAT PIHAK IRFAN KHAIRI SDN. BHD. KERANA TAK LOKEK ILMU KRN MELALUI TIPS INI ADALAH SBHGN ILMU KEKAYAN.. THANKS!
PEMBACA JUGA KAYA.. KAYA DGN DOA SBG BALASAN.
June 25th, 2006 at 10:27 pm
jika ilmu penuh di dada..apa2 sahaja rintangan akan dapat diaatasi..
June 27th, 2006 at 10:30 am
TOPIK NI SAYA SOKONG 100%
memang betul! tepat sekali!
July 1st, 2006 at 6:46 pm
saya amat sokong dengan pendapat ifran saya ingin juga membelajari cara cara internet busness.
July 8th, 2006 at 12:28 pm
Jangan bazirkan duit anda dengan mengejar wang semata-mata. Biarkan wang yang mengejar anda dengan ilmu supaya lebih berganda-ganda income masa depan.
Anda tidak akan kerugian belanjakan wang anda untuk melipatgandakan ilmu. Kelak nanti income anda juga yang berganda-ganda dari wang yang telah anda belanjakan untuk sekelumit ilmu yang cukup berharga tersebut.
August 4th, 2006 at 5:22 pm
Setuju dengan FATAH, tapi jika pandai stabilkan antar ilmu dan kegiatan cari wang nie adalah lebih bagus.
March 13th, 2007 at 7:30 pm
nak melabur juga..tak tau mana nak mula..duit ada RM10ribu..kat tabung aji..nak tanam cili fertigasi..takde tanah..nak bisnes tak tau nak buat bisnes apa..nak kerja dari rumah dengan modal yang ada..IK tolong kasi idea..nak jaga anak sambil berkerja..please..
April 24th, 2007 at 11:50 am
Sememangnya bagi orang yg benar2 nak berjaya kena Isi OTAK dulu, kedua POKET dan Ketiga baharulah PERUT. Ada rakan saya, dier kata nak berjaya dalam berniaga dgn berpandukan Pengalaman sahaja. Saya kata Pengalaman sahaja tidak mencukupi kalau nak kan perniagaan lebih luas, lebih besar dan lebih jauh kena ada ilmu. Saya menyarankan dier untuk mengikuti beberapa kursus, latihan, seminar dan Motivasi. Dia beralasan tu semue buang masa, buang tenaga dan buang duit jer, dulu aku tak pegi kursuspunboleh buat duit, tak payah beli bukupun boleh buat duit, tak pegi motivasi buang duit ratusan ringitpun aku boleh buat duit… kalau dier tu boleh bagi aku kursus free barulah aku nak datang kata nye…