Tulis… jangan tak tulis!

Sejak saya menulis di ruang motivasi majalah MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.

Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.

Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja (ini lah angan-angan Mat Jenin modern). Apabila anda menulis matlamat anda di atas kertas, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!Sama dengan tujuan matlamat anda… anda ingin menggenggamnya! 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

23 thoughts on “Tulis… jangan tak tulis!

  1. Memang bernas dan tepat apa yang dikatakan oleh Irfan kita. Saya baru saja mengetahui petua menulis matlamat ini. Kalaulah semasa belajar dulu, saya dah fikirkan semua ni, mungkin saya tak akan masa depan saya lebih cerah.dulu saya belajar memang tanpa matlamat pun. Kalau ada pun, saya tak pernah menulisnya. takpa, biar bermula lambat, jangan tak mula2 terus

  2. Saya mula mempraktikkan tips tersebut yang saya perolehi pd buku Rahsia Jutawan Internet Terbongkar sejak Januari 2006. Dulu saya hanya berangan – angan saja untuk menguasai bahasa ketiga. Lantas, saya tulis di atas sebuah buku nota kecil: “Saya akan menguasai bahasa Sepanyol pada hujung tahun 2006.” Nota tersebut saya baca tiap2 hari. Hasilnya, sekarang dalam kepala saya sudah mantap dgn hampir 2000 perbendaharaan kata Sepanyol dan sudah mula mahir dengan tatabahasa Sepanyol, serta sudah boleh memahami sedikit2 kandungan akhbar bahasa Sepanyol El-Pais. Saya yakin, by end of 2006, Spanish will be my third language!

  3. 1)Apabila kita menulis matlamat, secara tidak langsung kita telah membuat perjanjian dgn diri kita.

    2)Dgn menulis matlamat juga kita dapat membuat perancangan yang lebih sempurna akan matlamat yang kita cuba capai.

    3)Dgn menulis, ianya akan mengingati kita dari masa kesemasa.Bila berkesempatan kita baca matlamat tersebut.Tanpa menulis matlamat kita akan mudah lupa.

    4)Matlamat yang kita tulis dan kita baca setiap hari boleh menimbulkan semangat yang membara kepada kita untuk mencapai matlamat tersebut.Tapi ingat, matlamat yang kita tulis biarlah sesuatu yang releven.

  4. berbekalkan azam yang kuat dan semangat yang tinggi kita boleh mencapai matlamat hidup kita..
    dengan menulis setiap matlamat diri kita di atas kertas akan membakar semangat dalam diri kita apabila kita sentiasa membaca matlamat yang kita sendiri tulis.walaupun matlamat itu agak sukar tapi kalau kita rajin berusaha semua itu tidak menjadi masalah dalam diri kita….
    jadikan angan-angan anda satu kenyataan(bkn angan-angan mat jenin)

  5. Saya rasa cara yang di gunakan Irfan memang bagus. Saya pernah mencuba kepada anak murid saya kaedah ini 2 tahun lepas. Iaitu saya meminta mereka menulis apakah target yang mereka inginkan dalam peperiksaan UPSR. Saya telah meminta mereka membuat 2 salinan dan satu salinan adalah untuk simpanan saya manakala yang lagi satu untuk ditampal di meja belajar mereka. Setelah mendapat keputusan UPSR saya menyemak semula kertas simpanan saya. Apa yang saya dapati sebilangan besar mendapat sama seperti apa yg di tulis di dalam kertas tersebut dan ada seorang pelajar mendapat 5A sama seperti apa yang ditulisnya di dalam kertas dan itulah kali pertama sekolah dalam sejarah sekolah saya mendapat 5A.

  6. Dalam satu kursus motivasi di temapt kerja saya hampir 10 tahun yg lalu, saya pernah diberitahu untuk menulis 10 perkara yang ingin saya capai dalam tempoh 5 tahun. Saya berbuat demikian dan melekatkan senarai tersebut di atas cermin di bilik saya. Bermakna setiap hari saya akan melihat impian saya itu sepanjang 5 tahun hidup saya. Alhamdulillah, cita-cita yang saya tatap saban hari itu 60% darinya telah menjadi kenyataan. Bakinya saya tolak ke 5 tahun seterusnya, dan menambahkan lagi impian baru untuk melengkapkan ia menjadi 10 kembali. Tahun ini saya lakukan perkara yang sama untuk ‘Azam Tahun Baru’ saya. 3 perkara yg ingin saya lakukan tahun ini telahpun saya capai. Memang cara ini berkesan. Kalau tak percaya, anda cubalah sendiri!

  7. Saya setuju Irfan, Kajian yang dijalankan hampir 99% daripada usahawan melayu tidak mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak, sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan, bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.

    Imagination is power than knowledge. Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan. Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.

    Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu tentang faktor atau penyebab kejayaan. Anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kecemerlangan diri.

    Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar. Fikirkan soalan ini.
    ï‚· Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
    ï‚· Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima tahun?
    ï‚· Kenapa aku mahukannya?
    ï‚· Bagaimana aku boleh mendapatkannya?

    Sekiranya anda mampu memberikan jawapan yang tepat dan jelas terhadap soalan-soalan di atas, syabas!!!… anda sudah punya matlamat. TAPI PASTIKAN ANDA MENULIS MATLAMAT BERKENAAN

  8. terima kasih atas feedback yang diberika. saya amat suka dengan perkongsian cerita dari anda semua. ia menunjukkan menulis matlamat really works!

    Saya start tulis matlamat pada umur 18 tahun. sehingga kini (sudah lebih 10 tahun), masih lagi menulis dan mengimbas matlamat masa depan saya.

    Siapa yang belum buat, harapnya buat… insyaallah dalam masa setahun, anda akan dapat lihat kesannya dan anda juga kan terus menulis dan mengimbas matlamat sampai bila-bila 🙂

  9. saya selalu menulis apa-apa yg saya jumpa.!

    tapi sekarang saya menghadapi kekecewaan yg amat sangat, aku x tahu apakah ubat penyembuhnya

  10. Menulis matlamat memang bagus. Kemudian kita cuba imbas setiap hari.

    Cadangan saya sebagai seorang Islam, masukkan apa yang kita tuliskan itu dalam doa kita. Setelah sembahyang berdoalah, dan mintalah apa yang telah ditulis disamping permintaan yang lain. Kemudian berusahalah pula.

    Insyaalah akan dimakbulkan.

  11. Outlast2hero… kekecewaan itu parts & partials of life. Tukarkan ia jadi kenangan. Ubahkan ia jadi pengajaran. Jadikan ia pembakar semangat untuk kita meneruskan perjuangan kita… yang baru bermula.

  12. Pendapat kalian semua memberi idea pada saya terima kasih semua… terima kasih Irfan…
    tulis jangan tak tulis!

  13. Subjek minda separa-sedar ni memang subjek kegemaran saya sejak dulu lagi. Mula-mula dulu skeptikal tapi semakin lama, semakin logik.

    “We are what we think” – how true.

    Buku kegemaran saya utk subjek ni adalah dari Jose de Silva (ada di blog saya)dan The Power Of Your Subconsious Mind (Murhpy)

  14. zoomer.fotopages.com Says:
    May 21st, 2006 at 9:15 am
    Outlast2hero! kekecewaan itu parts & partials of life. Tukarkan ia jadi kenangan. Ubahkan ia jadi pengajaran. Jadikan ia pembakar semangat untuk kita meneruskan perjuangan kita! yang baru bermula.

    *** saya amat suka ayat-ayat ini ***
    kepada outlast2hero … set ayat-ayat ini diminda menjadi pembakar semangat pencabar kredibiliti diri!

  15. “Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka sendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.”

    Bolehkah anda beritahu dari laman web mana anda mendapat statistik itu?

  16. [url=http://onlinespielbankbms.blogspot.com]online spielbank[/url] http://onlinespielbankbms.blogspot.com online spielbank [url=http://kasinocomewow.blogspot.com]kasinocom[/url] http://kasinocomewow.blogspot.com kasinocom http://slotmachinesagwbuw.blogspot.com [url=http://slotmachinesagwbuw.blogspot.com]slot machines[/url] slot machines realistisches online kasino [url=http://realistischesonlinekasinoobbwro.blogspot.com]realistisches online kasino[/url] http://realistischesonlinekasinoobbwro.blogspot.com [url=http://glucksspielgesellschaftlphp.blogspot.com]glucksspiel gesellschaft[/url] http://glucksspielgesellschaftlphp.blogspot.com glucksspiel gesellschaft [url=http://onlinespielbanktnucth.blogspot.com]online spielbank[/url] online spielbank http://onlinespielbanktnucth.blogspot.com http://kasinospieleceww.blogspot.com [url=http://kasinospieleceww.blogspot.com]kasino spiele[/url] kasino spiele http://slotmaschinenspielengoiwcf.blogspot.com [url=http://slotmaschinenspielengoiwcf.blogspot.com]slot maschinen spielen[/url] slot maschinen spielen http://slotmaschinelfpe.blogspot.com [url=http://slotmaschinelfpe.blogspot.com]slotmaschine[/url] slotmaschine http://internetgewinnspielepnpea.blogspot.com [url=http://internetgewinnspielepnpea.blogspot.com]internet gewinn spiele[/url] internet gewinn spiele

  17. manulis matlamat dan menulis lagi jangan lah kamu berhenti untuk menulis nya di atas kertas macam saya ni kadang-kadang terlupa nak menulis nya hehe tapi saya yakin kalau kita selalu menulis nya dan sambil mengimaginasi kan apa yang kita nak pasti ya nya menjadi kenyataan amin dan seterus nya berusaha lah kearah nya insyak allah impian menjadi milik kita berjuanglah bangsa2ku menaik kan taraf bangsa kita impian saya tahun 2012 nak lihat banyak lagi bangsa melayu maju ke depan terutama nya yang muda-muda macam abang irfan khairi ni termasuk lah diri saya jgak setuju tak semua apa saya tulis kan ni

Leave a Reply

Your email address will not be published.