Ketika berniaga, banyakkan memberi senyuman. Ia akan melembutkan hati pelanggan anda. Sekiranya pelanggan tiba kekedai anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan membeli produk atau perkhidmatan anda, berikan senyuman. Apabila pelanggan beredar dari kedai anda, berikan senyuman. Sudah pasti, mereka akan kembali ke kedai anda tidak lama lagi.

Senyuman juga bukan sahaja apabila bersemuka. Di telefon juga, berikan senyuman. Ini adalah kerana, pelanggan anda dapat “mendengar” senyuman tersebut dan akan merasakan anda adalah peniaga yang mesra.

Cuma, perniagaan Internet sahaja tidak perlu senyum. Nanti apa pula orang kata apabila melihat anda tersengih-sengih di depan komputer! :D

 

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Nama Perniagaan Anda
  • Pentingnya pemasaran perniagaan
  • Berapa peratus untuk promosi perniagaan?
  • Antara strategi & teknik