kaya miskin

Yang kaya menjadi semakin kaya… yang sederhana?

Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… mereka tahu apa yang diperlukan atau ciri-ciri/prinsip-prinsip yang perlu dipegang untuk berjaya. Mereka mempunyai mindset untuk berjaya. Dengan pengetahuan ini, mereka hanya mengulangi benda yang sama berkali-kali, bertahun-tahun untuk menambahkan lagi pendapatan.

Yang miskin menjadi semakin miskin apabila… tidak menjumpai ciri-ciri atau prinsip menjadi kaya. Jadi, kemungkinan mengulangi perkara yang sama di dalam comfort zone mereka. Mereka tidak mempunyai mindset untuk menambahkan kejayaan & kekayaan.

kaya miskin

Yang kaya menjadi semakin kaya kerana… Mempunyai pendapatan yang tinggi, oleh itu, simpanan dan pelaburan juga tinggi. Contoh, pendapatan RM20,000 sebulan, sekirnaya menggunakan RM10,000 sebulan, masih lagi boleh menyimpan atau melaburkan RM10,000 setiap bulan. Sekiranya dilaburkan dalam ASB pun, jumlah itu akan menjadi lebih dari RM1 juta dalam masa kurang dari 6 tahun sahaja! Bagi yang berpendapatan RM30,000 pula, sekiranya dapat melabur RM20,000 setiap bulan, dalam masa 3 tahun sahaja, dapat mengumpul 1 juta!

Yang miskin akan menjadi semakin miskin… oleh kerana bekerja kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Tiada ruang untuk menyimpan atau melabur. Dalam masa bertahun, tahun, tiada pulangan pelaburan.

PENGUMUMAN: Program 6 bulan bersama Irfan Khairi, pakar perniagaan Internet #1 Malaysia kini di buka untuk pengambilan seterusnya. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sebelum tempat dipenuhi!

Yang kaya akan menjadi semakin kaya kerana… yang kaya dapat menarik dan network dengan golongan kaya dan berjaya. Seseorang akan menjadi seperti bulatan kenalan mereka. Apabila bulatan kenalan adalah antara yang kaya dan berjaya, ia akan secara langsung menjadikan yang kaya lebih kaya oleh kerana peluang-peluang perniagaan melalui network mereka yang berjaya yang semakin besar.

Yang miskin akan menjadi semakin miskin… apabila bulatan kenalan adalah terhad kepada lingkungan yang sama. Tidak dapat melihat peluang perniagaan, dan tidak dapat peluang network yang luas dikalangan mereka berjaya.

Juga, apabila masa berlalu, inflasi akan menyebabkan harga barangan & perkhidmatan bertambah. Ini akan mengakibatkan jurang kekayaan semakin jauh oleh kerana harga barangan yang bertambah tidak effect pada mereka yang berada.

Namun perlu di ingat, yang kaya, boleh menjadi miskin dengan sekelip mata dengan ketentuan Ilahi. Yang miskin juga boleh menjadi kaya dengan usaha & keredhaanNya.

Yang sederhana?

Mereka mempunyai pilihan untuk menggunakan strategy orang-orang kaya, atau strategy mereka yang miskin. Pilihan diri masing-masing. Tepuk dada, tanya selera! 🙂

Sekiranya anda merancang untuk menjana pendapatan melalui berniaga di Internet, pastikan anda dilengkapi dengan teknik dan strategi yang digunakan oleh ramai usahawan-usahawan Internet yang berjaya.

Sertai Program Intensif 6 bulan bersama Irfan Khairi untuk mempelajari A-Z teknik dan strategi perniagaan di Internet- bermula dengan memilih produk dan perkhidmatan terbaik untuk anda jual di Internet! Klik di sini untuk maklumat lanjut sebelum tempat dipenuhi sekali lagi.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

14 thoughts on “Yang kaya menjadi semakin kaya… yang sederhana?

  1. Yang sederhana,

    Adalah golongan di atas pagar atau 50-50 atau yang berada di zon selesa. Walaupun mereka boleh mengikut langkah si kaya tetapi kebanyakan mereka ini lebih cenderung untuk mengikuti jejak langkah si miskin disebabkan kegagalan mereka untuk memupuk cara pemikiran si kaya.

    http://thinkerich.blogspot.com

  2. Yes….Irfan…You are right… 🙂
    Its the mindset that is important.
    If you want to be rich, you have to adopt the midset of the rich.
    and how do you develop the mindset of the rich?

    By networking actively with them and learnt from the course of habits and actions….

  3. Kita lupakan si kaya dan si miskin; yang pasti kedua-duanya adalah ujian. Malangnya kita gagal di dalam kedua-dua ujian itu.

    “…Pilih yang SEDERHANA saja Pak!” 😀

    Bagaimana rupa kehidupan yang sederhana?

    Pastinya yang paling sulit ialah dalam menentukan batas kesederhanaan itu sendiri. Kesederhanaan hidup bagi saya tentunya tidak sama dengan anda dan tentunya tidak sama kesederhanaan yang difahami oleh Irfan.

    Pancaindera kita lebih mudah memahami salah satu dari dua extrem iaitu KAYA atau MISKIN.

    Oleh itu cari sahaja kunci kepada KEKAYAAN:

    1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang.
    2. Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan.
    3. Mengandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan.
    4. Tunaikan hak-hak mereka yang berhak.
    5. Jangan berhutang dan jangan memberi hutang.
    6. Berdoa, bertaqwa dan bertawakkal.

    Hisham;
    P2..DotCom Founder. 😉

  4. asmkm Irfan, how r u..

    Thanks for the info, sekarang saya dah tahu mengapa, saya baca berkali-kali post tadi..

    Thanks again 🙂

    shueqry

  5. Segalanya bermula dgn mindset diikuti dgn ilmu. Cuba kita dengar keluhan org miskin, kebanyakannya akan berkata, “saya sudah berusaha sehabis daya, pagi saya kerja, ptg sampai mlm mcm2 kerja part time saya buat, tp tetap sekadar cukup makan pakai saja, mungkin rezki saya setakat ni je”.
    Anda semua tahu jwpnnya, saya rasa mrk terlalu sibuk hingga tak sempat mencari ilmu kejayaan. Mari kita bantu mrk, dgn menyebarkan apa saja ilmu berkaitan falsafah kejayaan dlm bentuk kertas edaran direct ke tangan mereka. Anggap ia sbg kebajikan. Samaada mrk baca amal atau tidak terpulang, kita teruskan usaha sbg kerja jariah. amin

  6. Sebuah Huraian yang bagus.

    sori ni off topic sikit, tapi saje nak tahu adakah bercadang untuk pegi World Internet Submit kat Singapore tu ?

  7. Yang kaya semakin kaya kerana mempunyai peluang dan kemampuan utk menambah kekayaan. Yg miskin terus di dalam kemiskinan kerana terlalu sibuk utk mencari duit utk dibelanjakan, bak kais pagi makan pagi, kais ptg makan ptg. Sudah tentu sukar bagi mereka keluar dari kemelut dan dugaan kemiskinan…

    Tapi yakinlah… rezeki itu dtgnya Allah. Dia yg berhak memberi kepada sesiapa yg dikehendaki. Dengan usaha yg gigh dan redha terhadap ketentuan ilahi serta tawakal yg tinggi… insyaAllah si miskin boleh mengubah nasib diri. Bagi yang kaya, ingatlah bahawa di dalam kekayaan anda ada hak si fakir miskin. Jadi jgn lupa utk tunaikan zakat… dan banyakkan bersedekah. Kalau kita bersyukur, nescaya Allah akan tambahkan lagi. Si kaya takkan jadi miskin dengan menolong si miskin.

    Renung2kanlah….

  8. Yup, betul tu Satu penjelasan yang padat. Kekayaan yang dimiliki jika kita bijak memanfaakannya akan tetap menjadikan kita kaya dan bertambah kaya.

    Kepada yang miskin, ia boleh diperbaiki memiliki ilmu asas pengurusan kewangan yang cukup. Kemudian di tambah dengan usaha yang gigih dan tawakal kepada Allah. 🙂

  9. 1. jika anda makan gaji, pasti anda sentiasa miskin
    2. jika anda menternak dan bertani (komersial), anda akan sederhana
    3. jika anda ingin mewah, anda perlu berniaga

    Ubah persepsi diri anda, bekerjasama dengan si kaya, dan bukan lagi mengkayakan si kaya sahaja.

  10. Terima kasih Dr Irfan atas perkongsian. Memang benar seperti yang Dr tuliskan, realitinya begitulah.

    Akibat kekurangngan ilmu dan kenalan.

    Siapa kita berkawan akan menentukan tahap kejayaan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published.