Artikel Kewangan: Masa untuk jadi KAYA – Bahagian 1

“Masa” memainkan peranan yang amat penting dalam mengumpul dan mengembangkan wang kita. Lebih banyak masa yang kita ada, lebih besar wang dapat mengembang. Ertinya, lebih awal anda sedar dan ambil tindakan memperbaiki keadaan kewangan anda, maka lebih banyak masa untuk wang anda bertambah dan terus bertambah.

time_is_money.jpg

Mari kita lihat dua beradik kembar Lili dan Didi. Lili berumur 25 tahun dan merupakan pembaca blog ini ;). Lili sedar betapa pentingnya menjaga kewangan dan mula menyimpan pada usia yang muda. Setiap bulan tanpa terlepas, Lili menyimpan dan melabur RM400 ke akaun pelaburan yang memberi pulangan pelaburan 12% setahun. Sekiranya kita melihat 20 tahun akan datang,  simpanan Lili dalam akaun pelaburannya telah menjadi RM345,800. Ketika itu, Lili berumur 45 tahun.

Didi pula, agak terlewat menyedari tentang pentingnya menjaga kewangan. Didi hanya mula menyimpan dan melabur ketika berumur 30 tahun- lewat 5 tahun selepas Lili. Oleh kerana pendapatan Didi tinggi sedikit, Didi boleh menyimpan RM700 setiap bulan dan dilaburkan pada akaun pelaburan yang sama memberi 12% pulangan pelaburan. Apabila Didi mencapai umur 45 tahun, jumlah simpanan Didi telah menjadi RM313,100.

[bersambung di bahagian 2]

Fokus dan Tingkatkan Momentum Diri dalam perniagaan

Sudah semestinya anda pernah dengar dan membaca mana-mana buku,  dimana untuk berjaya dalam sesuatu bidang, kita perlu fokus!

Fokus dalam apa jua yang kita lakukan, sentiasa fokus dan tingkatkan momentum diri dalam perniagaan yang kita jalankan. InsyaAllah kita akan berjaya.

Di dalam perniagaan, adalah lebih baik jika anda fokus dan utamakan untuk memberi sebelum anda menjual. Berikan sesuatu yang berkualiti secara percuma tidak kisah samada perkhidmatan, produk, nasihat atau sesuatu yang lebih hebat.

focus-little-thing.jpg

Sebenarnya, lagi banyak anda memberi lagi banyak anda akan dapat pulangannya. Pemberian percuma sudah pasti membuatkan pelanggan anda rasa lebih dihargai. Selepas itu kita akan dapat lihat hasil jualan dan peningkatan dari hari ke hari dengan mendapat lebih banyak keuntungan oleh kerana kepercayaan pelanggan yang tinggi.

Anda perlu percaya pada diri anda sendiri dan yakin bahawa anda akan berjaya. Anda perlu percaya bahawa kejayaan atau kekayaan dengan cara yang mudah dalam sekelip mata itu tidak pernah wujud!

“Jangan percaya kepada perniagaan yang menjamin cepat kaya atau menawarkan jalan pintas untuk berjaya.”

Sememangnya tidak ada rahsia besar untuk berjaya melainkan anda bekerja keras dan bersungguh-sungguh. Namun, untuk membina perniagaan yang besar dan stabil, pastikan anda mempunyai ilmu pengetahuan mengenai bidang perniagaan yang anda jalankan.

Anda juga perlu mempunyai pengalaman dan kemahiran yang kukuh. Anda perlu terus belajar mencari ilmu dan pengalaman agar tidak mudah gagal atau tertipu.

Dalam perniagaan, untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih sukar dan memerlukan masa serta kos yang lebih tinggi berbanding menjual produk atau perkhidmatan yang berkaitan kepada pelanggan sedia ada.

Kadang-kadang kita akan melakukan kesilapan dalam apa yang kita telah usahakan. Berhenti mencari alasan dan terima hasil daripada apa yang telah kita usahakan. Terima sahaja apa yang berlaku dan berhenti menuding jari mencari kesalahan orang lain.

Apabila kita menerima kesilapan kita, kita akan lebih mudah untuk mengambil tindakan bagi membaiki kesilapan dan kegagalan tadi dengan membuat penambahbaikan dengan segera dan dengan lebih baik lagi.

*Artikel oleh Amim Najmie, trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial” Open University Malaysia. Lawati www.openuni.com.my

Video Perniagaan Internet “Razzi & Perniagaan Internet”

Ingin memulakan perniagaan Internet? Ikuti kisah “Razzi & Perniagaan Internet” 😉

Sertai Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di Open University Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, lawati http://www.openuni.com.my

Motivasi Dalam Menjalankan Perniagaan Internet

Sebut mengenai motivasi, kita perlu mempunyai motivasi yang tinggi dalam apa jua yang kita lakukan. Tidak kira dalam pelajaran, kerjaya atau apa jua perkara, kita mesti ada motivasi yang tinggi dan bersungguh-sungguh supaya kerja yang dilakukan berada di tahap yang memberangsangkan. Menjalankan perniagaan internet juga memerlukan motivasi yang tinggi. Motivasi boleh diibaratkan sebagai petrol yang memacu usahawan internet untuk mengejar impian yang mereka idamkan.

Pertama sekali, untuk mengekalkan momentum motivasi diri anda, anda perlu ubah persekitaran cara kerja iaitu dengan mencuba untuk bekerja dalam pelbagai bentuk keadaan. Dengan cara ini, secara tidak langsung anda dengan secara mudah akan dapat pelbagai idea baru.

jatuh.png

Namun, dalam apa jua yang anda lakukan, akan ada sahaja masalah yang akan anda hadapi. Itu adalah perkara biasa. Dalam perniagaan juga akan ada masalah tidak kira perniagaan offline atau online. Anda perlu hadapi segala masalah yang dihadapi dengan tenang dan anggap sahaja masalah itu adalah cabaran yang perlu anda hadapi asalkan anda tidak lari daripada masalah tersebut.

Dalam perniagaan juga, seeloknya anda pelajari kehidupan daripada orang lain yang pernah melalui jalan kepayahan yang akan kita lalui juga. Dengan cara ini, anda dapat mengelakkan diri anda daripada melalui kegagalan yang sama yang pernah dilalui mereka. Ini juga akan mempercepatkan proses mencapai kejayaan yang anda impikan.

Anda perlu bina dan rangka masa depan anda dengan lebih spesifik  dan cuba bayangkan yang anda sedang menikmati gaya hidup yang sangat anda idamkan seperti kereta idaman, rumah banglo idaman dan lain-lain lagi. Jika sebulan anda dapat menjana pendapatan 4 angka, anda perlu target untuk mendapatkan 5 angka pada bulan berikutnya pula. Begitu juga untuk bulan-bulan seterusnya. Anda perlu besarkan had pada diri anda.

Anda perlu kekalkan motivasi diri anda dan terus bertindak untuk mencapai cita-cita dan kehidupan yang anda idam-idamkan. Jangan tunggu terlalu lama untuk memulakan langkah pertama anda. Apa yang perlu adalah anda lakukan dan jangan bertangguh!

*Artikel oleh Amim Najmie, trainer “Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial” Open University Malaysia. Lawati www.openuni.com.my

Wang bukan segalanya! (Bahagian 2)

Jadi, persoalannya adalah apakah matlamat kewangan anda? Apabila kita mempunya matlamat kewangan, ia akan memudahkan kita menghasilkan strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Bayangkan perlawanan bola sepak tanpa tiang gol. Pastinya tidak ke mana perlawanan tersebut kerana tiada sasaran. Jurulatih juga tidak tahu cara menyusun strategi untuk menang bila tiada tiang gol.

Pelbagai strategi yang kita perlu pelajari mengenai wang seperti cara menjana wang, cara melabur wang, cara menggunakan wang untuk dapatkan wang, cara kongsi dan sedekahkan wang kita dan sebagainya supaya hidup kita lebih bermakna dan kita dapat rasa bahagia dalam jiwa.

Dimanakah anda lihat keadaan kewangan anda pada hujung bulan ini? Atau 6 bulan akan datang? Atau tahun hadapan? Adakah anda berpuas hati dengan keadaan atau anda ingin meletakkan matlamat kewangan yang lebih tinggi?

jadual.jpg

Bagaimana pula gambaran kewangan anda 3 tahun akan datang? Atau 5 tahun akan datang? Atau 10 tahun akan datang? Adakah anda melihat diri anda seperti keadaan sekarang, atau ingin melihat diri anda mempunyai progres yang berlipat kali ganda dan mengubah keadaan kewangan kearah yang jauh lebih baik?

Semua ini memerlukan strategi dan strategi bermula dengan matlamat anda hari ini. Ambil pen dan kertas, tuliskan matlamat kewangan anda. Apakah matlamat kewangan jangka pendek anda, dan apakah matlamat jangka panjang anda.

98% dari orang dewasa tidak mempunyai matlamat kewangan. Jangan jadikan anda sebahagian dari statistik ini oleh kerana mereka yang berjaya dalam kewangan adalah mereka yang mempunyai matlamat dan strategi mencapai matlamat tersebut. Jumpa anda minggu hadapan ““ wang anda, kuasa anda!

Wang bukan segalanya! (Bahagian 1)

Saya pernah dengar seseorang meluahkan “Wang bukan segala-galanya , tetapi segala-galanya memerlukan wang”. Ada betulnya juga kenyataan itu. Sememangnya kita tidak mahu menjadi seorang yang materialistik dan mata duitan, tetapi, tidak dinafikan, wang memainkan peranan yang amat penting dalam hidup seharian kita.

Minggu lepas saya telah kongsikan mengenai persepsi negatif dalam diri kita sendiri terhadap wang mengakibatkan kita sendiri “takut” dengan wang, takut berbincang mengenai wang dan sehingga takut menjana wang yang berlebihan.  Sehingga perkataan “berlebihan” itu sendiri sahaja memberi gambaran yang negatif!

money-sky.jpgBagaimana caranya menangani ini? Caranya dengan mengenali wang kita. Bak kata pepatah, tak kenal, maka tak cinta. Bila kita kenal wang, maka kita akan cinta wang. Kita akan lebih mengenali wang apabila kita mempelajari teknik dan juga strategi kewangan untuk diaplikasikan pada diri sendiri.

Kebanyakan teknik dan strategi wang adalah mudah. Setiap minggu saya akan bersama anda di ruang Wang Anda di Malajah M memberi strategi, teknik dan tip kewangan yang praktikal!

Ramai antara kita, tidak mempunyai strategi dan matlamat kewangan. Sama ada matlamat kewangan kita jangka pendek, seperti apakah sasaran kewangan kita pada tahun ini? Sehingga matlamat yang lebih panjang seperti sasaran kewangan kita 20 tahun akan datang.

Ada juga yang mengatakan, prioriti utama hidup bukanlah pada wang, atau matlamat hidup bukan mengejar wang. Saya amat hargai konsep tersebut, tetapi,  walaupun ia bukan prioriti utama, wang tetap memainkan peranan dalam hidup anda. Oleh itu, mengetahui strategi kewangan pastinya dapat membantu gaya hidup kita. (Bersambung di bahagian 2)

Tip Perniagaan Irfan Khairi- Fikir di luar kotak

Bersama Irfan Khairi kongsikan tip perniagaan – mendapatkan Idea perniagaan, fikir diluar kotak, logo perniagaan dan warna perniagaan Anda!

Bagaimana Hendak Jadi Kaya? Bahagian 2

Walaupun jauh disudut minda, perasaan ini akan menghalangkan kita mencapai matlamat kewangan kita. Apa yang terjadi adalah, kita sendiri telah mengsabotaj diri kita sebelum berusaha. Sebelum melakukan sesuatu untuk menambah baik kewangan, suara dalam diri sudah berbunyi “Eh! tak baik cakap pasal wang”, “Eh! buat apa buat duit banyak-banyak, bukan boleh bawak kubur”, “Eh! nanti buat duit banyak, apa pulak orang kata”. Maka, langkah pertama pula tidak di ambil tanpa disedari.

Tetapi, ada juga yang berjaya dalam kewangan, mendapat pendapatan yang baik, tetapi entah kenapa, hujung bulan tidak kira berapa pendapatan yang dapat, baki di bank hanya cukup-cukup makan sahaja. Atau sampai satu tahap, ia tidak naik-naik. Anda pernah merasakan keadaan ini?

nomoney.jpg

Ini juga adalah akibat kita sabotaj diri sendiri. Kita telah mengaitkan mempunyai lebih wang sebagai sesuatu yang negatif. Sesuatu yang tidak patut kita punyai. Dan sesuatu yang tidak boleh usahakan lebih. Dan semua ini berlaku tanpa kita sedari ““ kita tidak mahu kaya!

Mulai minggu ini saya akan berikan anda strategi, teknik dan tip kewangan untuk menguasai kewangan anda. Sebelum itu, fikirkan apa yang telah saya kongsikan ini. Adakah anda sendiri telah sabotaj diri anda mengenai kewangan selama ini tanpa anda sedari? Adakah anda mengaitkan elemen negatif kepada wang? Adakah anda dapati sukar untuk meingkatkan keadaan kewangan anda dan tidak tahu mengapa?

Puncanya mungkin pada sindrom “˜tidak mahu kaya”™ yang terbenam dalam minda separuh sedar anda yang selama ini menghalang anda mencapai kekayaan yang anda impikan. Ada lagi beberapa sebab mengapa anda tidak boleh kaya dan saya akan kongsikan dalam minggu-minggu akan datang. Buat masa ini, ketahui bahawa keadaan ini berlaku dalam minda anda dan kesedarannya akan membantu anda mengenal pasti tanda-tanda awal penyakit kewangan. Kesedaran adalah kuasa untuk anda mengubahkannya!