kerja-dari-rumah

3 Tip Berjaya Berniaga dari Rumah

Memulakan perniagaan dari rumah merupakan pilihan yang agak popular hari ini. Bukan sahaja, memulakan perniagaan dari rumah dapat menjimatkan kos overhead berbanding dengan memiliki premis perniagaan sendiri, ia juga dapat menjimatkan masa dimana tidak perlu berulang-alik ke premis setiap hari dan ini menjimatkan masa. Masa yang dijimatkan pula dapat diluangkan bersama keluarga ataupun melakukan sesuatu yang diminati pada masa lapang.

Berikut adalah 3 tip dalam memulakan bisnes dari rumah:

1.Lakukan perniagaan yang diminati

Antara sebab memulakan perniagaan dari rumah adalah kerana ianya adalah lebih fleksibel dari segi masa yang anda perlu luangkan, serta jenis perniagaan yang dijalankan. Sebaiknya dalam memulakan apa pun jenis perniagaan, lakukan perniagaan yang mengikut minat anda. Tambahan lagi, berniaga dari rumah akan memerlukan fokus dan disiplin anda.

Dengan melakukan perniagaan yang diminati, kerja yang dilakukan tidak seperti satu “kerja”. Ia akan dirasakan seperti hobi. Pastinya amat memuaskan melakukan hobi sambil menjana pendapatan. Sekiranya anda suka membuat kuih raya, jadiakannya perniagaan dari rumah anda. Sekiranya anda suka pada fesyen, apa kata jual barangan fesyen sempena musim perayaan.

nakmula

2.Cari kelainan dalam perniagaan

Menjalankan perniagaan kini adalah agak kompetetif oleh kerana pesaingan yang agak tinggi. Apa sahaja perniagaan yang dilakukan, pastinya terdapat pesaingan dalam industry tersebut. Mungkin persaingan dari perniagaan dari rumah juga, ataupun perniagaan lebih besar. Tidak kira siapapun pesiang anda, cara bersaing terbaik adalah dengan mencari sedikit kelainan yang boleh anda berikan melalui perniagaan anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjalankan perniagaan menjual kuih muih ketika musim perayaan yang menjelang tiba, pastinya ramai juga usahawan kuih lain menjalankan perniagaan yang sama dan merupakan pesaing anda. Fikirkan cara bagaimana kuih anda, walaupun jenis yang sama, dapat dibezakan dengan kuih pesaing mungkin dari segi saiz yang berbeza, warna yang berbeza atau pembungkusan yang berbeza.

3.Pekhidmatan lebih personal

Kelebihan perniagaan kecil-kecilan dari rumah adalah perkhidmatan yang lebih peribadi dapat diberikan kepada pelanggan. Pelanggan akan terus menghubungi pemilik perniagaan dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih sempurna antara pemilik perniagaan dan pelanggan.

Sentuhan peribadi ini akan dapat meningkatkan lagi kepercayaan dan kredibiliti usahwan bersama para pelanggan. Seringkali, apabila hubungan antara usahawan dan pelanggan adalah lebih personal dan rapat, pelanggan akan sentiasa menjadikan perniagaan tersebut sebagai pilihan utama apabila memerlukan produk atau perkhidmatannya pada tahun-tahun akan datang.

Bagi usahawan pula, ianya adalah jualan yang berulang dan keuntungan yang berganda dalam jangka masa waktu yang panjang.

Di Internet, siapa cepat dia dapat.

Siapa yang telah mulakan blog pada 2005, pastinya kini blog mereka telah menakluki muka surat hadapan search engine seperti Google. Siapa yang telah menggunakan Google Adwords sejak tahun 2008 pastinya perniagaan dapat meraih keuntungan yang besar ketika kos Adwords adalah rendah. Siapa yang telah mula menggunakan Facebook ads sejak 2010, pastinya telah mendapat pelanggan yang ramai ketika tiada pesaing dan harga iklan tidak semahal kini.

Apakah trend pemasaran Internet seterusnya? Jangan hanya tunggu dan lihat, tetapi ambil tindakan sekarang sebelum pesaing anda melakukannya terlebih dahulu.

[PENGUMUMAN: Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, bersama Irfan Khairi kini dibuka untuk pengambilan baru tidak lama saja lagi, Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay 03-77292277]

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

15 thoughts on “3 Tip Berjaya Berniaga dari Rumah

  1. Saya suka dengan tulisan spirit dan motivasi yang anda buat. Saya ingin berguru cara bisnis lewat internet

  2. Salam tuan IK,

    Berdasarkan pengalaman tuan, adakah teknik-teknik pemasaran yang akan hilang relevannya apabila muncul teknik pemasaran terbaru?

    Adakah teknik pemasaran yang dianggap teknik lama tak perlu dilakukan?

  3. terima kasih buat perkongsian En.Irfan Khairi tentang memulakan perniagaan dari rumah ne.sya nk mnta tolong bagaimana untuk muembuat blog untuk perniagaan yg kta nk buat?

  4. terima kasih buat perkongsian En.Irfan Khairi tentang memulakan perniagaan online.sya nk mnta tolong bagaimana untuk membuat blog untuk perniagaan yg kta nk buat?

  5. Terima kasih perkongsian Dr irfan khairi. banyak perkara yang saya belajar daripada TIPS beliau. Saya sudah memulakan bisnes online dan potensinya semakin baik sejak belajar setiap langkah2 yang sy dapat drpd rahsia perbiagaan internet.
    Terima kasih IK

  6. Assalamualaikum?
    Saya berminat untuk melakukan perniagaan dlm internet.tp sy kurang arif dlm dunia internet.Mcm mana sy nk belajar mahirkn diri dlm perniagaan internet.mohon tunjuk ajar kpd sy.
    T.kasih

  7. Assalamualaikum Saudara Irfan Khairi..saya ingin menanyakan satu soalan..bagaimanakah teknik2 membuat suatu iklan itu benar2 efektif untuk menarik pengguna kepada produk y kita jual..contoh menjual gadjet..mohon saudara IK dpt berkongsi tip2..terima kasih

  8. Assalamualikum, saudara irfan
    bagaimana nak memulakan pernigaan dari rumah seperti membuat kacang kisar

  9. Askm..cik irfan sy brminat nk join dlm bisnes online untuk peroduk kecantikkan n kesihantan. blh cik irfan tunjuk ajar cara online lebih berjaya ke hadapan.

  10. Saya telah gagal dalam satu perniagaan memakan kos hampir 50 ribu ringgit . Saya nak minta pandangan dari pihak tuan macam mana saya ingin memulakan sesuatu perniagaan . Saya memang minat berniaga tapi tak tahu macam mana nak mula kan dengan betul . Harap tuan dapat membantu saya .

Leave a Reply

Your email address will not be published.