Mon 30 Nov 2009
Sebagai seorang usahawan, kita perlu mempunyai banyak idea. Idea mencari perniagaan baru, idea memberi inovatif kepada perniagaan sedia ada, idea mendapatkan strategi dalam memasarkan produk kita, dan sebagainya idea…
Ramai kenalan saya sering kata “IK ni memang banyak idea”. Memang betul pun, saya sendiri rasakan saya selalu mendapat idea bernas dalam perniagaan.
Tetapi, ada juga yang kurang mendapat idea dalam perniagaan. Nak dapatkan idea… memang susah! Apatah lagi idea yang baik. Sering kali mereka ni katakan diri mereka “tak kreatif”.

Sebenarnya, mendapat / mencari idea adalah satu skil yang boleh dipelajari. Bukannya semua orang dilahirkan terus mempunyai banyak idea. Tetapi, idea adalah satu kemahiran yang dipelajari.
Berikut adalah beberapa tips dalam mendapatkan idea:
- Berlatih mendapatkan idea! Mereka yang kurang dapat idea adalah mereka yang kurang cuba fikirkan idea. Lebih banyak kita cuba mencari idea, lebih banyak idea akan datang. Practice makes perfect. Selalu fikirkan idea tak kira sama ada ianya idea yang baik ataupun tidak.Dengan melatih minda kita selalu berfikir dan mencari idea, lebih mudah anda akan mendapat idea pada masa yang akan datang. Seperti bersenam, senamkan minda anda dalam mencari idea. Perlu selalu lakukannya!
- Thomas Edison pernah berkata “The greatest invention in the world is the mind of a child”. Cuba kita lihat kanak-kanak. Mereka tidak meletakkan had pada diri sendiri. Tidak risau dan takut melakukan sesuatu kerana “proses pembelajaran”. Tetapi, bagi kita yang telah dewasa, sering meletakkan had dalam kepala kita. Itu tak boleh… ini tak boleh… itu susah… ini susah… segala had pada pemikiran kita sebenarnya menghentikan idea dalam diri kita berkembang.Sering saya nasihat di talk saya bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan, cari idea perniagaan dan jangan fikir sama ada anda boleh lakukannya, atau mana nak cari supplier, atau mana nak cari pelanggan… just bebaskan fikiran kita dari had-had yang ada.. dan fikirkan idea!
- Banyak membaca! Sering kali idea-idea datang dari pembacaan. Seperti membaca blog ini… pernah tak anda mendapat idea? Ketika membaca akhbar… pernah tak dapat idea? Ketika membaca majalah… pernah tak dapat idea? Atau membaca di Internet? Pastinya pernah!Melalui bacaan, lebih banyak idea kita akan dapat. Tetapi, masalahnya ianya dikatakan budaya membaca adalah amat kurang di Malaysia. Mungkin sebab itu juga kita kurang mendapat idea. Lebih banyak input (melalui bacaan), lebih banyak output (idea-idea bernas) akan tercapai. Tanamkan tabiat membaca dan ini juga akan menanamkan tabiat mencari idea dengan sendirinya.
Selalu berfikir, jangan letakkan had di minda dan selalu membaca adalah kunci asas dalam mencari idea!
ps: Susulan dari topik semalam, sentiasa menulis / update blog juga memerlukan idea yang berterusan. Bagaimana hendak mencari idea dan lakukannya? Gunakan 3 kunci asas di atas
Tip Satu Minit yang berkaitan:

December 1st, 2009 at 1:23 am
Salam…salam…
.
Kadang2, banyak tengok TV dan layan DVD pun boleh datang idea bisnes
Macam cerita Jackie Chan, Gorgeous.
Jadi jutawan hanya dengan bisnes kitar semula sampah.
Filem American Gangster (Denzel Washington) plak, walau pun kisahnya tentang dadah, tapi kita mungkin boleh mengambil idea melalui cara bisnesnya yang unik…
December 1st, 2009 at 7:58 am
Assalamualaikum Tuan Rumah
Saya setuju dengan idea ini,
“Banyak membaca! Sering kali idea-idea datang dari pembacaan.”
sedikit tambahan,
lebih ummmpph! lagi, jika sebelum membaca memang sudah dipasangkan niatnya untuk dapatkan idea…
Salam ceria & inspirasi
Assalamualaikum
December 1st, 2009 at 8:54 am
Kaedah2 mencari idea yg IK beritahu ni memang praktikal. Saya sendiri bila banyak membaca, tercetus macam2 idea utk perniagaan berbanding dulu bila kurang membaca..Sama2 kita praktiskan kaedah2 ni
December 1st, 2009 at 9:40 am
Betul3, sprt talk IK sblom ini juga, buat apa yg anda suka. Ia secara automatik akan membantu anda menjana idea w/pon kekadang perniagaan tu gagal tp anda akan berasa puas krn melakukan sesuatu yg anda suka dan yg pasti anda pasti akan tetap berusaha keras utk memastikan apa yg anda suka itu berjaya …;p
try & error !!!
December 1st, 2009 at 10:05 am
idea ini datang bila kita banyak berfikir tapi sebelum berfikir mesti banyak membaca. Nabi kata berfikir sesaat lebih baik daripada amalan sunat setahun….. tapi orang Melayu majoriti malas nak berfikir…
December 1st, 2009 at 11:51 am
Salam IK,
Bukan senang nak cari idea. Kadang - kadang pening jugak dibuatnya. Tapi bila idea datang dan kita terus implement tanpa tunggu - tunggu itu yang membuatkan kita maju kehadapan daripada banyak idea tapi tak nak implement langgu. Betul tak IK ?
Shamsul
www.kilaunkerongsang.com
www.mentorjutawanebook.com
December 1st, 2009 at 12:16 pm
Cara senang nak dapatkan idea dan kembangkannya adalah dengan gunakan ‘mind-mapping”.
Dgn cara ini senang skit nk dpt idea byk…
December 1st, 2009 at 1:02 pm
Salam,
Topik yang menarik!
Otak ni pun perlu latihan ‘mencari idea’ rupanya.. Mungkin waktu mula2 tu, susah idea nak datang, tapi lama2 kita mungkin dapat idea secara spontan aje. Saya pernah baca dalam post IK sebelum ni betapa penting utk buat catatan setiap idea yang datang. Bila kita perlukan idea ni semula, boleh rujuk semula catatan tu..
Thank IK atas perkongsian ini.
December 1st, 2009 at 1:51 pm
Selalunya didalam mencari idea perniagaan atau apa sahaja, kita perlu kretif dan inovatif untuk memikirkan supaya idea kita relevan dan diterima umum. Kadangkala kita mempunyai idea tetapi tidak mempeterjamahkannya. So kita kena olahkan apa yang kita fikir relevan
December 1st, 2009 at 6:12 pm
Kita selalu diajar dengan perkataan ini ‘Belajarlah dari kesilapan’tetapi dengan membaca kita tak perlu membuat silap untuk kita belajar kerana kita mampu belajar dari kesilapan yang dilakukan oleh orang lain dengan cara membaca kisah kesilapan orang lain….
December 1st, 2009 at 10:15 pm
Banyak mendapat idea ketika memandu. Kalau perlu, berhentikan kereta di tepi jalan dan tulis.
December 1st, 2009 at 11:13 pm
Betul itu Tuan..
Kadang kala idea datang mencurah2 tetapi secara otamatik pemikiran2 negatif pun muncul seiring dengan idea yang datang.
December 2nd, 2009 at 2:14 am
A man will die,but not his ideas.
December 2nd, 2009 at 11:46 am
mencari idea memang susah. lebih2 lagi kalau malas nak berfikir.
membaca adalah hobi saya yg dipupuk sejak sekolah lagi. tapi dulu mula dengan baca buku komik
sekarang tidak lagi, lebih membaca buku ilmiah, kewangan dan motivasi
December 2nd, 2009 at 4:54 pm
Idea IK memang power !
December 2nd, 2009 at 5:59 pm
Terasa berbeza saya beberapa tahun dahulu dan sekarang. Sekarang idea mudah datang. Betul seperti tip diberi kena rajin berfikir dan banyak membaca. Jika ada bertanya pendapat contohnya tentang bisness, saya mudah memikirkan apa idea yang boleh dicuba. Semasa mula tulis blog setahun lalu, saya risau ketandusan idea. Alhamdulillah sentiasa ada.
December 3rd, 2009 at 11:33 am
Salam.
Adakala idea datang kpd kita tak kira masa atau tempat. Maka, kita perlu sentiasa bersedia - segera catatkan idea pada buku catatan kita.
Semakin byk pendedahan kita dgn perihal sekeliling kita, maka, semakin banyak idea akan bercambah di fikiran kita.
Kalau takdak idea jugak, layari weblog SatuJutaIdea
December 4th, 2009 at 5:30 pm
great info…
:)
December 6th, 2009 at 11:46 pm
IK,,,nak dptkan idea tulis hari hari dlm blog pun payah…inikan pula idea perniagaan.
:) seloroh aje…
Kekerapan IK mencurahkan ilmu yg pelbagai dlm blog ini amatlah menunjukkan IK ini menepati 3 points di atas itu..Terima kasih…
December 8th, 2009 at 1:31 pm
Thanks IK, maklumat yang penting untuk menjamin survival bisnes saya. Nanti IK share bnyk2 lagi ya.
Alhamdulillah saya berjaya hasilkan website kedua saya dari ilmu Workshop IK Mac 2009.
December 9th, 2009 at 10:19 pm
Idea tu ada tapi yang menjadi masalah besar nak laksanakan idea tu yang tak berapa menjadi dan berkesan
December 20th, 2009 at 12:10 am
saya sangat takut dgn cabaran..tapi dh separuh jalan saya tempun dunia perniagaan dalm takut-takut..masalh sya ialah saya sgt kurang keyakinan diri dah berasa rendah diri bila berhadapan dengan orang ramia..boleh tak bantu saya…
December 27th, 2009 at 6:50 am
Ye stuju, idea bukan datang bergolek atau datang sewaktu bertapa dalam gua atau datang ke rumah mengetuk pintu kita. Ia ada skill dan perlu latihan. Perlu banyak input baru boleh ada output!
December 29th, 2009 at 5:01 am
Sejak saya beli buku NOTA JUTAWAN NOTA MOTIVASI tulisan IK, saya amalkan menulis apa saja idea yang datang. Saya tulis ( conteng, lakar atau apa-apa saja yang teringat..) dgn letak tarikh masa saya menulis tu dalam buku nota kulit tebal. Macam magic pulak bila tetiba bila saya ada persoalan berkaitan bisnes dan bila baca balik apa yang saya tulis, saya akan jumpa point2 tersebut dan memang ia sangat membantu memantapkan bisnes saya.
December 30th, 2009 at 1:22 pm
Salam..
Saya gemar membaca sejak 2007 sehingga sekarg & buku motivasi Dr.Tuah adalh pilihan sy dan sy akan membeli buku Irfan Khairi pula sb utamanya sy ingin keluar dr belenggu hutang dan ingin hidup bahgia mcm org lain tp yg pentig iman..Doakn kejayaan sy.Amin
January 9th, 2010 at 10:22 am
idea?boleh dicari dengan banyak membaca dan memerhatikan keadaan sekeliling