dubai talk irfan khairi

Popularkan perniagaan menggunakan iklan yang lebih efektif dan PERCUMA!

Beberapa hari lepas saya baru pulang dari Dubai atas jemputan memberi talk di sana mengenai perniagaan Internet. Alhamdulillah, ianya mendapat sambutan yang hebat dengan peserta-peserta dari serata dunia.

Suka saya ambil peluang ini untuk kongsikan kepada anda antara 3 tip perniagaan yang saya sampaikan melalui talk saya tersebut. Zaman kini berubah, kaedah pemasaran perniagaan juga perlu berubah tidak lagi seperti 5-10 tahun yang lalu…

dubaitalk montage

1. Popularkan perniagaan anda

Sikap manusia suka pada sesuatu yang popular. Dalam pemasaran ianya dikenali sebagai ‘Social Proof’, di mana, apa yang popular dan menjadi pilihan ramai akan lebih mudah terjual.

Perniagaan yang popular akan mudah diingati, menjadi pilihan pembeli serta meningkatkan kesetiaan pembeli.

Bukan sahaja selebriti dapat mempopularkan perniagaan mereka (tentunya lebih mudah bagi selebriti), tetapi, sebenarnya sesiapa sahaja dapat membina populariti perniagaan dengan menggunakan teknik dan strategi membina jenama.

2. Iklan kini kurang efektif

Zaman ini pengiklanan secara direct/langsung adalah kurang efektif. Ini kerana, terlalu banyak pengiklanan yang dilakukan oleh terlalu banyak perniagaan.

Orang ramai semakin lali (imune) dengan pengiklanan sebegini. Seperti kita juga, akan sering skip dan tidak endahkan iklan-iklan.

Kini, cara yang lebih efektif adalah pengiklanan yang tidak langsung melalui mesej-mesej disebalik maklumat dan informasi yang disampaikan.

3. Promosi percuma adalah lebih efektif

Kini, kos pengiklanan adalah semakin mahal. Tambahan pengiklanan secara langsung adalah kurang efektif pula.

Bak kata “The best things are free” juga boleh diaplikasikan dalam perniagaan di mana promosi percuma seperti ‘content marketing’ adalah berjangka panjang dan percuma untuk dilakukan.

Zaman berubah. Kaedah pemasaran juga perlu berubah. Terutamanya perniagaan yang kurang mempunyai modal dalam promosi, perlu pelajari cara dan kaedah pemasaran yang percuma, tetapi amat berkesan!

*Ketiga-tiga tip ini juga dibincangkan dan disampaikan dengan lebih mendalam di program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

[PENGUMUMAN] Pengambilan terbaru Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial akan bermula tidak lama sahaja lagi! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk berbincang.

Program ini juga boleh diikuti 100% secara online sekiranya anda jauh dari Kuala Lumpur. Klik di sini.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

7 thoughts on “Popularkan perniagaan menggunakan iklan yang lebih efektif dan PERCUMA!

  1. cabaran terbesar mungkin saingan apabila menjual barang yang sudah popular..

    kalau jual barang yang ‘rare’susah pula tembus pasaran sebab ramai yang belum tahu..

    jika begitu keadaannya kembali ke tip perniagaan kedua pula.

  2. Sekarang terlalu banyak iklan sana sini.
    Produk pun byk, dan hampir sama.

    Cari USP. Jgn bersaing dgn jenama-jenama besar jika belum smp ke tahap itu.

  3. Yup,betul saya setuju..ia bergantung kepada individu sendiri untuk memilih pengiklanan secara berbayar atau percuma.

    Tetapi iklan percuma lebih efektif,dan tiada kos..cuma memerlukan sedikit masa diperuntukkan untuk menulis berbanding dengan iklan berbayar.
    =)

  4. yang penting bukan hanya populariti tapi servis terbaik untuk customer .

    macam mamak servis dan makanan terbaik dan orang pi balik nasi kandar beli balik

  5. Betul tu. Jika tengok iklan di media sosial pening nak tengok. Banyak sangat. Ramai pelanggan yang dah lali dengan iklan sebegini.

    Jual produk yang permintaan tinggi insyallah ada peluang nak dapat hasil.

  6. Betul, sekarang ramai orang mencari peluang berniaga sama ada online atau offline dek kerana zaman ekonomi yang semakin mencabar. Jadi, kita yang sebagai peniaga perlu tahu kehendak market dan cuba cari ilmu-ilmu yang berkaitan agar perniagaan lebih berjaya. inshaAllah.

  7. Terbaiklah si fu, tiap kali menmaca sangat bersemangat. Semua usahawan sebagusnya bermula dari bawah dan sabar serta istiqamah dalam mendaki tangga kejayaan. Jumpa sifu di u can duit di melaka sangat sangat bersemangat. masih teringat ketika si fu menjawab soalan saya , pada ketika tu saya duduk di hadapan sekali. Jazakallah khair, moga si fu bertambah affiah dari allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.