Salah satu perkara yang saya suka lakukan adalah travelling. Bukan sahaja untuk holiday bersama keluarga, tetapi juga travel untuk perniagaan. Dari dulu lagi saya percaya bahawa rezeki perniagaan adalah sangat luas, bukan sahaja di Malaysia, malah di serata dunia. Perniagaan saya yang pertama bermula di United Kingdom di awal tahun 2000. Sehingga hari ini Alhamdulillah saya berpeluang ke serata dunia mengendalikan talk dan juga lawatan untuk perniagaan. Dan hari ini pula menetap di Timur Tengah untuk tujuan berniaga. Inilah yang dikatakan tentang rezeki perniagaan akan sentiasa ada apabila kita berhijrah. Ketika travel, berikut adalah antara apa yang saya akan lakukan untuk tujuan perniagaan. Anda juga boleh melakukannya walaupun ketika travel holiday bersama keluarga.
1. Mencari idea perniagaan
Ketika di luar negara, saya akan sentiasa membuka mata saya kepada produk atau perkhidmatan yang ada di luar negara yang tiada di Malaysia (atau negara lain). Jauh perjalanan luas pandangan. Sering kali saya akan mempunyai matlamat untuk mendapat sekurang-kurangnya 3 idea perniagaan dalam satu trip! Adakalanya mendapat lebih. Adakalanya kurang. Tetapi, apabila meletakkan matlamat untuk mencari idea, InsyaAllah, akan dapat juga idea yang baik untuk dijadikan perniagaan di negara lain. Menggunakan teknik ini sahaja, Alhamdulillah pelbagai idea perniagaan saya akan dapat. Dalam waktu yang sama juga, saya akan turut perhatikan strategi dan kaedah promosi sesuatu perniagaan di negara lain yang mungkin unik dan jarang digunakan di negara lain. Kaedah ini juga saya akan belajar dan aplikasikan di negara lain.
2. Menyertai expo atau persidangan
Ketika melawat sesuatu negara, sering kali saya akan jadualkan masa lawatan saya supaya dilakukan ketika sesuatu expo perniagaan atau persidangan perniagaan dikendalikan. Bak kata, sambil menyelam meneguk air. Sama ada pergi untuk tujuan holiday, atau perniagaan, saya akan dapat menyertai expo dan persidangan perniagaan. Waktu ini adalah terbaik untuk mempelajari ekosistem perniagaan sesuatu negara itu, tetapi juga untuk menjalinkan networking. Di expo sebegini saya dapat berkenalan dengan lebih ramai usahawan-usahawan di luar negara. Antara cara paling mudah untuk business networking adalah, menjadi pelanggan kepada produk atau perkhidmatan mereka. Dan kemudian, menjalinkan persahabatan.
3. Melihat peluang yang ada
Berlawanan dengan tip (1) di atas, ada baiknya melihat peluang-peluang perniagaan yang ada di sesuatu negara. Semua negara mempunyai kekuatan dan kekurangan dalam bidang perniagaan. Bolehkah kita membawa idea perniagaan di Malaysia ke negara lain? Sekadar contoh, di Dubai, hanya terdapat 2 jenama restoran Malaysia. Sangat kurang pesaingannya dan kedua-dua restoran ini sering penuh. Bukan sahaja dengan orang Malaysia, tetapi orang Dubai juga. Pernah kah anda ke Mekah dan melawat restoran Malaysia D’saji yang hanya beberapa tapak dari Masjidil Haram? Seringkali penuh bukan?
Banyak juga idea perniagaan dari Malaysia yang boleh dibawa ke luar negara!
Dan itulah juga nasihat saya kepada anda. Untuk fikirkan bahawa rezeki perniagaan luas terbentang di bumi Allah SWT. Memang tidak mudah, dan memang akan ada cabarannya. Tetapi memulakan perniagaan di Malaysia juga tidak mudah dan pelbagai juga cabaran betul tak? Alhamdulillah sudah lebih 4 tahun menjalankan perniagaan di pelbagai negara dan masih lagi mencari peluang, membina networking dan membawa idea perniagaan ke Malaysia semula! Jika anda sering travel, dan akan melakukan travelling tahun ini, tidak kira untuk perniagaan atau holiday, lawati www.luggez.com. Ini adalah antara idea yang diambil dari luar negara yang diimplementasikan di Malaysia. Dan kini, sedang menjalankan pertandingan berhadiahkan RM10,000!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021