Cabaran Usahawan Ketika COVID-19 – Coronavirus

Kini sudah 3 minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19. Pelbagai perasaan dan keadaan dihadapi oleh pelbagai golongan. Mereka yang bergelar usahawan juga tidak lari dari pelbagai perasaan dan tanda tanya mengenai perniagaan masing-masing.

Wabak Covid-19 yang tersebar diserata dunia sememangnya telah memberi kesan ekonomi yang negatif. Kini, bukan sahaja untuk industri yang terlibat secara langsung, seperti industri pelancongan yang paling awal menghadapi tekanan. Tetapi juga perlbagai perniagaan dan industi yang lain juga.

Tidak dinafikan, terdapat juga industri yang mendapat kesan positif dari keadaan Covid-19 ini seperti industri kesihatan, runcit, food delivery dan lain-lain. Tetapi, secara rata-rata, kesan yang tidak langsung seperti kuasa pembeli yang menjadi semakin rendah ketika krisis ini, telah memberi impak kepada kebanyakan perniagaan.

Bagi sesetengah perniagaan yang mempunyai kedai/premis yang terpaksa tutup dalam jangkamasa satu bulan tanpa pelanggan, sudah cukup untuk memberi tekanan kewangan kepada pemiliknya oleh kerana pelbagai kos yang lain perlu dijelaskan.

Masakan ada juga jenama-jenama besar serata dunia yang terpaksa gulung tikar, apatah lagi perniagaan mikro dan SME.

Pastinya bantuan kerajaan yang prihatin memberi sedikit nafas lega, tetapi hakikatnya, ia bukanlah penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi.

Masalah yang dihadapi bukanlah sekadar ketika PKP yang berlangsung selama satu bulan, tetapi menjadi tanda tanya juga bagaimanakah pasaran perniagaan selepas PKP dihentikan?

Melihat negara lain seperti China yang telah tamat tempoh lockdown mereka, malangnya, perniagaan tidak berjalan seperti biasa oleh kerana Covid-19 telah mengubah prasarana perniagaan.

Oleh itu, apakah yang terbaik yang perlu dilakukan oleh usahawan?

Jawapannya adalah, untuk suaikan diri dengan realiti yang baru. Adapt.

Usahawan perlu terima realiti yang berlaku kini di Malaysia dan di serata dunia. InsyaAllah, PKP akan tamat. Covid-19 juga akan surut dan pergi. Tetapi bukanlah dalam masa terdekat ini.

Lebih pantas usahawan menerima relaiti baru ini, lebih pantas mereka dapat memgambil tindakan dan menyesuaikan diri dengan realiti ini.

Sesetengah perniagaan perlu berubah. Mungkin tidak secara keseluruhannya, tetapi sebahagian sahaja. Ada juga perniagaan yang perlu berubah 100%, dimana usahawan perlu fikirkan alternatif perniagaan baru.

Dalam sesuatu krisis, ianya merupakan peluang kepada perniagaan. Peluang untuk berubah dan menangani sesuatu krisis itu. Bak pepatah mat salleh, “what doesn’t kill you will make you stronger”

Usahawan yang berjaya menghadapi dan melalui cabaran perniagaan yang dilemparkan oleh Covid-19 ini akan menjadi usahawan yang makin kuat.

Pastinya juga, tak dinafikan juga sedihnya ada juga usahawan yang akan tertewas dengan cabaran yang dihadapi.

Namun yang tertewas adalah mereka yang tidak mahu berubah.

Stay strong & Adapt!

-IK

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.