Mon 21 Dec 2009
Apabila memulakan perniagaan, terdapat beberapa sudut anda boleh mendekati perniagaan anda untuk menawan pasaran dan pelanggan anda. Perniagaan datangnya dengan persaingan. Dalam menangani persaingan, berikut adalah strategi menawani pasaran dan pelanggan anda!
1: Tawani melalui kualiti yang tinggi
Kita sedia ketahui bahawa kualiti produk dan perkhidmatan akan menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Produk dan perkhidmatan berkualiti rendah sudah tentu akan mendapat masalah apabila pelanggan merasakan mereka tirtipu dengan belian mereka. Bukan setakat itu sahaja, berita perniagaan anda menjual produk berkualiti rendah juga akan mudah tersebar oleh pelanggan-pelanggan yang tidak berpuas hati.
Tawani pelanggan anda dengan produk yang berkualiti. Ia akan memberi keuntungan buat jangka masa yang panjang sekiranya kuliti produk dan perkhidmatan anda senentiasa diperbaiki.
2: Tawani melalui perkhidmatan yang lebih baik
Zaman kini, permintaan perkhidmatan menginginikan segala-galanya dilakukan dengan sempurna dan cepat. Percepatkan perkhidmatan perniagaan anda. Sekiranya bakal pelanggan menghubungi anda, layani dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pelanggan membawa barangan rosak ke kedai anda, perbaiki dengan cepat dan sempurna. Sekiranya pesaing anda memberi perkhidmatan penghantaran dalam masa 2 hari, anda cuba lakukan penghantaran dalam masa 1 hari.
Permintaan kini menekankan kelajuan dan jangka masa sebagai salah satu factor utama dalam memilih perniagaan. Memang tidak hairan restoran-restoran “fast-food” mendapat permintaan yang tinggi!
3: Tawani melalui harga yang lebih rendah
Dalam pasaran yang kompetitif, harga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan perniagaan. Ramai pengguna kini adalah pengguna yang bijak dan akan membandingkan harga sebelum membuat belian.
Tawan pengguna dengan memberi produk dan perkhidmatan anda pada harga yang munasabah dan bersesuaian dengan kualiti produk anda. Terdapat banyak perniagaan menggunakan model harga rendah dalam memenangi hati pelanggan dari gerai mamak sehingga ke Air Asia.
4: Tawani melalui memberi lebih daripada apa yang disangkakan
Memberi apa yang disangkakan oleh pelanggan anda akan menunaikan permintaan mereka. Tetapi, memberi lebih daripada apa yang disangka akan menggembirakan mereka!
Beri lebih daripada apa yang disangkakan kepada pelanggan-pelanggan anda, dan pulangannya adalah pasaran yang lebih luas. Ini kerana, pelanggan yang gembira akan berkongsikan pengalaman mereka dengan kenalan-kenalan mereka.
Buah mulut yang baik berkenaan perniagaan anda akan menawan pasaran pelanggan yang setia dan meluas.
5: Tawani melalui menjadi ketua pasaran
Menjadi ketua pasaran anda memberi pelbagai kesan baik kepada perniagaan. Pertama sekali, jenama ketua pasaran sering dikenali berbanding dengan persaingan. Menjadi ketua pasaran adalah dengan menjadi perniagaan yang pertama sekali memasuki sesuatu industri.
Sebagai contoh, Colgate merupakan ketua pasaran ubat gigi oleh kerana menjadi jenama yang pertama sekali memasuki pasaran tersebut. Sehingga kini, jenama Colgate mendahului jualan segala ubat gigi.
Sekiranya anda ingin menggunakan strategi ini, ciptakan satu kelaianan dalam perniagaan anda. Kelainan tersebut akan menjadikan anda unik dan berbeza dengan pesaing sedia ada. Ini membuka peluang perniagaan anda kepada pasaran yang baru dan menjadi ketua pasaran tersebut.
Strategi yang sukar, tetapi dengan impelementasi yang betul, akan dapat menawani pasaran yang besar.
ps: Malam ini akan diadakan preview percuma Dari Kosong Sampai Jutawan, di CITITEL MIDVALLEY. Semua dijemput hadir. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
pps: Workshop Jutawan Internet terakhir untuk tahun ini, pada 27 Disember 2009. Mulakan perniagaan Internet dari rumah sempena 2010! Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Klik di sini untuk poster Workshop Jutawan Internet
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


December 22nd, 2009 at 4:40 pm
strategi yang mantap & berkesan untuk digunakan oleh kami semua….
December 22nd, 2009 at 4:40 pm
Salam IK,
5 strategi yang menarik. Bagi saya yang no.5 tu susah sikit, sebab kena mencipta sesuatu yang baru, barulah boleh jadi leader. Ia memerlukan daya kreativiti dan inovasi yang agak tinggi. Tapi inilah yang IK dah lakukan, mencipta fenomena perniagaan internet di Malaysia, sekarang dah jadi jutawan.Tahniah!
December 22nd, 2009 at 6:05 pm
bagaimana nak guna semua ilmu ini? Boleh berikan contoh masa atau tempoh bila harus digunakan
December 22nd, 2009 at 11:06 pm
IK dan rakan2,
Pelanggan sekarang ni sudah semakin pandai dalam buat pilihan. Mereka dah pandai menilai produk/perkhidmatan yang paling tinggi nilainya utk wang yang mereka keluarkan. Kalau peniaga tak pandai menawan hati mereka ni, memang susah nak bersaing. Kalau dah dapat pelanggan, masalah seterusnya bagaimana nak pastikan bagaimana mereka setia dengan kita. Betul tak IK?
December 23rd, 2009 at 2:04 am
Banyak faktor untuk menawan pasaran bagi membekalkan produk/perkhidmatan kita..Ciri2 yg IK berikan ni memang perlu dijadikan benchmark
December 23rd, 2009 at 2:27 am
Salam…salam…
Hmm…strategi untuk ‘menawan’ dah ada.
Katakanlah kesemua ilmu di atas telah dipraktikkan oleh pesaing kita.
Ada tak strategi lain untuk ‘membebaskan’ tawanan mereka dan seterusnya menjadi pelanggan kita?
Atau, guna saja strategi yang sama?
Boleh ke kalau lawan api dengan api?
December 23rd, 2009 at 9:12 am
Salam,
sekiranya dilihat dari semua perniagaan, banyak lagi yang boleh dipecahkan menjadi nich2 yang kecil. Mungkin disebabkan orang kita malas hendak berfikir menjadikan kita selalu mundur daripada negara2 maju.
Apa yang saya belajar daripada IK, inovasi adalah 10% perubahan yang dilakukan terhadap sesuatu produk/ perkhidmatan. Jadi banyak manakah perl diubah??
renung2kan dan selamat beramal.. hehehe..
December 23rd, 2009 at 9:16 am
Tawani dengan jenama anda yang lain dari yang lain
December 23rd, 2009 at 5:21 pm
no. 4 memang menarik. contohnya, janjikan kepada pelanggan produk yang dipesan akan sampai dalam masa 4 hari. tapi alih2 esok sudah sampai
December 24th, 2009 at 1:13 am
Bina jenama mampu meningkatkan keunikan dan ini mengurangkan pesaing
December 24th, 2009 at 9:29 am
Bila baca 5 strategi IK ini, baru saya tahu bagaiamana nak tawan pasaran perniagaan. ia memang memerlukan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi. dalam istilah arab ada menyatakan “man jadda wa jada”. barangsiapa berusaha pasti dia berjaya
. Ciri-ciri yang diberi IK ini memang mantap dan berkesan untuk membina jenama yang berkualiti. Terima Kasih IK
December 24th, 2009 at 12:07 pm
Asslamualaikum IK,
Kesemua 5 strategi yang dibentangtang amat berguna untuk menjalankan perniagaan internet. Dengan ader kelima-lima stratergik tersebut dapat memperkukuhkan lagi perniagaan kita. Tambahan pula perniagaan kita ini akan maju kehapadan dari persaing kita. Yang penting mesti iklas dan jujur dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan kita.
Shamsul
www.kilauankerongsang.com
www.mentorjutawanebook.com
December 28th, 2009 at 10:13 am
IK, bila nak update ruangan tip perniagaan 9/10
January 9th, 2010 at 10:09 am
Sekarang dah ramai sgt menceburi bidang IM tetapi sebenarnya peluang masih terbuka luas
January 12th, 2010 at 9:37 pm
salam,, yang penting jujur dan ikhlas..kalau mcm tu semua boleh ditawan..usaha dan jangan putus asa