6 tip cara bagaimana untuk memberi keyakinan kepada pelanggan kita secara atas talian.
Kepercayaan merupakan sebab #1 seseroang membeli atau tidak dari laman web kita.
Sekiranya mereka tidak yakin dengan laman web kita, maka kita tidak akan berjaya mendapatkan jualan secara online. Pastikan anda melakukan perkara-perkara berikut untuk meningkatkan keyakinan pelanggan anda:
-
Letakkan gambar anda di laman web
Dikatakan sekiranya anda meletakkan gambar anda di laman web anda, ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan 4x ganda. Pelanggan ingin tahu dengan siapa mereka melakukan transaksi jual beli. Dengan melihat gambar pemilik perniagaan sekurang-kurangnya akan meningkatkan kepercayaan mereka dalam melakukan transaksi online.
-
Balas email dengan pantas
Jangan biarkan masa 2-3 hari baru hendak membalas email pelanggan. Sebaiknya kurang satu jam, email pelanggan telah terjawab. Kepantasan ini akan menunjukkan bahawa anda benar-benar serius dalam mengendalikan perniagaan dan melayan sebarang persoalan pelanggan. Keyakinan pelanggan akan bertambah apabila menerima balasan email dengan pantas.
-
Letakkan maklumat lengkap perniagaan
Sertakan nama perniagaan, alamat, nombor telefon secara lengkap. Jangan lupa juga, alamat email, facebook, skype atau whatsapp sekiranya anda menggunakannya dalam perniagaan. Lebih banyak cara anda berikan untuk pelanggan menghubungi anda, lebih yakin mereka dalam membeli. Ini kerana ia menunjukkan anda sedia dihubungi sekiranya terdapat sebarang soalan, masalah atau pelanggan memerlukan bantuan. Jangan lupa juga kini, dimestikan meletakkan nombor pendaftaran perniagaan anda di laman web dalam memberi keyakinan untuk perniagaan anda.
-
Aktif di media sosial
Dengan menjadi aktif di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya menunjukkan anda mempunyai personaliti dan wujud di dunia sebenar, dan bukan sekadar laman web yang hendak menipu pelanggan. Pelanggan akan lebih rasa yakin apabila dapat menjalinkan hubungan bersama anda walaupun menerusi kemaskini anda di media sosial. Oleh itu, ambil sedikit masa untuk update media sosial anda sehari beberapa kali.
-
Gunakan Video memperkenalkan diri dan perniagaan
Apakata gunakan video pula untuk memperkenalkan diri dan perniagaan anda. Tidak perlu terlalu panjang, sekadar video 2-5 minit sudah memadai memaparkan diri anda memperkenalkan perniagaan anda. Sekiranya gambar anda boleh meningkatkan keyakinan pelanggan 4x ganda, video dapat meningkatkan berkali-kali ganda lagi oleh kerana bakal pelanggan dapat melihat, mendengar dan menonton anda. Zaman kini agak mudah menghasilkan video oleh kerana handphone anda juga telah dilengkapi dengan perisian video camera.
-
Sertakan testimonial pelanggan lepas
Jangan lupa, sertakan testimoni pelanggan-pelanggan yang berpuas hati. Testimoni terbaiknya disertakan dengan gambar untuk meningkatkan keyakinan. Lebih baik lagi sekiranya testimoni adalah berbentuk video!
Mudahan dengan 6 tip ini dapat memberi anda lebih banyak idea untuk meningkatkan lagi keyakinan pelanggan terhadap perniagaan Internet anda dan meningkatkan lagi jualan perniagaan Internet anda. In shaa’ Allah!
Sekiranya anda ingin dalami lagi perniagaan Internet, sertai saya dan pelatih-pelatih bertauliah selama 6 bulan di Porgram Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Sekiranya anda mempunyai masa untuk berjumpa untuk tahu lebih lanjut program 6 bulan ini, hubungi kami di 03-77292277 untuk berjumpa. Sekiranya tidak dapat berjumpa, klik di sini untuk keterangan lanjut. Kami juga menyediakan pembelajaran secara online khusus bagi mereka yang jauh dari Kuala Lumpur (baca di ruang Soalan Lazim untuk keterangan lanjut).
Klik pada gambar di atas untuk keterangan lanjut bagaimana anda juga boleh memulakan perniagaan Internet!
Latest posts by Irfan Khairi (see all)
- 4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL - 18 July, 2022
- Cara tambah keyakinan diri untuk buat VIDEO! - 8 May, 2022
- Saya TIDAK bermula DARI ZERO kerana…. - 2 September, 2021
Mcmna cara nk berkomunikasi dgn prospek smada melalui hp,media sosial spt fb,wechat dan insta,dan jg cara nk menarik minat mreka mndgr dan join bisnes yg kta perkenalkn kpd mrka