tnw

6 Tips Perniagaan Internet Dari Amsterdam!

Pada minggu lepas, saya ke Amsterdam untuk menghadiri persidangan Internet dan Media Sosial terbesar di Eropah. Zaman kini berubah, dan perniagaan kini banyak beralih ke Internet untuk mengaut pasaran yang lebih besar dan lebih murah.

tnw

Kitaran teknik, dan strategi pantas berubah di Internet dan sekiranya tidak diikuti, perniagaan akan ketinggalan ke belakang. Berikut adalah 6 tips trend perniagaan Internet dan media sosial yang perlu usahawan memberi fokus…

  1. Pemasaran video menjadi semakin penting. Kini, di Facebook sahaja 4 bilion video ditonton dalam masa sehari! Pemasaran video yang betul akan memberi keyakinan dan kredibiliti kepada perniagaan. Perniagaan yang tidak menggunakannya akan ketinggalan!
  2. Pemasaran mobile jangan dilupakan. Kini, lebih ramai pengguna Internet melayari Internet menggunakan mobile. Secara purata, lebih 70% yang sedang membaca tulisan saya ini menggunakan telefon pintar atau tablet. Betul tak? Oleh itu, usahawan perlu mengambil berat pemasaran mobile kini.
  3. Teknik pemasaran yang lebih inovasi perlu dilakukan. Sehari kita terdedah kepada lebih 3,000 iklan. Pesaing pula semakin ramai. Bagi perniagaan yang telah lama di pasaran, mungkin kini melihat keuntungan berkurangan oleh kerana pesaing yang semakin ramai. Jawapannya, teknik promosi yang lebih inovatif perlu dilakukan supaya orang ramai akan perasan iklan kita dikalangan 3,000 iklan setiap hari!
  4. Idea perniagaan yang lebih inovatif. Bukan sahaja pemasaran yang inovatif, tetapi idea perniagaan juga perlu inovatif untuk memenuhi pelbagai permintaan. Memulakan perniagaan yang sama sahaja seperti orang lain, hanya menambahkan pesaingan. Cari kelainan dengan menjadi lebih berani dan inovatif.
  5. Pentingkan jenama perniagaan. Terutamanya di Malaysia, penjenamaan bukanlah topik yang popular. Oleh sebab itu, banyak perniagaan yang tidak mementingkan jenama akan tenggelam dek pesaingan yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang pelanggan akan ingat? Mereka akan ingat perniagaan yang mempunyai jenama.
  6. Berniaga dengan lebih bijak. Terdapat pelbagai perisisan/apps yang membolehkan automasi perniagaan. Masa kini semakin terhad dan usahawan semakin sibuk. Dengan mengetahui perisian dan apps yang boleh membantu usahawan menjimatkan berjam-jam masa setiap hari dengan melakukan automasi perniagaan, mereka yang bekerja bijak akan sentiasa dihadapan pesaing yang melakukan kerja-kerja berniaga secara manual yang membazir masa.

InsyaAllah beberapa hari lagi saya akan ke Doha, Qatar pula atas jemputan menghadiri persidangan bersama Al Jazeera ┬ásebagai deligasi Malaysia dan mudahan akan updatekan di sini 6 lagi tip perniagaan dari Doha pula! ­čśë

*** Bagi usahawan dan bakal usahawan yang ingin sentiasa dihadapan pesaing, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial pengambilan terbaru yang akan bermula sejurus selepas saya pulang dari Qatar.  Topik-topik di atas juga akan di jelaskan dengan lebih mendalam supaya anda sentiasa mempunyai daya saingan yang hebat berbanding pesaing anda.

Pengambilan terbaru bermula pada tidak lama sahaja lagi dan teknik dan strategi terkini perniagaan Internet dan media sosial akan dikongsikan bersama peserta selama 9 bulan dengan bantuan dan bimbingan. Sekiranya anda beminat, dapatkan maklumat lanjut di sini atau hubungi Cik Jay di talian 03-77292277 sekarang. Tempat semakin terhad dan sentiasa akan penuh!

3batchUsahawan dan bakal usahawan, klik pada gambar di atas untuk sertai!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “6 Tips Perniagaan Internet Dari Amsterdam!

  1. assalam.. saya nur atiqah, mahasiswa drpd Uitm shah alam.Pihak kami ingin menjemput tuan utk berkongsi kejayaan tuan dalam program sembang santai bersama ikon di uitm shah alam pada 23 mei 2015. adakah tuan berkesempatan untuk menghadiri program tersebut?

  2. Terima kasih IK di atas perkongsian yang amat bermanfaat ini. InsyaaAllah kami akan menggunakan pengiklanan melalui video di facebook dan youtube untuk menyebarkan kebaikan Faleeq Susu Kambing. Dan untuk program intensif perniagaan internet dan strategi media sosial yang sedang saya ikuti sekarang memang sangat bagus dan memberi banyak manfaat pada bisnes faleeq susu kambing ini. Jadi kepada usahawan dan bakal usahawan di luar sana, saya sarankan agar mengikuti program dari IK ini untuk memajukan lagi bisnes anda ke hadapan. InshaaAllah

Leave a Reply

Your email address will not be published.