Alhamdulillah, petunjuk Allah SWT dalam perniagaan saya…

Allah SWT memberi pelbagai petunjuk untuk lakukan sesuatu jika kita sentiasa yakin dan terus melihat.

Satu ketika dulu, niat saya adalah untuk kembangkan perniagaan saya ke luar negara. Antara matlamat saya ketika itu (hingga kini) adalah untuk membantu lebih ramai usahawan Muslim serata dunia.

Tahun 2014, saya mendapat jemputan memberi talk di negara Islam pertama, iaitu di Dubai, UAE. Sejak 2010 lagi semua jemputan saya ke serata dunia adalah di negara bukan Islam. Dari USA hinggalah ke Japan.

Perjalanan pertama saya ke Dubai ketika itu, Allah memberi pelbagai petunjuk.

Pertamanya, ketika dalam kapal terbang Emirates, saya membelek-belek majalah inflight (inflight Magazine) penerbangan Emirates.

Jika anda perasan ketika dalam kapal terbang, setiap majalah inflight akan mempunyai peta dunia di mukasurat terakhir yang menunjukkan route penerbangan tersebut.


Apa yang saya lihat adalah, route perjalanan rangkaian Emirates yang berpusat di tengah-tengah peta dunia (Dubai) dan berkembang ke serata dunia. (*Seperti gambar di bawah)

Itulah petunjuk Allah SWT yang pertama, untuk kembangkan perniagaan saya ke serata dunia.

Pertama kali di Dubai, saya menaiki METRO (LRT jenis Dubai). Menaiki METRO, dapatlah saya melihat bandaraya Dubai, dan bandar-bandar yang lain.

Ketika itu, mata saya tertumpu pada salah satu hentian METRO itu, iaitu bandar yang dinamakan “Internet City”. Tak sangka, di Dubai ada bandar khas yang didedikasikan untuk perniagaan-perniagaan yang berkonsepkan online. Di sinilah HQ Google, Facebook, Instagram, Microsoft dan lain2 di Timur Tengah!

Bertahun-tahun menjalankan perniagaan (sejak berumur 20 tahun lagi), itulah yang saya lakukan selama ini. Perniagaan Internet! Petunjuk Allah SWT kepada saya.

Tetapi, apa yang seal the deal untuk saya membuatkan keputusan saya berhijrah ke Dubai untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat global, adalah ketika pertama kali mendarat di lapangan terbang Dubai, terdengar seruan azan waktu solat Subuh.

Di Dubai, ianya dimestikan memasang seruan azan di tempat-tempat awam, dari shopping center, pusat hiburan dan juga lapangan terbang.

Terdengar seruan Azan Subuh di lapangan terbang negara orang terasa sayu pun ada, tetapi bagi saya ia adalah petunjuk Allah SWT untuk melakukan hijrah perniagaan lebih 3 tahun lalu!

Hingga hari ini, setiap kali mengambil penerbangan KL-Dubai, saya mengambil flight yang tiba awal pagi waktu subuh di Dubai untuk mendengar azan Subuh sebagai peringatan. Klik play pada video di bawah…

Allah SWT memberi pelbagai petunjuk untuk lakukan sesuatu jika kita sentiasa yakin dan terus melihat.Satu ketika dulu, niat saya adalah untuk kembangkan perniagaan saya ke luar negara. Antara matlamat saya ketika itu (hingga kini) adalah untuk membantu lebih ramai usahawan Muslim serata dunia. Tahun 2014, saya mendapat jemputan memberi talk di negara Islam pertama, iaitu di Dubai, UAE. Sejak 2010 lagi semua jemputan saya ke serata dunia adalah di negara bukan Islam. Dari USA hinggalah ke Japan.Perjalanan pertama saya ke Dubai ketika itu, Allah memberi pelbagai petunjuk. Pertamanya, ketika dalam kapal terbang Emirates, saya membelek-belek majalah inflight (inflight Magazine) penerbangan Emirates. Jika anda perasan ketika dalam kapal terbang, setiap majalah inflight akan mempunyai peta dunia di mukasurat terakhir yang menunjukkan route penerbangan tersebut.Apa yang saya lihat adalah, route perjalanan rangkaian Emirates yang berpusat di tengah-tengah peta dunia (Dubai) dan berkembang ke serata dunia. (*Seperti gambar di bawah)Itulah petunjuk Allah SWT yang pertama, untuk kembangkan perniagaan saya ke serata dunia.Pertama kali di Dubai, saya menaiki METRO (LRT jenis Dubai). Menaiki METRO, dapatlah saya melihat bandaraya Dubai, dan bandar-bandar yang lain. Ketika itu, mata saya tertumpu pada salah satu hentian METRO itu, iaitu bandar yang dinamakan "Internet City". Tak sangka, di Dubai ada bandar khas yang didedikasikan untuk perniagaan-perniagaan yang berkonsepkan online. Di sinilah HQ Google, Facebook, Instagram, Microsoft dan lain2 di Timur Tengah!Bertahun-tahun menjalankan perniagaan (sejak berumur 20 tahun lagi), itulah yang saya lakukan selama ini. Perniagaan Internet! Petunjuk Allah SWT kepada saya.Tetapi, apa yang seal the deal untuk saya membuatkan keputusan saya berhijrah ke Dubai untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat global, adalah ketika pertama kali mendarat di lapangan terbang Dubai, terdengar seruan azan waktu solat Subuh.Di Dubai, ianya dimestikan memasang seruan azan di tempat-tempat awam, dari shopping center, pusat hiburan dan juga lapangan terbang.Terdengar seruan Azan Subuh di lapangan terbang negara orang terasa sayu pun ada, tetapi bagi saya ia adalah petunjuk Allah SWT untuk melakukan hijrah perniagaan lebih 3 tahun lalu!Hingga hari ini, setiap kali mengambil penerbangan KL-Dubai, saya mengambil flight yang tiba awal pagi waktu subuh di Dubai untuk mendengar azan Subuh sebagai peringatan.Allah SWT memberi pelbagai petunjuk untuk lakukan sesuatu jika kita sentiasa yakin dan terus melihat. Petunjuk-Nya ada di mana-mana sahaja dan dalam pelbagai cara. Syukur Alhamdulillah, saya dapat melihatnya dan perniagaan semakin berkembang.Perniagaan bukan sahaja TEKNIK dan STRATEGI, atau "HUSTLING and GRINDING" sahaja. Tetapi sering kali juga ia adalah gerak hati yang diberikan oleh Allah SWT.Saya doakan perniagaan anda juga terus berkembang dan sentiasa mendapat rezeki dan keberkatan dari petunjuk-petunjuk yang Allah SWT berikan.IKDubai, UAEPS: Esok saya akan terbang semula ke KL untuk kendalikan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang akan bermula pada hari Ahad 24hb November. Jika anda ingin memulakan perniagaan internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, menambahkan pelanggan dan keuntungan, dapatkan maklumat lanjut di www.OpenEducation.com.my atau hubungi 03-77292277/ 019-5537088 (En. Razzi). Tempat adalah SANGAT TERHAD, oleh itu booking segera!

Posted by Irfan Khairi on Sunday, November 17, 2019

Allah SWT memberi pelbagai petunjuk untuk lakukan sesuatu jika kita sentiasa yakin dan terus melihat. Petunjuk-Nya ada di mana-mana sahaja dan dalam pelbagai cara. Syukur Alhamdulillah, saya dapat melihatnya dan perniagaan semakin berkembang.

Perniagaan bukan sahaja TEKNIK dan STRATEGI, atau “HUSTLING and GRINDING” sahaja. Tetapi sering kali juga ia adalah gerak hati yang diberikan oleh Allah SWT.

Saya doakan perniagaan anda juga terus berkembang dan sentiasa mendapat rezeki dan keberkatan dari petunjuk-petunjuk yang Allah SWT berikan.

IK
Dubai, UAE

PS: Tak lama lagi saya akan terbang semula ke KL untuk kendalikan Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang akan bermula pada hari Ahad 24hb November. Jika anda ingin memulakan perniagaan internet atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, menambahkan pelanggan dan keuntungan, dapatkan maklumat lanjut di www.OpenEducation.com.my atau hubungi 03-77292277/ 019-5537088 (En. Razzi). Tempat adalah SANGAT TERHAD, oleh itu booking segera!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.