SEBAB mengapa ORANG CINA kaya dan berjaya dalam perniagaan!?

Beberapa hari lepas saya berpeluang duduk semeja sambil minum-minum bersama seorang usahawan Cina dari negara China dan seorang pekerja dari Filipina. Ianya merupakan satu ‘moment’ yang agak luar biasa sebenarnya, kerana…

Orang Cina memang terkenal dengan kehebatan dan kejayaan mereka dalam bidang perniagaan. Manakala, orang Filipina adalah antara pekerja yang terajin bekerja di serata dunia – di Dubai memang terlalu ramai warga Filipina kerja di sini!

Pastinya, ketika berbual-bual, banyak yang saya pelajari mengenai budaya berniaga dan kerja seseroang usahawan Cina dan seorang pekerja Filipina. Dan peluang itu, saya ambil untuk bertanyakan soalan yang sering saya ingin tahu selama ini…

“Mengapa orang Cina pandai berniaga???”

Jawab usahawan Cina ini…

Bertahun-tahun dulu, sejak ibu, ayah, datuk, nenek, moyang dan seterusnya, budaya orang Cina di China adalah untuk mengajar anak mereka supaya berdikari dan berniaga. Itu adalah prioriti utama.

Bekerja dengan orang bukanlah pilihan utama, tetapi, anak-anak sejak kecil lagi sejak beratus tahun dulu didedahkan untuk menjalankan perniagaan. Untuk fahami transaksi jualan. Untuk tahu untung dan rugi. Dan untuk sentiasa berjimat cermat dalam berniaga. Walaupun untung kecil, tetapi mereka didedahkan untuk sentiasa bersabar dan fikir long-term.

Itulah pendedahan yang diberikan kepada anak-anak oleh ibu bapa untuk beberapa generasi sejak beratus tahun lagi.

Bagaimana pula dengan budaya bekerja pula?

Apabila ditanya pada rakan Filipina yang merupakan pekerja pula, jawapannya adalah terbalik pula!

Kata perkerja Filipina yang bersama berbual pula, sejak kecil lagi orang Filipina terdedah kepada budaya bekerja. Ibu dan bapa (mungkin seperti di Malaysia) inginkan anak belajar, dan habis belajar, cari kerja. Kejayaan hidup adalah dalam mendapatkan kerja yang baik.

Mencari pekerjaan adalah satu prioriti yang didedahkan kepada anak-anak sejak kecil lagi. Berniaga, bukanlah satu yang penting. Utamakan bekerja.

Dan inilah yang kita dapat lihat serata dunia. Pekerja dari negara Philippines ada di mana-mana sahaja. Sehingga jumlah wang dari mereka yang di hantar balik ke negara mereka berjumlah RM125bilion setiap tahun! Hebat!

Oh ya, kawan Filipina juga berkata, usahawan-usahawan yang berjaya di Philippines adalah mereka yang di gelar “Tsinoy”. Yang bermaksud orang Cina Filipina!

Memang rezeki ada dalam perniagaan, dan juga bekerja. Sama ada menjadi usahawan atau pekerja, kedua-duanya akan berpunca dari mindset.

Tidak kisahlah kita datang dari negara mana. Dulu-dulu sejak kecil lagi saya didedahkan untuk belajar tinggi-tinggi dan mencari kerja. Mungkin ini caranya ramai orang Malaysia juga. Tetapi dalam diri saya, saya mempunyai minat yang teramat sangat untuk berniaga.

Rasulullah SAW mula berniaga ketika umurnya 12 tahun lagi. Satu inspirasi dan motivasi bagi saya dan ramai umat Islam untuk berniaga dan menjadi usahawan yang berjaya. Dan satu ketika dulu, usahawan Muslim adalah antara peniaga-peniaga yang terhebat di dunia.

InsyaAllah satu hari nanti zaman kegemilangan ini akan kembali.

IK
Dubai, UAE

PS: Walaupun di Dubai kini, minggu hadapan saya akan terbang ke Kuala Lumpur untuk pengambilan TERAKHIR 2019 program bersama saya. Jika anda ingin mulakan perniagaan atau kembangkan perniagaan sedia ada anda, kini hanya 5 tempat sahaja tinggal untuk pendaftaran awal. Maklumat lanjut di www.OpenEducation.com.my atau hubungi 03-77292277 / 019-5537088 (En. Razzi) untuk pertanyaan.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published.