Dalam perniagaan, menjadi popular adalah satu keuntungan. Perniagaan seperti Bodyshop, Microsoft & McDonalds semuanya mendapat keuntungan daripada populariti pengasasnya- Anita Roddick, Gates & Ray Crock.

Tip kali ini khas untuk mereka yang ingin menjadi “popular” dalam perniagaan masing-masing. Mungkin terbaik untuk motivator, trainer, penulis buku, IM, dan perniagaan apa sahaja yang mengetengahkan diri sendiri pemilik perniagaan.

Soalan ini adalah untuk menjawab soalan rakan penulis saya, beliau bertanya: Saya dah tulis 8 buah buku… mengapa saya tak sepopular Irfan yang baru menulis 2 buah buku?

Anda hendak tahu?

1: Keluar dari mainstream
Anita Roddick keluar dari mainstream ketika memulakan perniagaan di mana bahan-bahan kecantikan sering kali berkaitan dengan barangan ujian saintifik dan menggunakan perubatan modern, Anita Roddick memulakan perniagaan kecantikan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

2: Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan
Bill Gates & Microsoft tidak lari dari kontroversi ketika permulaan Microsoft. Siapa tidak ingat perang Microsoft & Netscape? Sesuatu yang mengejutkan akan membuka mata orang ramai. Ia adalah sesuatu yang mengejutkan apabila perancangan Microsoft adalah untuk monopoly OS sedunia.

3: Sampaikan mesej yang sama
Apakah mesej anda? Terlalu banyak mesej berlainan akan mengelirukan orang ramai dan orang sukar mengingati anda. Ray Crock menciptakan mesej “kegembiraan” (good time, good place) berpuluh tahun dulu dan mesej tersebut digunakan sehingga hari ini di McDonalds tanpa ditukar! Sampaikan mesej yang sama berulang-ulang kali!

Sekiranya anda ingin jadi popular, pastikan anda (1) keluar dari mainstream, (2) ketengahkan sesuatu yang mengejutkan dan (3)sampaikan mesej yang sama berulang kali.

Sebenarnya hendak menjadi popular dalam perniagaan, tidak jauh bezanya menjadi popular sebagai seorang selebriti/artis. Suka saya memberi contoh antara penyanyi favourite saya kini, Faizal Tahir:

  • Keluar dari mainstream: Apabila ROCK Malaysia (dan juga Indonesia) sering dikaitkan dengan band/berkumpulan, Faizal Tahir muncul dnegan ROCK SOLO (sesuatu yang tidak baru di US!)
  • Ketengahkan sesuatu yang mengejutkan: Siapa yang ikuti industri hiburan, pasti ingat stunt “Superman” Faizal Tahir :)
  • Sampaikan mesej yang sama: ROCK-ROCK-ROCK-SUPERMAN-SUPERMAN-SUPERMAN

Saya dah agak Faizal Tahir menang besar AIM dan Planet Muzik baru-baru ini.

Dengan 3 maklumat & contoh di atas, bagaimana saya, IK boleh dikenali sejak 3 tahun lalu? Kiranya cuba anda jadikan saya sebagai kes study…

ps: IK pun rock juga! ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Penjaga zoo popular maut- tip hari ini!
  • Bagaimana untuk fikir di luar kotak?
  • Kenapa hendak jadi jutawan?
  • Yakin dengan diri sendiri!