Beri balik – give back!

Salah satu idola perniagaan saya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. Belum lagi berpeluang berjumpa dengannya… kalau berpeluang, that would be the day! 🙂

Satu pengajaran hebat daripadanya adalah untuk beri balik kepada masyarakat. Beliau melakukan ini melalui Yayasan Al Bukhari. Yayasan Ilham Budi yang saya sedang usahakan adalah hasil inspirasi daripada langkahnya.

Hadis ada menyebut, harta kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah. Ianya adalah amat benar. Lagi banyak anda memberi dengan ikhlas, lagi banyak anda menerima.

Saya teringat masa saya muda dulu (form 4 ke form 5), saya ada menghadiri Kursus Bina Negara. Dan ketika itu, ada satu ceramah yang amat hebat. Penceramah (tak ingat nama) menyebut tentang konsep sedekah (walaupun ceramah itu bukan seperti ceramah-ceramah agama yang selalu kita dengar, penceramahnya agak modern). Beliau menyeru untuk semua sedekah RM10. Pada ketika itu, maklumlah, kita budak sekolah menengah. RM10 tu banyak sangat!

Tetapi penceramah itu kata, beliau GUARANTEE yang beberapa hari lepas kita sedekah tu, kita akan dapat balik jumlah tersebut dan selalunya lebih daripada itu! Apa yang saya tertarik sebab penceramah tu kata “guarantee”. Selalu penceramah lain akan kata “Insya-Allah” 🙂

So, I gave it a shot. Lepas Kursus Bina Negara, saya pun sedekah RM10 di masjid. Memang berat masa tu… 🙂

Beberapa hari kemudian, bagaikan magic, memang betul. Saya menerima RM50 daripada abang saudara yang balik dari bekerja di luar negara. Pada ketika itu, saya amat terkejut bahawa it works! Sememangnya harta tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah!

Lepas sekolah menengah (umur 18 tahun), saya mulakan quest saya menjejak langkah-langkah jutawan. Oleh kerana buku2 berkisar jutawan berbahasa Malaysia tidak banyak (takde pun), so, saya baca buku mat salleh. Kisah-kisah mat salleh jutawan & billionaire juga menyebut tentang konsep ini. Konsep memberi balik… giving back. Atau lebih dikenali dalam buku2kekayaan mat salleh sebagai… thithing.

Ramai jutawan dan billionaire melakukan ini sehinggakan ianya amat sukar mencari mereka yang berjaya yang TIDAK “beri balik” kepada masyarakat. Satu perkara saya pelajari yang amat penting adalah untuk anda beri balik. Give back. Mereka yang menjadi jutawan & billionaire mengamalkan konsep ini sebelum mereka mencapai apa-apa kekayaan pun.

Enjoy atau gunakan pendapatan yang anda terima untuk lifestyle anda, tetapi, dalam pada itu, beri balik kepada masyarakat. Apabila anda memberi balik, anda akan merasakan bahawa harta & kekayaan ada banyak dan berlebihan di dunia ini (abundance). Dengan memberi balik, ianya akan datang semula kepada anda dalam berbagai bentuk dan secara berlebihan 😉

So, why not, sedekahkan RM50… RM100… atau lebih ke mana-mana, dan yakini bahawa anda akan dapat balik tidak lama lagi.

~Pesanan Yayasan Ilham Budi

ps: Memberi balik, bukan sekadar memberi balik wang sahaja, malah, anda juga boleh beri balik dari segi usaha, tenaga dan masa anda 🙂

pps: American Idol pun Give Back juga. Lihat pulangan balik nya 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

36 thoughts on “Beri balik – give back!

  1. Saya sangat suka dengan pendapat di atas, sebenar itulah antara “janji Tuhan -GUARANTEE” kepada semua hambanya yg sanggup berbuat demikian. Bahkan Rasulullah sendiri bersedekah bagaikan “angin kencang” dapat sahaja rezeki dari Tuhan, langsung Rasulullah agih-agihkan kepada sesiapa sahaja ada. Baginda adalah IDOLA dalam semua aspek kehidupan.

    SEDEKAH juga dapat memanjangkan umur dan memberi keberkatan hidup. Teringat cerita bagaimana Firaun yg dilaknat Tuhan pun dipanjangkan umur hanya kerana dia sering mengamalkan sedekah/memberi makan dengan tangan kanannya SETIAP HARI, maka Allah panjangkan umurnya. Sepatutnya kita yg Islam boelh berbuat lebih dari itu.

    Sebenarnya, “BERSEDEKAH itu lebih tajam dari BERDOA”. Kenapa Tuhan berkata begitu???

    Tips: MURAH REZEKI & TEBUS DOSA-DOSA kita – amalkan sedekah setiap hari (istiqamah)w/pun sedikit -kerana Tuhan sangat-sangat sukakannya…

  2. Selalu ingat pesanan ibu:

    ” Sedekah itu ibarat sebatang pohon yang memberi kebaikan kepada yang lain dengan mempunyai 7 dahan yang memegang 7 ranting dan dari setiap ranting mengeluarkan 70 daun “

  3. Teringat lagu scorpion “What U Give U get Back”

    Orang memberi kita merasa.Dengan memberi sumbangan kepada yang memerlukan,rezeki kita bertambah berkat.

    Memang betul kata kebanyakan orang kaya ni kebiasaannya ada Yayasan sendiri.Bill Gates pun buat macam tu.. itu satu usaha yang baik dan patut kita contohi 🙂

  4. yer betul…lagi banyak kamu beri, lagi banyak anda akan dapat. tapi kena yakinlah… apa yang akan anda dapat tak semestinya dalam bentuk material wang semata-mata.

    pendek kata beri lain dapat hasilnya yang lain dan mungkin lebih baik dari apa yang telah kita berikan…

    beri rm100 dapat rumah banglo manalah tahu.hihi

  5. Panduan terbaik adalah Quran dan Hadis, topik hari ini sememangnya sgt dituntut. Sedekah bukan wang ringgit semata-mata.
    Sebagaimana memberi ilmu melalui Tip 1 minit, lihatlah ganjarannya. Lihat pula org yg setiap hari memberikan masanya kpd Tip 1 minit ini, lihat perubahannya spt; shueqry berkata, irwan.dahnil, thinkerich dan bnyk lagi kalau nk sebutkan. Mulakanlah memberi masa kita untuk perkara baik, pasti balasannya baik, kalau kita memberi masa kpd perkara buruk, pasti lambat laun kita terima balasan buruk. Sedekahlah senyuman dan kata-kata positif untuk diri sendiri dahulu kemudian orang lain.

  6. Rukun Islam yang ke3 sudah menjelaskan bahawa seseorg muslim itu wajib mengeluarkan zakat – iaitu biasanya 2.5% jumlah simpanan untuk seorang kaya bekerja dalam perdagangan atau industri, dan 10% atau 20% hasilan tahunan untuk para petani. Wang atau hasilan ini dibahagikan di kalangan fakir miskin.

  7. pengalaman saya sendiri mengenai ‘ape yang kita beri pasti akan dapat balik’. 1 hari di kedai saya di datangi seorang pemuda (pakistan) mungkin ade sesetengah orang cukup tidak suka dengan kehadiran orang asing. tetapi bagi saya semua manusia adalah sama. dan juga mungkin sesetengah orang beranggapan mereka di dalam golongan yang menipu & menjual barang.

    niat pemuda ini ingin menjual barang, setelah penerangan berlaku saya jelaskan padanya saya tidak berniat untuk membeli pun barangan yang di jual tetapi saya ingin bersedekah. walaupun nilai yang saya berikan pada pemuda itu tidaklah sama dengan harga barang tersebut tetapi alhamdulillah keuntungan saya pada hari tu berlipat ganda. tuhan sahaja yang mengetahuinya …

    setiap rezeki yang kite perolehi, apabila di kongsi bersama tidak kira belanja kawan ke @ memberi pada yang kurang mampu secara tak langsung dapat memberi pulangan yang berlipat ganda samada dalam mase terdekat @ untuk tempoh yang lame… wallah hu a’lam.

    p/s: jangan sesekali memandang rendah pada orang yang berkunjung di rumah @ tempat kita hatta mereka seorang penjual barangan @ pun peminta sedekah. mungkin TUHAN datangkan seseorang itu untuk membawa rezeki kepada kita . sentiasa percaya akan rezeki yang tuhan berikan pada kita adalah adil dan bersedekah itu seharusnya bersifat berterusan walaupun sedikit…

    ‘selamat beramal’

  8. Memang benar pandangan dan pandangan pembaca (yang beri komen). Di dalam islam sendiri telah mewajibkan umatnya berzakat apabila kita wajib dan cukup syarat untuk berzakat.

    Jumlah 2.5% daripada jumlah yang dikenakan zakat sebenarnya mampu di keluarkan oleh ramai umat Islam walaupun bukan dari golongan yang berada.

    Alhamdulillah, masyarakat kita pada hari ini telah meningkat kesedaran terhadap pembayaran zakat. Semoga kemakmuran negara Malaysia berpanjangan.. Amin!

  9. Maksud Surah An Nur – Ayat 56
    “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta berikan zakat dan taatlah kamu kepada Rasulullah supaya kamu peroleh rahmat.”

  10. tuhan itu maha kaya… kita diseru agar mengamalkan sedekah jariah… balasan pahala yg besar diatas sumbangan apabila kita membuat kebaikan kepada org lain… ianya tidak hanya semata2 wang ringgit shj dan ianya boleh disedekahkan dalam bentuk material yang lain seperti jasa, kebajikan, dan pertolongan yang memberikan manfaat kepada mereka2 yg memerlukan!!

    Best regards,
    Best In Azran Alam

  11. Betul tu …
    Allah akan membalas apa yang kita buat…
    so kalau kita memberi yang baik… Insyaallah akan dibalas baik…
    Sebab itulah zakat diwujudkan.. Jadi janganlah lari dari bayaran2 tersebut,.. AMIN..

  12. Alhamdulillah, antara ‘post’ yang saya suka. Terima kasih, Irfan. Salah satu langkah untuk menjadi jutawan yang terbilang, gemilang dan cemerlang adalah dengan bersedekah. Belum pernah lagi kita dengar sebuah perniagaan jatuh muflis kerana banyak bersedekah, tidak kira perniagaan itu berasaskan jualan langsung (MLM), perniagaan internet dan lain-lain.. Syabas, Irfan kerana sedang berusaha menwujudkan Yayasan Ilham Budi.

  13. Setuju sangat2 tu. Memang Allah dah janjikan di dalam Al-Quran spt dlm Surah Ar-Rum, ayat 39 yg bermaksud:

    “Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan). Dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda.”

    … yg dgn bersedekah bukan saja dpt mengembangkan harta kita, bahkan kita akan dpt pahala yg berlipat ganda.

    So, give back (tak semestinya tunggu jd jutawan – asal ada rezeki lebih, bersedekahlah). InsyaAllah, kita akan memperoleh kebaikan di dunia dan juga akhirat. Wallahua’lam…

  14. Memang betul apa yang Doc. katakan. 😉

    Saya juga perasan apabila kita memberi sesuatu kita akan dibalas semula dalam berbagai bentuk (tak semestinya dalam bentuk wang ringgit). 🙂

    Hisham;
    “Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima” 😀

  15. saya teringat pesan ustaz saya:

    bukan setakat sedekah aje dapat pahala,niat untuk bagi sedekah @ niat untuk buat kebaikan pn dapat pahala(buat denagan ikhlas).

    marilah sama-sama niat dan terus untuk membuat kebaikan..

    “thanks irfan atas ilmu diberiakn”

  16. ermm…betul tu…
    macam Nabi Muhamad pesan kat Saidina Ali lah…
    baginda bersabda kepada Ali…
    “Wahai Ali…jika kamu beri 1 dengan ihklas..nescaya Allah akan bagi balik 10 kepada kamu…”
    lagi banyak kita sedekah…..lagi berliapt kali ganda kita dapat..
    insyallah…kita pakat contohi Irfan k..
    Tahniah kepada coz dah berjaya tubuh yayasan sendiri…
    alhamdullillah…

  17. Assalamulaikum

    senyum pun sedekah…

    bg ilmu pun sedekah…

    terima kisah utk irfan utk ilmumu…

    give back my ‘smile’ to irfan

  18. Ustaz yang pernah mengajar saya pernah berkata, tuhan tidak menilai sedekah itu dengan jumlah yang anda berikan tetapi keikhlasan hati anda. Jadi jika anda ingin bersedekah, sedekahlah dengan ikhlas tanpa mengharap balasan. Saya takut lepas ni ramai pula nak bersedekah cth rm20 lepas tu hari-hari pikir bila tuhan nak bagi dia rm100.
    Bersededekahlah untuk mendapat keredaan allah.

  19. Assalamualaikum dan salam sejahtera…
    Saya ucapkan syabas atas kejayaan penubuhan yayasan Ilhan Budi Saya juga amat tertarik dengan tip Irfan ini.Ia sememangnya sesuatu yg sgt bgus amalan sedekah dalam kehidupan seharian selain dapat menyucikan diri..Semoga kita dapat mengaplikasikan amalan ini agar mendapat keberkatan dunia dan akhirat.Amin.
    Salam sukses…

  20. Ini pengalaman saya sendiri, saya sebelum ni rasa liat nak keluarkan zakat pendapatan, malah rasa tak layak untuk keluarkan zakat sebab gaji taklah besar mana, duduk KL maklumlah taraf hidup tinggi. Cite pasal duit memanjang tak cukup aje,tapi semenjak 4 tahun dulu saya mula start bayar zakat pendapatan walaupun tak banyak tapi saya rasa masalah kewangan saya dah dapat diatasi, tak rasa lagi kesempitan danrasa cukup aje….

    Alhamdullilah, rezeki mula datang dengan cara lain….secara online dan juga offline.

    Mulai pada saat itu baru saya yakin bahawa Allah telah berjanji pada mereka yang banyak memberi….kerana tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.

    Satu lagi saya nak maklumkan jugak kat sini…jika kita ada ilmu janganlah kedekut sangat untuk berkongsi ilmu itu kepad kengkawan lain. Ada juga orang yang telefon saya bertanyakan internet marketing saya menjawab setakat mana yang termampu (taklah terro macam ) orang tu rasa pelik sebab saya explain dengan panjang lebar…dia kata lama cakap ni tak pe ke….bagi saya kalau kita kongsi ilmu tu dengan orang lain dan orang lain guna ilmu tu untuk kebaikan maka pahala jga akan diperolehi….amin….

  21. hohoho… kalu gitu bolehlah kita semua memberikan sumbangan amal kepada yaysan pula… macam mana nak bagi haaah?

    tak kiralah berapa yang boleh beri dan beri dan beri dan beri lagi….

    yayasan online… hihi

    sekian terima kasih..

  22. sememangnya suatu amalan yang mulia dan jangan mengharapkan balasan di atas sumbangan kita itu.

  23. saya sokong sangat kata2 saudara itu…
    saya sejak kecil lagi suka bersedekah,
    pada masa saya darjah 2,saya sedekahkan rm0.50,dan saya dapat balik rm5!

  24. masa terdesak memang tak boleh nak buat apa. maklumlah tak ada duit. asyik fikir duit je nak beri… banyak lagi peluang untuk membuat kebajikan. duit hanya sebahgian sahaja.

    sekiranya dapat nikmat kesihatan yang berpanjangan dari sedekah yang diberikan lagi bagus. lagi banyak boleh kita bantu mereka yang memerlukan.

    “bantu..? sudah puas kudengar perkataan bantu..”

    “kita semua akan bantu awak berjalan seperti biasa…”

    haha… lebih kuranglah gitu punya iklan. iklan petronas lagi. petronas pun dah banyak bantu orang biarpun minyak mahal sekalipun.

    oh apa ke hal dengan patronas pulak?

    jika yayasan bukhari dah ada yayasan irfan dah ada. mulai sekarang sediakan sedikit bajet anda untuk yayasan tak rasmi anda sendiri.

    ramai,kan yang buat yayasan? anda bila lagi? hehe… bila-bila laa yang anda mahu.

  25. betul 2.rete jgn mkn sorang2.lg bnyk sdekah lg bnyk masuk.2 kan janji 2han.sy sokong care sodare.

  26. hai,

    saya sekarang dalam proses untuk menubuhkan Yayasan (bukan saya punya, bos saya). Saya memmpunyai kesukaran untuk mendapatkan company secretary yang sanggup untuk menubuhkan Yayasan. Klu bolh memberi tip untuk mencari company secretary dan bayarannya sekali.

  27. Hello Irfan? Apa khabar? Saya pernah menghadiri seminar JUTAWAN INTERNET di UTM Johor Bharu.Yayasan telah ditubuhkan.Saya rasa nak join dan bersedekah.Bagaimana caranya dan harap balas.TQ

  28. Saya sangat setuju dengan kata-kata IK.. Memang benar jika kita ikhlas memberi insyallah kita akan dapat balik lebih dari apa yang kita berikan.. Sebab itulah ada pepatah yang mengatakan “Tangan orang yang memberi itu lebih baik dari tangan orang yang menerima”. Insyallah jika saya diberikan rezeki yang lebih saya tidak akan lupa untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.