Bila pergi holiday, bawa balik idea perniagaan

Tahu kah anda bahawa 95% produk yang di pasarkan di sesuatu negara, tidak dipasarkan keluar negara tersebut.

Contoh, 95% produk yang di Malaysia tidak ke luar negara pun. 95% produk dari Thailand, tidak keluar pun ke negara lain. 95% produk dari Jepun, tidak akan di eksport keluar Jepun pun! Dan seterusnya untuk negara-negara yang lain.

Maklumat ini adalah amat berguna untuk anda yang sering holiday (atau kerja) ke luar negara. Buka mata dan minda usahawan anda untuk membawa produk dari luar negara masuk ke Malaysia (atau ke negara lain). Di sini adalah peluang untuk anda mencari idea memulakan perniagaan dengan hanya memahami statistik 95% produk dari sesebuah negara tidak ke luar negara tersebut pun 😉

Here’s a hot tip bagi anda yang berminat untuk mendapatkan prduk dari luar negara, tetapi tak berpeluang untuk keluar negara…

Gunakan perkhidmatan AliBaba.com untuk mencari pemborong/pengeluar dari luar negara 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

35 thoughts on “Bila pergi holiday, bawa balik idea perniagaan

  1. Salam sedara irfan..nie adalah 1st time x silap saya komen kat sini..selama nie hanya jadi silent reader je..hihi..wah..bagus gak info yang kat atas tue erk..memang ramai org tak perasan tue..termasuklah saya sendiri nie..hihi..harap2 lepas nie dapat berguru ngan sedara irfan khairi disuatu masa nanti..

  2. Salam IK dan rakan2,

    Jika tidak mampu untuk ke luar negara, kita masih mampu untuk mendapatkan idea mereka hanya menggunakan Internet.. 🙂

    Tapi masih lagi banyak produk dari kita yang belum menembusi pasaran ke luar negara. Sayangnya jika kita tidak dapat memperluaskan lagi pasaran ke serata dunia! 🙂

    http://www.h2jbiz.com

  3. assalamualaikum

    banyak sungguhlah produk sesuatu negara tidak diexport, ini satu kelebihan kepada orang yang sering berkunjung keluar negara.

    kepada yang tidak berpeluang tu , guna internet sajalah jika mahu berniaga produk luar negara.

    yang penting boleh berniaga

  4. Kena rajin mencari kat Internet

    Insyaallah nanti jumpa lubuk emas

    Interesting statistic, tak terfikir banyak produk sebenarnya hanya tertumpu pd pasaran tempatan

  5. sambil bercuti
    otak turut bekerja
    tu sebbnya makin jauh kita berjalan…semakin banyak idea boleh keluar

  6. Memang betul pun…banyak produk2 yang terdapat di luar negara belum sampai lagi di Malaysia.

    Ada yang dah berkurun2 wujud kat negara luar, tetapi kat Malaysia tak wujud lagi.
    Contohnya, kat Jepun, ada Yakiu Centre (tempat permainan Besbol, sama macam tempat Futsal negara ini).
    Mungkin disebabkan berlainan budaya, benda2 macam ni lambat sikit diterima di Malaysia.

    *** Pssttt…idea…Irfan tak teringin ke anjurkan Program Mencari Peluang Di Luar Negara? (Macam buat rombongan melancong tapi berkonsepkan bisnes)
    Mungkin dapat membantu mengembangkan lagi pasaran untuk produk2 kita ke luar negara dan membawa masuk produk2 luar negara ke sini… 😉

  7. Saya sangat bersetuju dengan pendapat
    saudara IK.. ini secara langsung menyebabkan
    product tersebut kurang di pasaran tempatan.

    Jika product tersebut mempunyai permintaan yang tinggi, pasti kita boleh mendapat keuntungan yang berlipat ganda..

    Thanks for Sharing Saudara IK… 🙂

  8. Thanks atas tips IK hari ni..

    Betul kata IK, bila bercuti ni kita gak fresh dan maybe boleh masuk mcm2 idea.. Idea yg kecil tu mungkin boleh dikembangkan menjadi satu perniagaan yg hebat..

  9. Memang bagus kalau dapat eksport ke luar negara, tambah-tambah lagi berniaga dalam USD. tapi mcm mana nak mula? maklumlah newbie. agak-agak produk aku nie ada sambutan tak kat overseas….

  10. Kalau tak import, boleh juga guna kaedah “DropShipping”. Modal dan risiko jauh lebih rendah berbanding import.

  11. Assalamualaikum

    Fakta di atas membuka mata…

    Lebih menarik lagi bila IK katakan ini,

    “Di sini adalah peluang untuk anda mencari idea memulakan perniagaan dengan hanya memahami statistik 95% produk dari sesebuah negara tidak ke luar negara tersebut pun ”

    Masalah kebanyakan orang adalah kehilangan “Jiwa pejuang”. Melihat masalah berbanding potensi hasil. Takutkan kerja kerja banyak yang terpaksa dilakukan berbanding melihat keuntungan yang sedang melempar senyuman.

    Bilamana masalah ini dapat di atasi, bermulalah episod baru dalam hidup. Mereka akan berani mencipta impian setinggi bintang di langit

    Salam ceria & inspirasi

    Assalamualaikum.

  12. Perkongsian idea yang brilliant! Kadang2 yang ada kat depan mata tak nampak, tapi yang ada nun jauh di sana memang terlalu nampak! 🙂

  13. Ini mungkin salah satu rahsia perniagaan sesebuah negara.

    Ada juga negara sebagai contoh menggunakan sesuatu produk itu dalam jangka masa tertentu dan kemudiannya di jual kepada negara luar, kerana mereka telah pun mendapat teknologi baru dari produk lamanya.

    Artikel ini adalah terlalu berguna untuk penggiat ebay 🙂

  14. Walaupun tak keluar negara..banyak idea masih berlegar2 diminda..
    Perlukan masa utk merealisasikan..
    tapi samapi bila nak berjumpa masa?

  15. Salah satu contoh produk yang berjaya hasil dari tips ini contohnya seperti one drop perfumes yang tengah glmer sekarang, ianya adalah minyak wangi yang berasal dari Mesir pada mulanya.

  16. Pergh betul tue jadi yang penting kena cari produk yang mendapat sambutan yang hebat dan dipromosi satu dunia guna ebay,alibaba,lelong dan semua tempat promosi di internet

    Betapa bestnya setiap masa leh idea duit macam abang irfan pi holiday pun leh duit syabas bete

  17. Betullah IK. Saya baru balik dari Sarawak dan memang ada banyak benda yang unik yang tak dapat di Semenanjung. Kalau ada pun harganya melambung mahal. Tu baru dalam M’sia belum overseas lagi.. Dalam blog saya tu ada saya lampirkan gambar2 keunikan produk Sarawak yang boleh jadi potensi perniagaan bagi sesiapa yg tercari2 idea berniaga.

  18. idea yang amat bagus dan menarik. kita boleh gunakan idea yang diperoleh daripada tempat lain untuk dilaksanakan tempat kita.

  19. saya ada beberapa produk yang mampu menjanakan pendapatan kwn2.. saya punya pembekal sarang burung lawi dari indonesia..harga lebih murah berbanding malaysia.blh pasarkan di malaysia dengan harga yang menguntungkan.. selain itu, batu mutiara laut dari sabah, juga lebih blh dipasarkan kerana keperluan pasaran di negara kita semakin meningkat..

  20. klu import terus brg dr china bgaimana ye? bgaimana urusan dari segi penghantaran? adakah perlu kite beli/sewa contena?

  21. Gud sharing bro..

    -besok sy berangkat ke thailand utk urusan peniagaan…

    -mcm mane nak cari kilang2 di sana??
    jika bro ada info plzz email kan ke sy…

    tq..

Leave a Reply

Your email address will not be published.