jangan malu

Bodoh sombong kerana tidak bertanya?

Dalam apa sahaja anda lakukan, banyak bertanya untuk mendalami sesuatu bidang yang bukan kepakaran anda. Bertanya adalah short-cut untuk memperolehi ilmu dari pakar! Bukan sahaja bertanya akan menambahkan ilmu anda, malah, ia merapatkan anda dengan mereka di sekeliling anda yang anda suka bertanya kepada, dan memudahkan komunikasi.

Orang yang anda tanya juga akan rasa dihargai dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda berjaya dengan membantu anda dari segi berkongsi ilmu/pengalaman.

jangantanya

Tidak kira tahap mana kepakaran anda, anda masih perlu menuntut ilmu. Dan cara termudah dan terpantas adalah dengan bertanya!

Terdapat pepatah Cina berbunyi: “He who asks a question is a fool for five minutes; he who does not ask a question remains a fool forever.” – Chinese proverb

Maksudnya, adalah, siapa yang bertanya soalan mungkin terasa seperti tidak tahu selama 5 minit sahaja. Tetapi siapa yang TIDAK bertanya soalan, dia tidak akan tahu sampai bila-bila.

Sehingga kini saya masih lagi menuntut ilmu dan menambahkan lagi ilmu dalam bidang perniagaan, Internet dan kejayaan dengan banyak bertanya. Bertanya memudahkan pembelajaran oleh kerana anda akan mendapat jawapan yang tepat dengan apa yang ingin anda cari.

Entah kenapa, seringkali, bila seseorang itu ingin bertanya, beliau merasakan dirinya amat rendah. Akhirnya, beliau tidak bertanya dan simpan sendiri segala persoalanan. Mungkin dengan bertanya soalan, terasa kita bodoh kerana tidak tahu. Maka, jawapannya adalah kita mempunyai masalah ego kerana tidak mahu mengaku tidak tahu.

Apabila bertanya, kita akan mendapat ilmu. Dengan ilmu tersebut, kita boleh kembangkannya dan mengaplikasikannya dengan cara tersendiri. Daripada saya buta-blog, kini blog mendapat sambutan hebat. Semua daripada sikap bertanya.

Jangan malu dalam bertanya, sekiranya malu bertanya, maka anda sendiri yang akan rugi!

*** Konsep yang diketengahkan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial adalah pembelajaran secara interaktif di mana peserta sering bertanyakan soalan-soalan untuk membantu memulakan perniagaan dan dan mengembangkan perniagaan Internet mereka. Klik di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut program yang telah melahirkan paling ramai usahawan Internet di Malaysia!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

2 thoughts on “Bodoh sombong kerana tidak bertanya?

  1. Kadang2 rasa segan nak tanya benda2 yg simple pada penceramah atau pun pensyarah..sedangkan memang kita perlu tau hal tu…oleh sebab malu nak tanya…sampai sekarang pun tak tau jawapan ye….

  2. info yg bagus. kadang kadang kita pun malu nk bertanya. jangan malu dan segan, tanya je. ia memberi kebaikan kepada kita dan org lain juga.tapi,jangan tanya untuk jatuhkan seseorang tetapi bertanya untuk kebaikan kita

Leave a Reply

Your email address will not be published.