Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan, saya amat recommend menggunakan pendekataan Bootstrap!

Apa yang dimaksudkan oleh bootstrap adalah, anda jangan mengambil pinjaman modal dari mana-mana untuk memulakan perniagaan (tidak kira badan kewangan atau keluarga dan rakan-rakan).

Mulakan perniagaan anda dengan wang simpanan anda sendiri- mulakan perniagaan kecil-kecilan. Keuntungan yang anda terima dari perniagaan kecil anda, anda pusingkan kembali untuk memajukan dan mengembangkan perniagaan anda.

Ramai jutawan lahir dari pendekatan bootstrap apabila memulakan perniagaan (termasuk saya sendiri :) ). Ini adalah kerana, dengan menggunakan konsep bootstrap, anda akan lebih berhati-hati dengan wang yang dilaburkan. Anda juga akan lebih mempelajari dari usaha perniagaan anda. Ia juga akan memaksa anda menggunakan inovasi dan kreativiti anda dalam menguruskan perniagaan anda- mulakan kecil dan perlahan-lahan mengembangkan perniagaan anda dengan ilmu dan pengalaman yang dikumpulkan melalui bootstrap.

Ingin memulakan perniagaan dengan pinjaman RM30,000 - RM50,000? Jangan lupa bahawa lebih dari 90% perniagaan baru gagal dalam tahun pertama sahaja! Saranan saya: Bootstrap!

Semalam belajar bahasa Jepun, hari ini belajar bahasa Inggeris :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Tak pandai “speaking”
  • Mengalih bahasa perniagaan Internet
  • Kaizen… Rahsia Orang Jepun Terbongkar
  • “Speaking” dalam perniagaan