Pastikan Matlamat dan Azam 2017 Anda Tercapai

3 minggu lagi kita akan tinggal 2016. 2017 pula akan berkunjung.

Waktu inilah terbaik untuk lihat semula pencapaian kita 2016. Adakah matlamat dan azam yang kita tetapkan pada hujung 2015 atau awal 2016 telah tercapai?

Ianya dikatakan, hanya 2% dari manusia menetapkan matlamat. Peluangnya untuk anda yang membaca tulisan saya kali ini adalah seseorang yang meletakkan matlamat adalah tipis. Tetapi, sekiranya anda yang membaca ini sememangnya setiap tahun meletakkan matlamat, dan berusaha mengejar untuk mencapai ya, anda sebenarnya adalah di antara 2% teratas mereka yang mempunyai mindset orang yang berjaya!

Sejak 2000 lagi, setiap tahun saya menetapkan pelbagai matlamat. Antara matlamat adalah matlamat dalam bidang perniagaan. Melihat kembali, Alhamdulillah pelbagai matlamat telah tercapai sepanjang bergelar usahawan. Tidak dinafikan, ada juga matlamat yang tersasar, tidak tercapai, atau berubah haluan, tetapi, itu adalah perkara biasa. Yang penting adalah untuk menetapkan matlamat supaya kita mempunyai fokus arah tuju.

azam 2017

Matlamat perlu bertulis

Adakah anda menulis matlamat anda? Matlamat tidak bertulis adalah angan-angan sahaja. Ianya tidak dikira sebagai matlamat. Ambil pen, dan buku nota anda dan tulis matlamat-matlamat yang ingin anda capai tahun 2017 ini. Saya tahu, zaman ini, dah ada smart phone, Ipad, tab dan sebagainya. Takkan nak menulis pada kertas matlamat…

Tetapi menulis matlamat dengan pen pada kertas masih mempunyai kekuatannya tersendiri. Ia seumpama memberi komitmen yang lebih pada janji diri sendiri untuk mencapai matlamat. Umpama menghantar/menerima kad hari raya bertulis pada kenalan tentunya mood dan feelnya berbeza dengan hanya forward text SMS pada kenalan itu bukan? 😉

Pastikan anda menulis matlamat anda oleh kerana komitmen menulis itu akan menusuk minda separuh sedar kita untuk mencari cara dan peluang dalam mencapai matlamat tersebut.

Matlamat bukan hanya satu

Matlamat bukan hanya satu tetapi pelbagai. Jangan hadkan diri and akepada hanya matlamat kewangan sahaja. Tetapi matlamat termasuk matlamat keluarga, matlamat untuk anak-anak, matlamat peribadi, matlamat kerier, matlamat perniagaan, matlamat kesihatan, matlamat perihal agama, matlamat komuniti, dan pelbagai lagi.

Bukan hendak melarikan fokus dengan mempunyai pelbagai perkara untuk dilakukan serentak, tetapi, sekadar peringatan bahawa, kita perlu imbangkan hidup kita juga. Terlalu mengejar matlamat kewangan hingga keluarga teabai bukanlah sesuatu yang membanggakan. Begitu juga mengejar matlamat perniagaan sehingga kewajipan agama entah ke mana juga tidak harus berlaku. Sama juga jika matlamat kini hanyalah untuk anak-anak berjaya, tetapi sekiranya kewangan sendiri tidak berjaya, bagaimana anak-anak akan menampung keluarga satu hari nanti?

Fikirkan matlamat dalam pelbagai bidang. Tidak mengapa, anda masih mempunyai 1 tahun, 12 bulan dan 365 hari untuk mencapai pelbagai matlamat tersebut!

Matlamat ada yang tak tercapai

Ada juga matlamat yang tidak tercapai. Sesuatu matlamat tidak tercapai adalah kerana 2 sebab sahaja. Iaitu, pertama, matlamat yang terlalu besar, dan kedua, jangka masa terlalu singkat.

Sebagai manusia, ada kalanya tak tercapai matlamat yang ditetapkan. Namun, apa yang kita perlu lakukan adalah…

Panjangkan lagi tempoh untuk mencapai matlamat tersebut.

Bagi saya, tak kira apa sahaja matlamat kita, ianya boleh dicapai dengan usaha dan masa. Apa yang membuatkan kita tidak mencapainya adalah kerana kita tidak mulakan usaha tersebut. Letakkan tanggungjawab pada diri kita sendiri sekiranya matlamat tidak tercapai, dan bukan menyalahkan pihak lain, orang lain, tiada masa, dan seribu satu lagi alasan.

Fikirkan matlamat tahun-tahun lepas anda. Adakah ianya tercapai? Ataupun alasan yang membuatkannya tidak tercapai?

Matlamat yang tercapai…

Pastinya mengembirakan kita! Keperluan manusia tertinggi antaranya adalah untuk merasakan keperluan sempurna kendiri untuk mencapai cita-cita. Secara psikologinya, matlamat akan merelisasikan keperluan ini. Hidup tanpa matlamat tidak akan membawa anda ke mana pun.

Salah satu matlamat saya tahun 2016 adalah untuk membawa perniagaan saya ke peringkat antarabangsa. Menempa nama di persada global. Menyampaikan ilmu perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kepada pelajar international.

Alhamdulillah, matlamat tersebut telah tercapai tahun 2016 ini dengan mendapat lebih 6 jemputan talk di serata dunia termasuk Barcelona, Korea, India, 2 jemputan di New York dan 2 jemputan di Dubai! Juga, dengan penubuhan business school saya, Irfan Khairi Institute of Business Dubai, serta ramai peserta antarabangsa menyertai program-program yang saya kendalikan di Dubai!

Bagaimana ianya bermula?

Hanyalah dengan sekeping kertas yang tertulis matlamat saya ini pada hujung 2015. Setahun yang lepas! Jadi lah antara 2% mind set mereka yang berjaya dan mulakan 2017 anda dengan menetapkan matlamat baru anda supaya pencapaian anda akan menjadi lebih hebat dari tahun-tahun yang lepas!

Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan di Internet dari rumah dan menjana pendapatan pada tahun 2017 ini, InshaAllah saya boleh bantu. Sertai program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial di sini yang akan bermula pada 31 hb Disember 2016! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.