Wed 11 Jan 2012
Duta produk untuk melonjakkan jenama perniagaan dengan cepat
Posted by Irfan Khairi under Tip PerniagaanSalah satu cara membina keyakinan dan kepercayaan kepada sesebuah perniagaan adalah dengan mendapatkan seorang duta/jurucakap yang dikenali ramai mewakili sesuatu perniagaan itu.
Duta perniagaan juga befungsi sebagai “muka” kepada perniagaan atau produk tersebut dan memberi personaliti untuk mencipta hubungan antara perniagaan (sesuatu yang tidak hidup) dan juga pelanggan.
Selain daripada tarikan peminat atau followers, duta/jurucakap perniagaan boleh berfungsi dalam membina keyakinanan untuk sesebuah jenama apabila kaitan antara perniagaan dan duta produk tersebut adalah tepat- dan ini akan berjaya menarik sasaran pasaran dengan lebih sempurna dan amat cepat.

Shahrukh Khan, Duta Colgate dan banyak lagi!
Sebagai contoh, Shahrukh Khan merupakan duta kepada Colgate- pastinya membina lagi jenama Colgate di pasaran. Sasaran pasaran juga adalah amat tepat mungkin di kalangan peminat-peminat filem hindi yang merupakan golongan ibu-ibu yang mementingkan penjagaan gigi anak

David Beckham, Duta Gilette dan banyak lagi!
David Beckham pula merupakan duta kepada syarikat Gilette. Di mana pasaran peminat bola sepak majoriti besarnya adalah lelaki, maka, ikon bola sepak terkenal David Beckham digunakan untuk memasarkan pisau cukur jenama Gilette.
Di Malaysia juga kita boleh melihat artist dan ikon tempatan sebagai duta perniagaan, seperti Dato Lee Chong Wei (Duta Anti Virus Kepersky), Dr Fazley (Duta kamus elektronik Besta), Fahrin Ahmad (Duta jenama pakaian UNIQLO), Lisa Surihani (Duta Garnier), dan ramai lagi ikon dan personaliti tempatan menjdi duta produk-produk kesihatan.
Saya juga telah menjadi duta kepada beberapa perniagaan sejak 2008 termasuk uMobile Impiana, MIBO, dan terkini Litness (Minuman Sarang Burung) dan juga program Executive Diploma in Internet and Social Media, Asia eUniversity.
Sekiranya anda memiliki perniagaan dan ingin melonjakkan jenama perniagaan anda dengan lebih cepat, mungkin caranya adalah untuk anda mendapatkan duta/jurucakap yang paling sesuai dengan perniagaan anda!
ps: Ada yang tanya, bagaimana hendak mendapatkan IK sebagai duta produk- Bagi perniagaan yang ingin mendapatkan saya sebagai Duta atau Jurucakap perniagaan mereka untuk menaikkan jenama perniagaan, boleh hubungi 03-77292277 untuk berbincang dengan En Syukri atau email syukri@iksbmail.com.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:



January 12th, 2012 at 2:11 pm
Kalau ambil IK jadi duta pasti jenama cepat laku… hhee..hee
Taniah IK
January 14th, 2012 at 11:22 pm
Saya ada bisnes tapi perkhidmatan kewangan dan bukan produk fizikal. Harap IK boleh bagi tip bagaimana nak naikkan jenama.
March 15th, 2012 at 9:03 pm
Baru saya faham pasal peranan duta produk…
April 16th, 2012 at 9:40 am
Salam IK,
Saya berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Executive Diploma in Internet and Social Media Marketing? Bilakah pengambilan pelajar untuk tahun 2012 ini?