Apa yang kita makan akan menjadi sebahagian dari diri kita sendiri. Pemakanan yang seimbang dan sihat bukan sahaja akan menjaga kesihatan kita, malah, menjaga kesihatan juga menjadikan kita lebih bersemangat, bermotivasi di samping menjimatkan kewangan kita.

  1. Menjaga berat badan yang sihat - bergantung kepada jantina, umur, dan ketinggian, manusia mempunyai berat badan yang ideal. Berat badan yang berlebihan akan menambahkan peluang mendapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, dan diabetes. Terkurang berat badan pula juga terdedah kepada osteoporosis, haid tidak teratur bagi wanita, dan masalah penyakit lain. Klik di sini untuk mengira berat badan ideal anda.
  2. Makan dalam sukatan yang kecil - dengan memakan dalam sukatan yang lebih kecil, ianya lebih mudah untuk kita memakan makanan yang kita mahu, disamping menjaga kesihatan. Pernah saya menemubual pakar kesihatan, Kevin Zahri mekenani sukatan nasi terbaik untuk kita, jawapannya adalah, sekali makan, jumlah nasi terbaik adalah sebesar sebelah tangan kita yang digenggam (bukan dua belah!) ;)
  3. Tambahkan gandum, buah-buahan dan juga sayur-sayuran dalam diet anda - kumpulan makanan ini adalah kategori makanan yang sihat. Sekiranya diet harian anda tidak mengandungi kumpulan ini, pastikan anda menukarkannya.

Menjaga pemakanan adalah menjaga kesihatan, dan menjaga kesihatan adalah menjaga kewangan dan menambahkan semangat kita. Sekiranya kita rasa diri kita tidak bermotivasi dan sentiasa penat tidak bersemangat- lihat kembali menu pemakanan harian kita. Mungkin masalahnya di situ!

Litness Plus Collegen

litt.jpg

Amalkan juga mengambil produk kesihatan seperti sarang burung, madu lebah dan kurma. Saya juga merupakan duta kepada produk keusahawanan bumiputera Litness- minuman sarang burung (bercampur madu dan kurma merah) yang berfungsi untuk menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh. AG Hazira kini mencari pengedar dan juga stokis untuk produk sarang burung “Litness”. Litness adalah produk sarang burung bumiputera yang kini mempunyai permintaan yang amat tinggi di pasaran. Untuk maklumat lanjut menjadi agen atau pengedar (modal serendah RM500), hubungi 019-3012877 / 019-2232877

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kekayaan vs Kesihatan
  • Jaga kesihatan diri - ada duit, tapi badan tak sihat!
  • Wang & Anda - Jejak Jutawan
  • Masuk Rancangan Masakan pula!