Kreatif dalam berniaga di Instagram

AplikasiĀ sosial perkongsian gambar Instagram kini telah menjadi amat popular diserata dunia. Ada juga yang mengatakan dalam perniagaan Internet, instagram memberi impak yang lebih tinggi lagi berbanding dengan Facebook dari segi engagement (interaksi). Tambah-tambah lagi kini reach Facebook menjadi semakin rendah.

Namun ramai yang masih kurang tahu cara terbaik menggunakan Instagram untuk perniagaan. Untuk sesetengah perniagaan seperti menjual fesyen, aksesori, produk gadget, mungkin agak mudah mempromosikan perniagaan di Instagram. Tetapi, sesetengah perniagaan seperti perkhidmatan, produk kesihatan, perniagaan yang hanya 1-2 produk sahaja dan lain-lain, mungkin sukar sedikit mendapatkan followers di instagram untuk memeperkenalkan perniagaan.

Fikir konsep kreatif

Sekiranya meletakkan gambar produk anda kurang mendapat sambutan, fikirkan cara yang lebih kreatif untuk memaparkan perniagaan anda. Sebagai contoh, gambar pelanggan anda sedang menggunakan produk anda. Atau, gambar produk anda di lokasi-lokasi menarik di Malaysia atau serata dunia. Mungkin juga produk anda bersama kata2 motivasi yang berkenaan dengan industri anda.

Fikir secara kreatif bagaimana anda boleh memaparkan perniagaan anda juga, dan tak semestiya hanya tertumpu pada produk. Sebagai contoh, pernahkah anda menonton “the making of…” filem-filem? Di mana pembikinan sesebuah filem itu di tunjukkan kepada penonton, cara lakonan, cara mengambil video, cara pengarah bercakap, cara meletakkan kesan khas/special effects.

Dengan menonjolkan “behind the scenes” sestuatu filem, tujuan sebenarnya adalah untuk mendapatkan minat penonton kepada produk akhir- iaitu filem tersebut. Ini juga merupakan kaedah promosi.

instafollow

Usahawan boleh menggunakan konsep yang sama juga dalam memaparkan perniagaan iaitu tunjukkan proses sebelum menghasilkan produk, berkongsikan gambar-gambar di pejabat bersama kakitangan, dan gambar-gambar menarik lain yang “behind the scenes” sering tidak dilihat oleh pelanggan-pelanggan anda. Tujuannya adalah untuk mendekatkan lagi prospek kepada perniagaan anda!

Fikir konsep kreatif untuk instagram anda!

Juga, apa kata follow saya di Instagram (masih baru!) http://instagram.com/irfan_khairi untuk melihat dunia dari pandang mata saya.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) šŸ˜‰

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

One thought on “Kreatif dalam berniaga di Instagram

  1. Saya memang suka dengan idea2 en irfan khairi. Idea yg simple tapi bernas. Tapi saya tak berkesempatan untuk membaca dengan lebih detail semua buku2 anda

Leave a Reply

Your email address will not be published.