Lakukan sedikit MAGIC!… bukan maksudnya anda sebagai usahawan perlu membuat magic seperti David Blane atau Chris Angel atau Cyril… tetapi, anda tetap boleh melakukan satu magic kepada pelanggan anda dengan melakukan suatu “magic moment”

Apakah itu Magic Moment?

Menurut pakar perniagaan Jay Abraham, Magic Moment adalah satu keadaan atau lebih tepat lagi, satu PENGALAMAN yang dialami oleh pelanggan anda yang mereka tidak akan lupakan untuk jangka waktu yang panjang. Silap-silap, sampai bila-bila takkan lupakan.

Saya permudahkan dengan contoh dibawah…

Anda makan di restoran, ambik nasik, pilih lauk, ayam… sayur… ikan… kuah kari… dan lakukan pembayaran. On the way nak berjalan ke meja anda, anda terhilang balance, and terjatuh (salah anda sendiri… bukan sebab lantai licin atau terlanggar kucing). Habis nasi dan lauk pauk anda jatuh ke lantai. Adoi!

Tetapi, pemilik kedai itu, datang kepada anda dan bawakan kepada anda nasi, ayam, sayur, ikan & kuah kari yang baru dan suruh anda makan je. On the house!

Apakah perasaan anda? (selain daripada malu kena pandang pelanggan lain anda yang tersungkur ;) ). Pastinya satu pengalaman yang baik yang diberikan oleh pemilik restoran tu bukan? Itulah dia nya pemilik tersebut menciptakan satu “Magic Moment”

Menciptakan “Magic Moment” bukan suatu yang boleh dipelajari daripada buku teks perniagaan atau universiti sekali pun, tetapi, ianya lebih kepada EQ (Emotional Intelligence). Selami diri pelanggan dari segi emosi, dan fahami keadaan mereka. Anda akan dapat mencipta satu Magic Moment yang akan diingati sampai bila-bila.

Lepas ini, kalau anda nak makan, anda pergi mana? Sudah tentu restoran itu lagi bukan?

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kurangkan janji, lebihkan keputusan
  • Perniagaan Internet… perlu 3 bulan (Magic Number)
  • Kejayaan NizalTalk! - Komunikasi Efektif
  • Happy Birthday Cinta 2010