PANAS & SEJUK dalam setahun

Dalam perniagaan, sebagai usahawan, kita perlu menjangka pasaran perniagaan kita pada keadaan pasaran yang akan berubah mengikut musim. Musim yang dimaksudkan ini, adalah musim jangka pendek (bukan trend).

Contoh:

  • Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika cuti sekolah. Sesetengah perniagaan mendapat lebih keuntungan dari cuti sekolah.
  • Sesetengah perniagaan kurang pelanggan ketika bulan puasa (dah dekat ni!). Sesetengah perniagaan pula mendapat lebih keuntungan ketika puasa (seperti gerai Ramadhan).
  • Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan yang lebih pada hujung bulan apabila pengguna menerima gaji!
  • Sesetengah perniagaan menjangka keuntungan pada hujung tahun apabila pengguna menerima bonus!
  • Sesetengah perniagaan akan menjangka penurunan keuntungan ketika cuti umum seperti cuti raya dan sebagainya…

Tip Satu Minit:

Ambil calander setahun, dan tandakan di dalam kalender tersebut minggu-minggu yang PANAS (warna merah) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan yang lebih. Dan tandakan juga di kalender minggu-minggu yang SEJUK (warna biru) untuk keadaan di mana anda menjangka keuntungan kurang.

Melalui kalender PANAS & SEJUK ini, anda dapat melihat trend keuntungan perniagaan anda.

  • Cipta strategi bagaimana anda boleh memaksimakan keuntungan bila musim perniagaan PANAS.
  • Ubah strategi perniagaan ketika musim perniagaan SEJUK untuk mencari keuntungan baru ketika keuntungan perniagaan dijangka menurun- contoh, menjalankan perniagaan sampingan baru.

Sebagai usahawan, perhatikan musim perniagaan PANAS & SEJUK dalam satu tahun dan adjust strategy anda untuk memaksimakan keuntungan bagi keseluruhan tahun 🙂

Sesiapa boleh beri contoh? 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

13 thoughts on “PANAS & SEJUK dalam setahun

  1. Bagi bisnes saya di MotivasiHaji.com, musim panasnya adalah bila kursus haji bersiri giat dilaksanakan di seluruh negara. Kursus ni selama 16 minggu. So minggu2 ni adalah musim panas bg saya. Tapi kena ikut kalender Islam laa… Masa ni saya akan buat road tour ke tempat2 sekitar lembah kelang. bg tempat yg mungkin tak boleh nak pegi, saya cuba edarkan brochure dan giatkan promosi agar org tahu kewujudan laman web saya, dan membeli scr online/mail order.

    Musim sejuk pulak bila semua kursus dah berakhir. Masa tu kena terus promosikan laman web saya supaya yg bakal haji yg masih mencari bahan rujukan akan membeli mlli laman web. Dan masa ni saya kena giatkan promosi dan alih tumpuan pada laman web saya yg lain supaya aliran wang masuk tak putus. Dan mungkin juga masa musim sejuk ni saya gunakan utk menulis buku baru atau menghasilkan laman web perniagaan yg baru.

  2. Assalamualikum..

    saya nak tanya irfan,
    kenapa irfan tak ada affiliate programme?
    for your books and programmes,
    mereka yang refer will get certain commision ke..something like that..

    if you have,i wll be very happy to join as ur affiliate..
    my frens are also keen on it..

    ok anyway..take care and thank kerana berjaya membuka minda melayu untuk terus maju di zaman internet ini..

  3. Berdasarkan apa yang nyatakan pada tips kali ni, apa yang saya nampak adalah di pasar raya – pasar raya besar seperti Jaya Jusco, Giant, Carrefour, Tesco…

    Biler time hujung bulan jer (time masuk gaji) mesti sesak dalam pasaraya. Cukup ramai orang membeli-belah time tu. Nak parking pun susah.
    Tapi lagi ramai biler musim perayaan. Sehinggakan nak masuk pasaraya pun susah.
    Tetapi kalau bukan musim perayaan dan bukan hujung bulan, keadaan dalam pasaraya agak lengang sedikit.

    Apa yang saya dapat lihat, strategi pasaraya besar ni, biler tiba musim perayaan yang mana musim paling ramai orang ke pasaraya, dia akan adakan bermacam-macam ‘sale’ untuk menarik seramai mungkin dan mangaut keuntungan berlipat kali ganda daripada musim tersebut. Ini supaya keuntungan yang diraih daripada musim perayaan ini dapat “cover” keuntungan yang diraih pada bukan musim perayaan.

    Sekadar pendapat.

  4. Irfan menjadikan pelan perniagaan nie sangat mudah difahami dan dilaksanakan!

    Satu lagi contoh ialah dalam sektor pertanian. Bergantung pada jenis tanaman, musim menuai adalah minggu2 yg PANAS dan selebihnya adalah minggu2(atau bulan2) yg SEJUK.

    Betul ke ?

  5. tips ini mesti kena ambil nih.. TQ.

    ok contoh perniagaan saya http://www.pelamin.net tempahan akan meningkat setiap kali ada cuti sekolah. Tetapi akan berkurangan apabila tiba musim puasa.

    alasan: Orang biasa kahwin musim cuti sekolah dan bulan puasa ada ke orang buat kenduri kahwin? 😀

  6. slmt malam ,
    panas sejuk sesuatu perniagaan tu bergantung pada musim.
    tp mcm saya ni, mcm mana saya nak tahu bila musim panas saya dan bila musim sejuk saya?
    mcm mana nak tandakan pada kelendar?

    han

  7. Assalamualaikum Irfan & semua…

    Oh!! Ada istilah panas sejuk ke? First time sy dengar. Sungguh menarik!

    Contoh:

    Penjualan tiket perjalanan jauh kenderaan awam seperti bas, keretapi & kapalterbang. Bila tiba musim tertentu seperti musim perayaan, musim cuti sekolah, perlawanan bola dan lain2 ia mengalami musim perniagaan panas.

    Akan tetapi bila keadaan menjadi biasa tiada apa2 event yg tertentu penjualan tiket menurun dan ia mengalami musim perniagaan sejuk.

    Ok ke Irfan?

    Tq…

  8. Good advice….buat masa ni tak ada idea lagi faktor masa yang boleh effect my business. Kena figure out lagi.
    Mungkin faktor masa gaji keluar kot

  9. Ketika musim panas kita lebihkan stok tetapi musim sejuk kita kurangkan supaya tidak terasa ruginya. Kadang-kadang kita sudah rancang stok kita untuk musim panas dan sejuk tetapi ada ketika kita tak jangka ‘demand’ datang mendadak pada musim sejuk menyebabkan tiada stok. Tetapi bukannya setiap musim. Apakah yang perlu saya lakukan jika perkara begini berlaku.

    Sekian Sharifah Azran Alam

  10. Assalamualaikum

    Perniagaan yang tak bermusim rasanya cuma makanan,pakaian,ilmu dan ubatan@kesihatan. kereta (mekanik) pun tak ada musim.Kalau berminat pilihlah perniagaan yang tak bermusim dan agak susah untuk berubah cepat macam hartanah.Waulahua’lam.

  11. Mis suka berblog, kebanyakan yang dipost dalam blog adalah artikel kisah hidup seharian mislily/ penulis2 lain. Mislily ada terbaca tentang adsen. Mislily bekerja gov (pendapatan tak pernah cukup) jadi mislily masih mencuba untuk menambah pendapatan melalui berblog, tapi tak tahu nak mula macam mana. Boleh tolong Mis Lily?

  12. Betul tu ada pasang surut dia .. cam orang dapat gaji lah … hujung bulan macam orang kaya makan pun kat restoran jer… tengah bulan pandai pulak bawak bekal…

Leave a Reply

Your email address will not be published.