nasihat untuk usahawan

Nasihat untuk usahawan dan bakal usahawan ketika ekonomi tidak menentu

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, nilai matawang Ringgit adalah pada paras yang rendah, harga barangan meningkat oleh kerana GST, tetapi pendapatan tidak meningkat pula seirigan, selain daripada berjimat cermat dalam berbelanja, kita juga boleh memulakan perniagaan dalam menjana pendapatan tambahan.

5nasihat

1. Mulakan perniagaan Internet

Perniagaan melalui Internet merupakan pilihan baik oleh kerana kos memulakan perniagaan Internet adalah rendah, tidak seperti memulakan perniagaan yang memerlukan premis. Perniagaan Internet, boleh dimulakan dengan lingkungan RM100 untuk mendapatkan tapak di Internet (webhosting) dan juga nama .com (domain name). Perniagaan Internet boleh dijalankan dari rumah, tanpa sebarang kos overhead tambahan.

Ketika saya memulaka perniagaan Internet lebih 15 tahun lalu, ia adalah ketika kegawatan ekonomi sedunia. Perniagaan Internet kurang terkesan dengan keadaan ekonomi oleh kerana kosnya yang rendah di samping mencapai pelanggan yang lebih ramai berbanding kedai offline.

2. Berhati-hati dalam berbelanja besar dalam perniagaan

Ketika keadaan ekonomi tidak menentu, usahawan perlu lebih berhati-hati dalam berbelanja besar dalam perniagaan. Setiap ringgit yang dibelanjakan perlu diambil kira pulangan yang bakal diterima. Kurangkan risiko dengan melalukan analisa pasaran sebelum berbelanja.

Fikirkan bahawa terdapat kebarangkalian wang yang dibelanjakan tidak akan memberi pulangan- adakah ini akan terkesankan perniagaan anda?

3. Kurangkan kos tetapi bukan kualiti

Pelanggan akan lebih memilih dalam belian oleh kerana mereka juga perlu menjimatkan wang. Namun, pilihan pelanggan akan tetap pada produk dan perkhidmatan yang berkualiti. Dengan kewujudan Internet, lebih mudah pelanggan melakukan research/survey sebelum membeli sesuatu- dan akan memilih pada kualiti.

Fikirkan cara mengurangkan kos perniagaan tanpa mengurangkan kualiti.

4. Jangan kembangkan perniagaan sekiranya belum mampu

Adakalanya, sebagai usahawan kita punyai rasa ingin berkembang dan melihat perniagaan kita lebih besar. Mungkin ingin melihat premis yang lebih besar, kelengkapan yang lebih canggih, pekerja yang lebih ramai, pengiklanan yang lebih gah, dan sebagainya.

Kesilapan mengembangkan perniagaan sebelum mampu juga telah mengakibatkan banyak perniagaan terpaksa tutup oleh kerana tidak mampu menjana keuntungan selari dengan kos perniagaan. Bak kata pepatah Melayu, ukut baju di badan sendiri.

5. Gunakan kaedah Internet dan Media Sosial untuk promosi

Internet dan media sosial memberi ruang pemasaran dan promosi perniagaan pada kos yang jauh lebih rendah berbanding dengan TV, majalah, akhbar, billboard dan sebagainya.

Usahawan perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melakukan kempen pemasaran dalam menyebarkan informasi perniagaan kepada sasaran pasaran melalui Internet dan Media Sosial. Kaedah pemasaran yang bijak boleh menjadikan perniagaan viral dan disebut oleh pengguna-pengguna memberi promosi secara percuma.

*Sekiranya anda ingin keluar dari rutin bekerja dan ingin memulakan perniagaan Internet secara separuh masa untuk menjana pendapatan tambahan ketika ekonomi tidak menentu, sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program yang telah melahirkan ramai usahwan Internet dari rumah. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

girls

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

3 thoughts on “Nasihat untuk usahawan dan bakal usahawan ketika ekonomi tidak menentu

  1. sy minta maaf , sy nak berniaga tapi sy tak pandai . sy tak tahu perniagaan ape yg harus sy buat semua nya perlu duit yg byk

Leave a Reply

Your email address will not be published.