Fri 5 Feb 2010
Kita sedia tahu networking tu penting dalam perniagaan kan?
Lagi ramai kita kenali, lagi besar network kita… maka lagi besar peluang kita mendapatkan bantuan bila perlu dari segi network perniagaan.
Namun begitu, mentor saya pesan…
Irfan, network besar pun tak guna… apa yang penting adalah kualiti network kita
Sememangnya benar. Tak kira la kalau kita ni pandai berkawan, dan punyai ramai kawan, tetapi, tak semestinya ia adalah baik untuk perniagaan kita. Bak kata orang, kawan yang gelak ketawa mudah di cari. Tetapi kawan menangis susah (lebih kurang)
Samalah juga dalam network perniagaan, dimana kebanyakan network kita, sebenarnya kurang berguna.
Kalau diikutkan undang-undang Pereto 80/20 rule, ini bermakna, kalau kita ada 10 kenalan dalam network perniagaan kita, sebenarnya 2 yang paling berguna sekali. Kalau kita ada 100 kenalan network perniagaan, maka, 20 network kita yang sangat-sangat berguna!
Oleh itu:
- Tambahkan lebih ramai networking dalam perniagaan anda. 100… 200… 300… kerana 80% daripadanya besar kemungkinan tidak dapat membantu kita. Hanya 20% yang berkualiti dan dapat sama-sama membangunkan perniagaan
- Kaji senarai network/kenalan perniagaan anda. Ambil kertas dan tulis nama mereka dan industri mereka. Bulatkan mereka yang anda rasakan dalam 20% yang dapat membantu anda. Senaraikan apa yang mungkin mereka boleh membantu anda dan anda boleh membantu mereka. Fikirkan win-win situation.
- Lakukan apa yang ANDA BOLEH BANTU MEREKA terlebih dahulu! Bukan tunggu, atau minta mereka bantu anda. Anda yang perlu ambil langkah pertama
Networking adalah strategi perniagaan. Apabila bercakap tentang strategi, perlu mempunyai planning. Dan planning yang terbaik adalah dengan anda duduk & tuliskannya di atas kertas supaya anda dapat bezakan antara network berguna & network kurang berguna…
ps: Jangan pula write-off atau abaikan network yang kurang berguna, kerana, mungkin secara direct mereka tak dapat memabntu anda… tetapi, network atau kenalan kepada mereka dapat membantu anda pula! Nama pun networking so, kena fikir 2-3 level
Tip Satu Minit yang berkaitan:

February 6th, 2010 at 1:50 pm
Network yang banyak menjadi kelebihan sekiranya kita merancang dengan bijak siapa sasaran market kita.
Jika bakal pelanggan adalah yang berpendapatan tinggi dan mempunyai kuasa pembelian yang besar maka kita mestilah menyertai jaringan mereka bagi memudahkan untuk berkenalan dand mendapat rujukan.
Lebih banyak sumbangan kita dalam network maka kita akan lebih dikenali di kalangan mereka.
February 6th, 2010 at 2:36 pm
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Artikel di atas menarik untuk diberi komentar,
khususnya petikan ini,
“ps: Jangan pula write-off atau abaikan network yang kurang berguna, kerana, mungkin secara direct mereka tak dapat memabntu anda… tetapi, network atau kenalan kepada mereka dapat membantu anda pula! Nama pun networking so, kena fikir 2-3 level”
Idea “kena fikir 2-3 level memang praktikal dan berbaloi untuk dilakukan. Malah 10 level sekalipun..
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard,Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
February 6th, 2010 at 6:10 pm
saya setuju dgn ik..saya & rakan kongsi pn kini sedang menambah network untuk memasarkan perkhidmatan kami..seperti yg ik katakan peratusan perlu tinggi untuk capai network yang berguna untuk kita..network yang kurang aktif ni boleh jd lbh baik kalau kita beri rangsangan atau gunakan cara yang boleh menarik mereka..teringin untuk tanya pendapat ik dan rakan2 disini mengenai jenis rangsangan yang boleh menarik minat networking untuk membantu kita?
February 6th, 2010 at 9:56 pm
kalau ramai sgt camana nak handle ye ?
February 7th, 2010 at 12:14 am
salam,network amat penting dan membantu mempercepatkan proses penggandaan wang.ini kerana kerja yang dilakukan seorang tidak sama dgn kerja yang dilakukan secara beramai ramai.Dalam dunia perniagaan ini,salah satu sumber terpenting adalah dengan adanya networking.oleh itu,carilah seramai mungkin network agar matlamat yang di sasarkan akan cepat menjadi realiti..insya allah.wassalam..
February 7th, 2010 at 5:15 am
Networking adalah seronok, baru saya faham kenapa ramai tidak berjaya di dalam networking, kerana 20% sahaja yang betul-betul boleh melakukannya
February 7th, 2010 at 10:36 am
Thanks perkongsian info hari ini. Saya bersetuju sangat. Saya dah baca buku Richard Koch tentang 80/20. Menarik!Suggest untuk dibaca oleh semua tentang siapa yang perlu diutamakan.
February 7th, 2010 at 1:04 pm
saya setuju dengan pendapat IK.. Cayalah
February 7th, 2010 at 1:08 pm
Cari rakan usahawan dan edarkan kad bisnes anda..
February 7th, 2010 at 3:07 pm
Assalamualaikum wbk..
Hmm, pengalaman kecil saya terjun dalam face 2 face marketing dan internet marketing.. Dua-dua bermula dari poket sifar..
Dua-dua dunia yang berbeza… tapi ‘business system’ tetap sama. Dari produk sampai le ’sales over marketing’ (produk sampai ke tangan pengguna’..
Huhuhuh, bukan senang nak belajar buat..
Dan kadang-kadang x boleh judge jugak potential client.. kekadang tengok luaran selebeh berslipar jepun.. sekali keluarkan infiniti kad.. huhhhuhuh.. terkedu tengok..
Dan yg bestnya boleh tanya ayat pancing,”Bang buat bisnes apa bang?.. Cerita la sikit..” Hehehhehe..
Dan yg tak bestnya.. bila jumpa hitam putih dalam bisnes.. banyak ‘hitam dari putih’.. Naudzubillah..
K, Abg Irfan teruskan usaha murni sebagai leader yg berjaya dalam business IT, insya-ALLAH!..
Moga banyak ilmu boleh dikongsi dan dimanfaatkan.. dan makin ramai usahawah IT muslim yg berjaya, insya-ALLAH!
~Hanya Ilmu Yg Mampu Merubah Bangsa.. Aduhai bangsaku..~
Yang Benar,
Insan misteri..
February 8th, 2010 at 11:34 am
Salam Motivasi dan Salam Berkenalan..
Saya setuju dgn kenyataan Tuan IK. Jika kita mempunyai networking yang besar ia akan meningkatkan dan memperluaskan lagi jaringan perniagaan tetapi biarlah networking kita itu betul2 yang boleh memberikan manfaat yang baik
February 8th, 2010 at 2:02 pm
Salam IK,
Yup saya setuju dengan pendapat IK mengenai kualiti yang perlu ada dalam network. Sekarang ni macam-macam cara nak bina network - Facebook, forum, face to face, dll. Apa yang penting, kita harus pandai bersahabat dan pupuk persahabatan tu sebaik mungkin.
February 8th, 2010 at 7:56 pm
saya rasa perlukan panduan bagaimana cara terbaik memiliki network yang berkualiti..
contoh dapat kenal dengan orang2 yang berjaya,usahawan, kenamaan dan VVIP.
emmm..idea yg menarik
February 9th, 2010 at 11:15 am
Network memang tak dinafikan lagi memang penting, nak hidup kena ada kawan begitu juga dengan nak berniaga lagi ramai kena berkawan bak kata orang berkawan biar beribu. Jadi kalau ramai kawan atau jaringan lagi mudah untuk perniagaan untuk maju.
February 9th, 2010 at 11:39 am
Jauhkan network berupa samseng dan manusia-manusia yang suka main-main. :p
February 9th, 2010 at 7:23 pm
“Jauhkan network berupa samseng dan manusia-manusia yang suka main-main. :p”
macam2 hal.. tp apa yg penting:
>Kalau kita berusaha kita akan tahu samada gagal atau berjaya, kalau kita tidak berusaha, untuk berangan menjadi gagal sekali pun kita tidak layak dan orang yang berjaya itu lebih banyak gagal dari orang yang tidak berjaya.
February 9th, 2010 at 9:45 pm
[Quote]saya rasa perlukan panduan bagaimana cara terbaik memiliki network yang berkualiti..[/Quote]
Hmm, boleh kongsi idea ke..?? Kita brainstorm dalam blog Abg irfan nih.. wakakakka..
1) Attend function/seminar cth mana-mana mlm or business seminar.. (selalunya ada leader2 yg berjaya dalam group nih).
2) google business forum dalam website..
3) face2face marketing contoh insurans.. ada group dipanggil ‘milionaire round table’.. etc..
Last but not least..
Beli buku..
‘Nota Jutawan Nota Motivasi’ dari Telaga Biru.. AlhamdulilLah, saya dah beli sejak 2008 dan masih revise sampai sekarang.
Insya-ALLAH!
February 10th, 2010 at 8:49 am
tips yang menarik….sukar nak cari yang “berguna” nih…kadang2 dalam 100 orang, sorang je boleh dianggap “berguna”…..nak tingkatkan peluang dapat ramai yang “berguna”, kena mulakan pencarianlah menambah seramai mungkin kawan…
February 13th, 2010 at 10:53 am
Betul, betul, betul…
sebabtulah didalam perniagaan online ni strategi traffik exchange amat berjaya kerana hanya dengan network perniagaan online kita boleh berkembang pesat…
thanks 4 the info
February 14th, 2010 at 4:18 pm
tips yang menarik untuk membina network
February 14th, 2010 at 4:56 pm
betul En. IK. kawan ramai tapi 20% je yg mgkin blh dihrpkan. sy amat kagum dgn En. Sy buknlah beljar tggi mana tp amat brminat dgn dunia bisnes. hrp tips En. IK dpt mnmbhkan lg pngtahuan.
February 15th, 2010 at 3:14 pm
Asslamualaikum IK,
Saya masih teringat lagi apa yang dikatakan oleh mentor jutawan Azman Ching di Konvensyen Dari 0 smpi Jutawan; untuk berjaya dalam networking dia hanya menggunakan formula 6-4-2.
Shamsul
www.kilauankerongsang.com
www.mentorjutawanebook.com