Cara anda bertanya akan menentukan jawapan yang anda dapat!

Sekiranya anda ingin mendapat jawapan yang lebih bermanfaat mengenai perniagaan, produk atau idea anda, ubah cara pertanyaan anda!

Cuba rujuk post saya “REALITY!” semalam. Soalan saya adalah:

So, amacam? best tak REALITY?

Sudah pasti, soalan berbentuk meminta “pujian” begitu mengundang jawapan yang positif. Dan memang betul pun, 100% menyokong tanpa sedikit komen pun.

Selalunya bila kita tanyakan pendapat tentang produk atau idea kita, kita akan tanya:

  • Ok tak idea saya ni?
  • Bagus tak idea ni?
  • Best tak produk saya?
  • Hebat tak proposal saya ni?
  • Betul tak cara saya ni?

Kesemua soalan sebegitu akan mendapat jawapan yang positif!

Sekiranya anda ingin jawapan yang lebih manfaat, tanya seperti ini:

  • Apa yang saya boleh perbaiki dalam idea ini?
  • Di mana silapnya idea saya ni?
  • Apa yang tak bagusnya dengan produk saya ni?
  • Bagaimana hendak perhebatkan lagi proposal saya ni?
  • Apa yang salahnya dengan cara ni?

Dengan bertanyakan soalan sebegini, meminta “kritikan” sudah tentu anda mendapat jawapan yang lebih bermanfaat dan yang lebih jujur dan anda boleh memperbaiki produk atau idea perniagaan anda.

Lain kali ingat, untuk mendapat jawapan yang lebih baik, kaedah soalan anda perlu di tanya seperti meminta kritikan, dan bukan pujian :)

Tip hari ini!

ps: Jangan lupa taklimat PERCUMA MIBO malam ini bagi mereka yang mempunyai masa terluang! Ketahui bagaimana anda juga boleh menjalankan perniagaan ICT mempromosikan produk & perkhidmatan ICT paling tinggi permintaan kini. 

  • Tarikh: 29hb Januari 2008 
  • Tempat: Klang Executive Club, Bandar Baru Klang (Belakang Jaya Jusco Lama)
  • Waktu: 8pm - 10pm
  • Insyaallah, saya akan berada di sana. Dan saya dibertahu, jutawan MLM Dato Dr Azman Ching pun akan turut beri sokongan malam ini…

    Pendapat Anda?

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Buku idea perniagaan saya
  • Kongsi idea dan bebaskannya
  • Lompat si katak lompat…
  • Idea perniagaan ada dalam diri anda!