Komunikasi adalah amat penting dalam perniagaan & kerjaya. Sama ada cara kita bercakap dengan boss kita, staff kita, pelanggan kita atau teman sekerja yang lain.

Anda perasan tak bahawa CEO company, selalunya adalah mereka yang hebat berkomunikasi? Mereka yang berpangkat tinggi dalam syarikat adalah mereka yang efektif dalam berkomunikasi? Dan nama-nama ikon perniagaan seperti Donald Trump, Bill Gates, Michael Dell, Anita Roddick (Bodyshop) kesemuanya amat bijak apabila memberi public speaking (komunikasi).

Jawapannya adalah, ianya bermula dengan kebolehan berkomunikasi dengan efektif. Komunikasi yang akan membawa seseorang itu menjadi CEO, komunikasi yang efektif yang akan membawa seseorang itu berpangkat tinggi, serta komunikasi yang efektif juga membawa nama ikon perniagaan bersama perniagaan mereka kepada kejayaan.

Di negara barat, amat jarang kita temui orang yang pemalu, atau segan dalam berkomunikasi. Ini adalah kerana, sejak sekolah lagi mereka dididik mengenai kominikasi berkesan. Di Malaysia pula, ramai yang pendiam, pemalu dan penyegan oleh kerana kebudayaan Malaysia.

Tip hari ini adalah untuk anda fikir sejenak, adakah kelemahan dalam bidang komunikasi yang menghalang kejayaan anda? Sekiranya ya, maka, ingat kembali tentang prinsip jungle tracking yang kita pernah bincangkan *klik di sini. ;) (bagi saya suatu ketika dahulu, komunikasi adalah kelemahan utama saya)

ps: beberapa hari lagi, laman web Saudara Nizal Mohammad (TV3) akan dilancarkan berkaitandengan cara anda boleh menjadi efektif dalam komunikasi. Nizal adalah personal coach saya dalam bidang komunikasi. Sila rujuk posting semalam :)

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang speaker pakar, penulis buku terlaris dan personaliti TV/Radio. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker majlis anda, hubungi 03-77292277.
Pendapat Anda? [21] Comments