Kerja sambilan melalui perniagaan Internet

Perniagaan Internet boleh bermula sebagai kerja sambilan. Tahun 2000, saya mulakan perniagaan Internet ketika saya bekerja fulltime. Bila pendapatan perniagaan Internet melebihi pendapatan perniagaan sepenuh masa, baru saya berhenti kerja sepenuh masa.

ibizhome.jpg

Asas untuk berjaya dalam perniagaan Internet secara sambilan adalah:

  1. Kongsikan banyak informasi mengenai industri anda. Tak kira apa sahaja yang anda ingin niagakan, pengguna Internet sering mencari informasi mengenai industri anda. Dengan memperbanyakkan perkongsian Informasi yang releven dan menarik, anda akan dapat menarik lebih ramai pelawat ke laman web anda.
  2. Perbanyakkan platform perniagaan Internet sambilan anda. Seringkali saya di tanya, “IK, yang mana lagi efektif, menjual di blog, di facebook atau di laman web?”. Jawapannya – kesemuanya sekali! Lagi banyak platform kita gunakan, lebih mudah orang ramai untuk menjumpai salah satu platform perniagaan Internet kita- dan pastikan kesemuanya mempunyai informasi yang baik (lihat 1 di atas) – mungkin lebih sedikit kerja anda, tetapi teknik ini pastinya memberi pulangan.
  3. Eratkan hubungan bersama pengikut platform-platform perniagaan sambilan anda. Zaman pertanian pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini kita di zaman komunikasi. Eratkan hubungan bersama bakal pembeli, pengikut, prospek dan juga pelanggan anda dengan platform-platform komunikasi di Internet seperti blog, email, Facebook, twitter dan lain-lain!

Oleh kerana Internet boleh didapati di mana sahaja, dari rumah dan secara mobile ianya merupakan pilihan yang baik untuk anda menjalankan kerja sambilan – perniagaan Internet!

ps: Ingin memulakan perniagaan Internet sebagai kerja sambilan? Sertai workshop Jutawan Internet di Signature Class, Mutiara Damansara. Workshop Perniagaan Internet.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

13 thoughts on “Kerja sambilan melalui perniagaan Internet

  1. Belum kenal lagi susuk tubuh yang bergiat sepenuh masa dalam perniagaan internet bermula dari #0. Ada sesiapa kenal? Selalunya setelah berjaya bergerak secara sambilan barulah beralih kepada sepenuh masa.

  2. Betul tu IK…sy pun masih bekerja…buat bisnes sambilan je sbb sy minat kedua2nya. Sy dlm proses mendalami cara bisnes di internet…sy amat berterima kasih pd IK sbb selalu share info yg bermanfaat kpd sy sebagai beginner dlm bisnes di internet.

  3. setuju dgn dr irfan.. mmg perlu lebih byk komunikasi dgn orang x kira online maupun offline.. networking berkembang dgn lebih luas jika kita lebih byk gunakan pelbagai channel..

  4. ..nampaknya komunikasi dan hubungan baik amat penting. Business bukan sekadar menjana untung, tapi untuk menabur budi dengan berbakti.

    -ShueQry-

  5. Assalam…

    saya pun bermula perniagaan internet dengan menjual cendawan secara online di blog dan telah menghasilkan ribuan ringgit daripada bisnes tersebut.

    sekarang saya lebih fikuskan kepada perkhidmatan kewangan dan mendapatkan pelanggan utk melabur dalam unit trust dan insurans daripada blog.

  6. Memang betul cakap IK tu perniagaan internet paling mudah untuk dimulakan berbanding dengan perniagaan konvensional dimana tiada modal atau kurang modal untuk memulakannya. Selain itu ianya dapat diautomasikan dan dapat diperluaskan pasaran produk serata dunia.

  7. Memang benar kata sifu multiple stream income ada pelbagai biz di internet semua boleh buat duit juga anda boleh buat duit di internet walaupun dengan bisnes offline.

  8. Salam.. Saya bermula dengan bekerja makan gaji, tak bertahan lama dan meminjam modal untuk berniaga dalam bidang perkhidmatan.. perniagaan hanya stabil setelah hampir 4 tahun.. dan sekarang saya cuba memanfaatkan pengalaman bekerja dan berniaga untuk membuka perniagaan online. Tujuan utama untuk menjelaskan hutang-hutang perniagaan yg berbaki supaya terlangsai lebih awal dan boleh menikmati hidup dengan lebih sempurna dan sudah tentu ruangan Irfan Khairi ini antara pemangkin untuk saya terus bermotivasi mengejar impian. Insyallah.. Hanya kepada-MU aku menyembah dan hanya kepada-MU aku memohon pertolongan..

  9. Saya pun manafaatkan blog, facebook untuk promote business. Memang unlimited potential.

  10. Assalammualaikum..
    Sy eza, sebelum ni tolng family bsnes kat kdai, lepas kawin sy duduk rumah, jd suri rumah sepenuh masa. Sebelum berkahwin.. Sy ada belajar sedikit ilmu dgn seorg kawan sy yg berjaya dlm ebay.. Tp ilmu tu sy x dalami dgn lebeh dalam. Sy berminat dgn bsnes online.. Cuma sy x tau nak mula dr mana.. Ape pun sy harap ape yg sy impikan jd kenyataa.. Dgn izin Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published.