Tue 7 Jul 2009
Soalan favourite nowadays ketika saya kendalikan talk tak kira mana, adalah… “Apakah kesan ekonomi down kepada perniagaan Internet?”.
Menurut majalah Entrepreneur, perniagaan Internet adalah satu pilihan yang baik ketika ekonomi down.
Dari pantauan saya, saya lihat, perniagaan Internet mempunyai kekuatannya tersendiri ketika ekonomi down. Antaranya…
- Orang ramai menjimatkan wang dengan tak keluar shopping/jimat duit minyak… parking/masa/makan/minum. Oleh itu, shopping online daripada rumah menjadi satu pilihan
- Perniagaan Internet yang sememangnya berkos rendah
- Oleh kerana kos perniagaan Internet adalah rendah, produk yang dijual melalui online boleh bersaing pada harga (lebih murah). Ini menjadi pilihan ketika ekonomi down
- Bagi usahawan baru, memulakan perniagaan di Internet boleh mengambil masa kurang dari 1 minggu sekiranya dilakukan dengan cara yang betul. Ini juga mengurangkan kos dan mempercepatkan pulangan/turnover ketika ekonomi down.
- Setiap tahun, walaupun ketika ekonomi down, angka transaksi/keuntungan melalui perniagaan Internet terus meningkat menurut US Census Bureau
- Menurut analisa Entrepreneur Magazine, kini peningkatan jualan online adalah 3 kali ganda berbanding dengan offline! (wow
)
Adakah perniagaan Internet ok ketika ekonomi down? Semestinya!
Checkout ruang Klik-klik 2 posting lepas sebagai contoh perniagaan Internet yang menjual produk baby izzulbabygift. Supaya anda mendapat idea & isnpirasi memulakan perniagaan Internet anda.
ps: Workshop Jutawan Internet minit-minit terakhir sebelum cuti bulan puasa akan diadakan di Kuala Lumpur pada 18hb Julai dan Kota Bharu pada 25hb Julai. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari cara memulakan perniagaan Internet dengan betul, lawati http://www.rahsiainternet.com
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

July 7th, 2009 at 3:00 pm
Memang betul tu IK. Lagipun sekarang ni orang lebih suka cara yang ringkas dan cepat. Pembelian melalui online memudahkan mereka tanpa perlu mengharungi jem nak ke shopping complex. Akan datang mungkin barangan harian pulak boleh dijual di internet
July 7th, 2009 at 3:23 pm
perniagaan internet sememangnya menjadi pilihan untuk mereka yang tidak bermodal besar untuk bermula….perniagaan internet saya mesti pilih
July 7th, 2009 at 4:32 pm
Salam. saya terlibat dalam bidang perniagaan internet dalam sebulan yang lepas. berniaga di internet lagi seronok berbanding dengan berniaga secara face to face. income pun lebih. cuma, untuk berniaga di internet ni kena la ikut perkembangan semasa.kalau jual barang yang orang tak nak beli pun x boleh jugak.
July 7th, 2009 at 5:24 pm
kalau kata Robert T.Kiyosaki,memang sekarang jamannya jaman informasi,dengan kata lain,jaman internet.banyak kesempatan untuk menjadi jutawan dengan internet.
July 7th, 2009 at 5:57 pm
saya setuju juga, masa depan mungkin kebanyakan jenis perniagaan akan berlaku melalui internet.
effect kemelesetan ekonomi towards internet business??……to certain extend yes, i am sure everything is affected, just have to wait and see a recovery.
July 7th, 2009 at 7:48 pm
Nak buat duit di internet kena tahu cara promosi buat duit macam mana
July 8th, 2009 at 1:38 am
Time-time gawat macam sekarang, ramai yang memilih bisnes bermodal rendah & risiko kecil. Bisnes internet adalah bisnes yang ideal bagi mereka yang ingin mula berniaga pada waktu gawat macam ni…
July 8th, 2009 at 2:46 am
dulu.. sebelum aku ada blog.. susah nak dapat job.. tapi sekarang nii.. tak lagi.. dengan blog.. semuanya dah berubah.. ha ha ha
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
July 8th, 2009 at 6:55 am
salam,
betul2.. aku dah setahun dekat leeds ni, kebanyakan brg order guna online, hatta barang dapur. order and byr guna online.. best siot.. releks jer..
July 8th, 2009 at 7:44 pm
aPada awal kemelesetan ekonomi dulu memang amat2 terasa earning drop.Sekarang alhamdulillah ada peningkatan berbanding sebelumnya.
July 8th, 2009 at 9:05 pm
memang pon IK..
nape ramai lagi org tak sedar dengan business internet ni?heran bangat daku di sini..
skg ni nak beli barang pon tak yah pegi parking2 keta..wat habis minyak jerk..cari parking memang ramai giler..
beli dari internet senang..
kalau xde kredit kad atau debit kad pon bank in kan aje..alang nak kuar duit kat bank tu nak bayar bil ke boleh bayar tuk beli online skali..huhu
July 9th, 2009 at 1:30 am
wah…
mcm ni makin bersemangat la nk mulakan perniagaan internet…
thanks for the heads up IK…
:)
July 9th, 2009 at 10:15 am
Saya setuju,IK.Just started with internet business.Lepas ni promosi besar-besaran pulak…
July 9th, 2009 at 3:44 pm
Kini..Segalanya Online..Mudah, Ringkas & Pantas..
July 14th, 2009 at 10:24 pm
Dunia sekarang hanya berada di hujung jari anda saja. Anda harus bijak menguasai teknologi yang kini bergerak semakin, pantas, ringkas dan mudah bagi kehidupan anda.
September 5th, 2009 at 4:08 pm
Sangat setuju, Seharusnya semua orang tidak melepaskan peluang berniaga di internet…