Sun 5 Jul 2009
Saya amat suka dengan movie animasi seperti Toy Story, Finding Nemo, Cars, Monster’s Inc, Wall-E dan lain-lain daripada syarikat PIXAR. Pixar mempunyai satu formula yang pasti menjadi untuk perniagaan mereka (perniagaan bikin filem).

Formulanya adalah…
Karakter di tempat asal > karakter sesat > karakter ingin kembali ke tempat asal
Hampir kesemua movie Pixar menggunakan konsep formula ini…
- Toy Story: Mainan (Buzz Lightyear) yang sesat di ingin mencari jalan pulan ke angkasa lepas
- Finding Nemo: Anak ikan sesat dan bapanya ingin cari jalan membawa pulang anaknya (nemo)
- Cars: Kereta racing yang sesat di sebuah pekan Radiator Springs dan ingin pulang ke perlumbaan
- Monster’s Inc: Budak kecik yang sesat di alam monsters dan dibantu oleh 2 monster untuk kembali ke dunia benar
- Wall-E: Robot sesat di angkasa dan kemudian bantu manusia pulang ke bumi
Kesemuanya menggunakan formula yang sama. Formula yang dijumpai oleh PIXAR untuk sebuah movie animasi yang berjaya.
Dalam perniagaan juga, anda perlu mencari satu formula yang yang pasti menjadi untuk perniagaan anda.Apabila anda telah jumpa formula tersebut, anda hanya perlu ulangi formula itu dalam keadaan-keadaan yang berbeza dan segala usaha anda pasti akan menjadi
Tahukah anda Pixar juga adalah syarikat Steve Jobs (Apple). Beliau apabila di Apple berjaya membawa Apple mencapai kejayaan yang amat hebat… dan di Pixar juga melakukan perkara yang sama. Beliau mempunyai “formula” perniagaannya tersendiri!
Adakah anda mempunyai formula yang pasti menjadi untuk perniagaan anda?
ps: Tak lama lagi filem Pixar terbaru “UP” akan ditayangkan… cuba kita perhatikan kot-kot menggunakan formula yang sama
Tip Satu Minit yang berkaitan:

July 5th, 2009 at 8:47 am
Hi,
Agaknya sometimes susah juga ya nak ada formula yang work to. Anyway, thanks for sharing about Pixar’s formula. Definitely an eye opener
Ling
July 5th, 2009 at 10:05 am
baru perasan konsep crita pixar ni
lebih kurang sama ja…
nampaknya saya kena cari formula
untuk perniagaan…
:)
great info IK
July 5th, 2009 at 12:06 pm
tengah mencari formula terbaik dalam promosi bisnes online ni!
July 5th, 2009 at 1:37 pm
wow!
tips yang memberangsangkan otak saya
nampaknya ,saya mesti mencipta formula untuk perniagaan saya!
July 5th, 2009 at 2:47 pm
Saya kagum dengan IK..Beliau dapat mengkaji bermacam-macam konsep dalam bisnes…Tahniah IK.
July 5th, 2009 at 3:48 pm
Steve Job ialah idola saya..huhu
July 5th, 2009 at 5:05 pm
Macam tu rupanya.Selama ni tak perasan pun konsep yang Pixar guna ni.
Info yang bagus.
July 5th, 2009 at 6:22 pm
Bidang perniagaan sungguh luas.Jadi sape yang peka dan pantas untuk menjadi perintis.Pasti dapat keuntungan berlipat kali ganda.
July 5th, 2009 at 8:23 pm
org yg create formula akan berjaya jual formula dan org yg ikut formula akan berjaya mengikut formula itu
Apa2 pun mmg perlu ada formula cuma secara terang atau tidak langsung.
pepun thnks for info
July 5th, 2009 at 9:46 pm
Tips yg penting.. Thanks IK.. KEna pikir FORMULA RAHSIA untuk menjadi JUTAWAN mcm IK.
FORMULA ini membuat IK terus kekal hingga sekarang dan semakin meningkat…
July 5th, 2009 at 9:47 pm
Salam IK n Friend,
Fuh.. Nie antara sebab aku masih lagi perlu menilai fan mengkaji FORMULA ‘Secret’ nie..
Thanks kerana membuka minda kami..
July 6th, 2009 at 12:17 am
isk3 tak perasan pulak…
July 6th, 2009 at 3:55 am
Tahniah IK kerana merungkap formula terungkai Pixar. Steve Job memang power, masuk balik ja Apple trus Apple naik. Tapi saya masih x nampak sangat aplikasi formula ni dalam biznez. Bleh x bagi satu contoh formula dalam biznez.
July 6th, 2009 at 9:07 am
Bijak..bijak..
July 6th, 2009 at 9:11 am
kalau dalam novel pula…
watak utama lelaki mesti handsome..
watak perempuan biasa sahaja..tetapi menarik
watak perempuan tambahan mesti sedikit jahat..
:-P
July 6th, 2009 at 10:50 am
a veru good tip to look into
July 6th, 2009 at 11:48 am
orang yg berjaya, pergi ke mana pon boleh berjaya kan..
mcm Steve Jobs yg IK sebutkan tu..
kat epal berjaya, kat pixar pon berjaya.
kita pon perlu jadikan diri kita mcm tu..
July 6th, 2009 at 12:29 pm
emm.. baru tahu.. nmpak gaya kena cari formula yang berkesan untuk perniagaan,
kedian ulangi nye..nak dapatkan formula tu kena byk wat kajian dan percubaan lah nmpak nye..
anyways, terima kasih byk2 IK selama ini tahu tgk aje filem2 tuh.. tak perasan plak tentang strategi diorg..
July 6th, 2009 at 12:58 pm
Baru perasan lah formula Pixar ni. Maknanya kita pun kena ada satu formula sendiri dlm perniagaan yg kita buat. Thanks IK, petua yg IK berikan setiap hari jadi panduan bg saya
July 6th, 2009 at 1:09 pm
Menarik tentang post tersebut. Gunakan formula yang sama. Tetapi adakah kita perlu mencari formula yang berbeza untuk perniagaan kita IK?
July 6th, 2009 at 2:05 pm
yup, filem2 pixar memang favourite saya!
ok, contoh kepada perniagaan lain seperti restoran fast food. Perasan tak bahawa restoran fast food pun emmpunyai formula dalam memilih tapak perniagaan.
Formulanya?
Pilih lokasi sesuai > bukan kedai berdekatan dengan pesaing
Sebab tu juga anda selalu perasan, mana ada Mc Donalds, di situ ada Burger King… atau A & W… atau Pizza Hut… atau KFC. Mereka masing2 mempunyai formula dalam membuka kedai seterusnya…
-ik
July 6th, 2009 at 4:08 pm
hebat2…
saya masih bawah umur…
Tapi minat gak nak belajar pasal blogging…
IK adalah IKon saya…
July 6th, 2009 at 5:23 pm
hmm..formula yang membuatkan pelanggan melekat!
July 6th, 2009 at 11:50 pm
IK pemerhati yang hebat.. bukan sekadar menonton, bukan sekadar balik komen filem tu best atau tidak. Tahniah, akak belajar lagi..
July 7th, 2009 at 7:53 am
Assalamualaikum. IK memang seorang yang teliti, dapat melihat apa yang orang terlepas pandang. Tahniah. Sesuatu yang bermanfaat untuk dikongsi.
July 8th, 2009 at 8:57 pm
bukan ke IK ni memang minat giler ke kat kartun2 ni.ingat tak lagi IK cerita sal dia jumpa wife dia mase same2 tengok toy story kat uk..
hehe..sweet ah IK and his wife ni..
ade satu lagi IK tak list sal crite2 yg negtop yg guna cari jalan balik ni..
Zathura(betul ke tak eja ni)..dorang pon
cari jalan balik dari kapal angkasa..
huhu…
konsep same tapi soundtrack dengan watak yg berlainan..
July 9th, 2009 at 4:10 pm
Sama macam citer ultraman, power rangers, cybercop, maskman, semernya guna formula yang sama dan kebanyakan citer dan episod base kepada rangka cerita yang sama .
Bestnya kena tipu masa kecik dulu hehehe
July 14th, 2009 at 10:28 pm
Hidup kita perlu ada prinsip dan perniagaan kita pula perlu ada formula untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi
July 30th, 2009 at 5:16 pm
Bercerita ttg formula,alhmdllah saya da ada formula terbaik untuk perniagaan saya.Anda tak nak try ke tgk formula saya ni.??heheh..anyway idea saya bertambah-tambah bila bc artikel IK ni.Good jOb!