Klik-Klik: Pinky Creative Design

Perniagaan Internet juga boleh dimulakan tanpa sebarang modal wang- dengan hanya modal skil atau kebolehan kita sendiri. Sekiranya kita mempunyai kebolehan dan skil seperti design, mengalih bahasa, menyunting buku, ghostwriter, menulis, coaching, consulting, atau apa sahaja perkhidmatan, anda juga boleh menjalankan perniagaan melalui Internet.

Infact, perniagaan Internet saya yang pertama (11 tahun lalu) bermula dengan perkhidmatan saya sebagai designer. Modal saya, hanyalah skil atau kebolehan saya mereka cipta… dan tentunya masa yang diluangkan 😉

So, sekiranya anda menjalankan perkhidmatan, anda boleh menjalankan perniagaan perkhidmatan anda melalui Internet. Klik-klik kali ini memaparkan perkhidmatan rekacipta Ms Elia Juaini untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda untuk anda juga berjinak-jinak memasarkan perkhidmatan anda di Internet. Dan kalau nak anda nak mulakan perniagaan Internet tetapi tak tahu nak menghasilkan laman web dan bahan2 promosi yang lain, boleh hubungi Pinky Creative Design!

Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?

Laman web Pinky Creative adalah sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan rekaan. Pelbagai rekaan yang saya tawarkan termasuklah business card, flyer, bunting, banner, logo, web banner , web design dan juga photo decoration. Untuk setiap perkhidmatan yang saya tawarkan, saya akan memenuhi kehendak pelanggan dan menepati citarasa yang diingini, berkomunikasi adalah satu medium untuk saya memahami kehendak pelanggan saya. Bagi saya, setiap rekaan melambangkan personaliti bagi setiap individu. Keunikan dan kreativiti juga memainkan peranan penting dalam sesuatu rekaan saya kerana bagi saya unik itu membuatkan seseorang mengenali kita.

Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?

Saya mulakan perniagaan Internet saya pada tahun lepas,2009. Saya memang berkelulusan sebagai seorang pereka, tetapi saya tidak bekerja sebagai seorang pereka. Oleh itu, pada satu masa, saya tiba-tiba terfikir kenapa saya tidak memberikan perkhidmatan saya kepada orang lain dan sekaligus mengasah bakat saya. Disebabkan saya tidak mempunyai modal untuk membuka kedai, jadi saya mulakan melalui Internet dan membuat blog. Walaupun saya masih bekerja, tetapi saya tetap komited untuk memberikan perkhidmatan rekaan saya. Dulu, saya sering mereka untuk website kakak saya, Alhamdullillah sekarang saya juga sudah dapat menawarkan perkhidmatan saya pada orang lain juga.

Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?

Saya suka perniagaan Internet sebab saya boleh berada di mana-mana saya suka untuk menjalankan perniagaan saya. Tiada had. Juga kalau tiada modal pun tidak apa sebab ada juga website yang free (seperti Blogger.com).

Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda  promosikan laman web anda?

Cara yang paling efektif bagi saya untuk mempromosikan laman web saya adalah melalui rakan-rakan atau bertukar link website. Saya sering bertukar link dengan rakan-rakan untuk mempromosikan laman web saya. Di samping itu, rakan-rakan yang telah menggunakan khidmat saya juga penting bagi saya untuk mempromosikan laman web saya kerana melalui testimonial merekalah, orang lain mule mempercayai saya.

Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan  perniagaan internet?

Bagi saya, tip yang paling berkesan sekali adalah, “Terus mulakan apa yang anda fikirkan”. Jangan teragak-agak untuk melakukan sesuatu  dan jangan selalu meletakkan alas an dalam diri untuk tidak melakukan sesuatu yang anda sedang fikirkan. Jika anda tidak tahu langsung nak menjual apa-apa, anda boleh berkongsi ilmu dengan hanya kata-kata atau perjalanan hidup anda melalui blog. Jadikan saja Dr Irfan Khairi sebagai mentor anda, pasti anda berjaya macam saya. 😉

Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?

Rancangan jangka masa panjang saya dalam perniagaan Internet adalah mendapatkan seberapa banyak pelanggan sehingga perniagaan design saya dikenali ramai dan mendapat satu juta sebelum umur 30 tahun.

All the best to Pinky Creative Design semoga terus berjaya!

**********

Ramai yang telah berjaya memulakan perniagaan Internet dari rumah melalui Workshop Perniagaan Internet #1 ini. Dengan menggunakan kebolehan,skill dan kekuatan anda, anda boleh ubahkannya menjadikan satu perniagaan di Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Di workshop satu hari ini, Irfan Khairi akan kongsikan bagaimana anda boleh menggunakan Internet untuk menjana pendapatan dari rumah melalui perniagaan- tidak kira sama ada anda ingin menjual produk, ataupun perkhidmatan. Irfan Khairi juga akan membantu anda mencari produk apakah yang paling sesuai untuk anda niagakan di Internet berdasarkan minat dan kebolehan anda! Klik di sini untuk membaca testimoni bekas-bekas peserta Workshop Jutawan Internet.
The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

20 thoughts on “Klik-Klik: Pinky Creative Design

  1. tahniah Pinky Creative Design.. dan good luck.

    walaupon sy tiada skil atau kebolehan yg boleh diniagakn tp harap dapat bkerjasama dgn org2 yg ada skil dan kebolehan..cth spt Ms Elia..

  2. Hi Geng,

    Begitula jika kita ada kemahuan dalam melakukan sesuatu perkara ia tidak akan memberikan seribu alasan kerana untuk memulakan perniagaan tidak semestinya memerlukan modal yang besar.

    Tq

  3. Tahniah klik-klik !

    Website / perniagaan mmg kena selari dengan diri kita. Pertama, kenal diri dahulu..kemudian kenal pasti kebolehan diri.
    Barulah seronok dalam bisnes.

    Ikuti blog saya 🙂

  4. Salam sejahtera.

    Tahniah PinkyCreativeDesign kerana berjaya menjalankan perniagaan internet di platform Blogger. Ia sama sekali telah mengubah tanggapan saya selama ini.

    Tahniah sekali lagi. Salam maju jaya. 😉

  5. Konsep Blog Shop dah semakin mendapat tempat kat Malaysia. Ia merupakan satu perkembangan yang bagus untuk perniagaan internet Malaysia.

    Perniagaan tak semestinya memerlukan modal yang besar.

    Kadang2 dengan sumber yang terhad pun boleh berjaya. Contohnya Michael Dell hanya bermula di dalam bilik hostelnya.

  6. hi sukejunpyo,pakar blogger dan c@rtoon..
    terima kasih..sudi2kan melawat web saye ye..mungkin mendapatkan services saye..:)..

    p/s :..terima kasih tidak terhingga saya ucapkan pada DR IK..kerana memberi peluang ini..:)

  7. Saya berminat untuk buat perkhidmatan design minisite tapi kena mamtapkan lagi skill. Nti ramai yang xpuas hati dengan hasil kerja saya.

  8. Untuk berjaya tidak perlukan alasan. Terlampau banyak alasan, kita tak kemana-mana pun. Kat situ jer.

    Hendak bermula ke tangga kejayaan adalah sangat susah. Tapi proses ke arah kejayaan sangat menyeronokkan dan menjadikan kita matang dalam bidang yang kita ceburi

    So teruskan apa yang kita dah mulakan, tanpa menoleh ke belakang dan tanpa seribu macam alasan bak kata Elia

  9. PINKY CREATIVE DESIGN! / pinkycreative.com

    Sekarang ni saya takleh bukak blog saya, coz dlm blog sy ade content from awk pinkycreative.com – a site known to distribute MALWARE!!!

    Uwaaa..tensennye~~

Leave a Reply

Your email address will not be published.