Fri 3 Jul 2009
Mulai hari ni saya akan buat satu ruang baru di tip satu minit ni untuk memaparkan laman-laman web perniagaan Internet tempatan disertakan temubual pendek pemilik laman web tersebut. Tujuannya:
- Untuk mendedahkan lagi kewujudan laman-laman web tempatan yang berjaya menarik pelanggan
- Untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam maksud PERNIAGAAN INTERNET yang sebenar supaya orang ramai tidak keliru dengan skim buat duit di Internet
- Untuk memberi inspirasi dan idea kepada anda dalam memulakan perniagaan Internet diri anda sendiri
Untuk klik-klik pertama ini, suka saya paparkan www.izzulbabygift.com dan temubual bersama pemilik, Ezril Jamil…
Boleh anda kongsikan serba sedikit mengenai laman web anda?
Izzul Baby Gift adalah lelaman khas bagi sesiapa yang inginkan kelainan untuk masalah mencari hadiah untuk si kecil atau si ibu yang baru melahirkan. Lelaman ini dicipta kerana terdapat kesukaran saya mendapat kan hadiah yang unik untuk teman saya satu ketika dulu. lelamana ini adalah hasil dari perkongsian perniagaan dengan Isteri yang gemar kepada barang-barang kanak-kanak. Ia juga dituju khas untuk anak kami Izzul Haq.
Terdapat banyak barang2 yang dihasilkan dengan tangan untuk memberi sentuhan istimewa kepada pengguna seperti diaper cakes, baby bouquet, baby basket, barang seperti apparel dan diaper bag exclusive telah dibawa masuk dari US. Diaper bag kami antara yg pertama di Asia dan terkenal dikalangan artis seperti Jeniffer lopez, matt damon,P.diddy dan lain2.
Bila dan bagaimanakah anda mulakan perniagaan Internet anda?
Kami memulakan perniagaan kami pada tahun 2008. Isteri saya telah mengikuti seminar Ik di golden landmark (Singapura) satu ketika dulu.Dia terus jatuh cinta dengan perniagaan internet. Tarikh tak ingat.
Apakah kebaikan perniagaan Internet yang paling anda suka?
Antara kebaikan ialah kita tidak payah bersua muka dengan pelanggan ketika mempromosikan produk kita.
Boleh anda kongsikan satu cara yang paling efektif anda promosikan laman web anda?
Satu cara paling efektik yang pernah saya lakukan ialah mempromosikan di majalah Manja.
Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan perniagaan internet?
Tips ialah lakukan apa yang diajar oleh yang berjaya seperti IK dengan bersungguh sungguh. Jangan cut corners. Nasihat saya ialah jangan putus asa sebab perniagaan internet seperti perniagaan biasa juga.
Apakah rancangan jangka masa panjang anda dalam perniagaan Internet?
Rancangan saya ialah untuk kembangkan lagi perniagaan saya dan ada perancangan untuk membuka lagi satu lelaman untuk produk lain pula.
Sokong perniagaan Internet tempatan kita dengan melawat www.izzulbabygift.com
Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, tidak kira anda ingin menjual apa, klik di sini untuk maklumat lanjut!
Tip Satu Minit yang berkaitan:


July 3rd, 2009 at 6:31 pm
Sangat suka topik ini. An eye opener, an inspiration.
July 3rd, 2009 at 8:24 pm
ini adalah tip paling best.kalau ik tak keberatan saya juga igin di”interview” oleh ik.tq
July 3rd, 2009 at 8:36 pm
Best. Suka, suka, suka..
July 4th, 2009 at 1:39 am
Hehe… Lepas ni saya pula ye IK?
http://www.h2jbiz.com
July 4th, 2009 at 3:30 am
Perkongsian topik kali ini amat menarik, dengan berkat kesabaran dan usaha Ezril Jamil dan isteri, beliau bersama isteri menjalankan internet bisnes bersama.
Boleh anda kongsikan tip kepada pembaca yang ingin memulakan perniagaan internet?
Tips ialah lakukan apa yang diajar oleh yang berjaya seperti IK dengan bersungguh sungguh. Jangan cut corners. Nasihat saya ialah jangan putus asa sebab perniagaan internet seperti perniagaan biasa juga.
Saya menyokong apa yang Ezril Jamil katakan, seperti saya juga mengamalkan apa yang telah di ajar oleh IK. Dengan tunjuk ajar beliau laman web dan juga produk yang saya pasarkan mendapat sambutan. Malahan apa yang lebih penting saya menghasilkan laman web dengan tangan/usaha saya sendiri (syahrizan.com)
July 4th, 2009 at 3:45 am
bagus usaha ko nii irfan.. promo blog kekawan.. baru lah nampak meriah kan..
cara cam nii.. baru laa aku nampak.. macam-macam benda/servis.. kita orang boleh niaga kat internet nii..
INGAT TANAH, INGAT JURUUKUR
July 4th, 2009 at 9:23 am
Interview pemilik website antara cara terbaik untuk memberitahu pembaca semua tentang perniagaan internet. Tq IK.
Sekurang-kurangnya kita tahu dari pemilik-pemilik perniagaan internet lain yang berjaya.
Pengalaman yang dikongsikan juga boleh diguna pakai untuk meningkatkan ilmu kita
July 4th, 2009 at 9:28 am
suka jugak
makin bersemangat nk wat bisnes…
July 4th, 2009 at 9:42 am
Satu informasi yang menarik.
July 4th, 2009 at 12:15 pm
bagus gak respond ruang KLIK-KLIK ni
boleh diteruskan
thanks to Ezril for being the first experiment
phone solution & jai… no problem
-ik
July 4th, 2009 at 1:25 pm
Wah bagus nya ada ruangan mcm ni..Dpt membantu IM yg ada di Malaysia. Satu usaha yg murni dari IK
July 4th, 2009 at 8:16 pm
Aku pun suka juga dengan ruangan seperti ini.. sekurang-kurangnya kita dapat tahu perkembangan perniagaan internet di Malaysia yang semakin mendapat perhatian..
July 4th, 2009 at 8:57 pm
alhamdulilah irfan khairi telah banyak membuka mata kita semua..kalau kena cara apa pun boleh kita jual diinternet…yang penting kena ada kemahuan
July 5th, 2009 at 12:25 am
Salam…Oho klik-klik lamanweborang.com ya. kok cenggini kami kena tunggu giliranlah. sapa tau kena interview oleh IK. Kalau dpt rakam video lagi best heh.
July 6th, 2009 at 11:04 am
bagus topik ni.. boleh bagi panduan dan semangat buat orang yang baru nak mula
July 6th, 2009 at 11:51 am
TAHNIAH kepada semua!!!
July 6th, 2009 at 12:03 pm
Terima kasih Ik kerana memberikan kesempatan untuk saya berkongsikan informasi tentang lelaman saya. Ini akan membakar semangat sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan internet untuk berjaya seperti Ik.
Dengan tidak langsung lelaman ini dapat dipromosikan untuk pengguna-pengguna lain.Terima kasih sekali lagi.
July 21st, 2009 at 10:44 am
Sangat2 suka! Sampai tak boleh nak express kan lagi tahap gembira…!
Saya pun nak jugak….
Saya sekarang sedang facelift kan website saya dan sedang buat English version Insya Allah dalam hujung minggu ni 100% siap.
Once siap jer… saya bagitau ye…dan saya akan siap sedia untuk diinterview.
IK..you’re ROCK!
Saya sekeluarga doakan semoga rezeki IK sekeluarga makin bertambah dan bahagia dunia akhirat. Amin.
July 21st, 2009 at 4:22 pm
Waahhh… bestnya, rasa macam tak sabarnya nak jadi macam Ezril dan pasangan. Congrates!!