Di Internet, anda perlu mengulangi mesej perniagaan anda berkali-kali sehingga sesuatu mesej itu terbenam dalam minda prospek anda. Six until it sticks… atau versi melayunya saya sebutkan sebagai “Enam sehingga terbenam”! :)

Oleh kerana terdapat pelbagai perniagaan Internet, dan berbagai-bagai mesej perniagaan terdapatnya di Internet, kita perlu mengulangi mesej perniagaan kita berkali-kali supaya kita dapat stand out from the crowd.

Jangan fikir bila kita sampaikan mesej perniagaan kita satu kali sahaja, terus orang akan membeli apa yang kita hendak jual. Kerana, mesej tersebut belum lagi terbenam dalam minda bakal pelanggan. Ulang mesej perniagaan sekurang-kurangnya enam kali, barulah makin dekat pelanggan itu menjadi pembeli. :)

Jadi, ingat formula ini:

Enam sehingga terbenam!

Bagaimana hendak mengulang mesej sehingga 6 kali (atau lebih) di Internet? Antara jawapannya adalah menggunakan blog seperti blog Tip Satu minit IrfanKhairi.com ini. Terutamanya untuk mereka yang menjalankan industri perkhidmatan (service industry), blog di mestikan!

tanpahadlogo.gifDi Workshop Mini “Pelanggan tanpa Had” pada Sabtu, 8hb November 2008, saya akan menunjukkan berbagai kaedah & strategi perniagaan Internet bagaimana hendak mendapat lebih ramai pelanggan untuk perkhidmatan anda. Antara kaedahnya adalah “Enam sehingga terbenam” ini. Sekiranya anda menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan, klik di sini untuk pelajari cara mendapat pelanggan tanpa had! Tempat terhad, tinggal 3 tempat kosong sahaja!

Pengumuman: Buat pertama kalinya Workshop Jutawan Internet akan di kendalikan di Johor Bahru pada 29hb Novembr 08 Klik di sini untuk menghadiri. Workshop Jutawan Internet di KL, terdekat adalah 16hb November 08.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Promosi mesej yang sama
  • Teknik promosi sekiranya modal terhad
  • Bagaimana hendak menjadi popular?
  • Bila cartoon memberi motivasi