Antara tip-tip saya bentangkan semalam tentang peluang perniagaan Internet terutama untuk kita di Malaysia (juga Singapura & Brunei), ketika Gerak Usahawan 2007 adalah…

  • Jumlah pengguna Internet Asia adalah lebih tinggi daripada jumlah pengguna Internet Amerika Syarikat dan juga Eropah. Bagi setiap 5 orang pengguna Internet di dunia, 3 daripadanya adalah pengguna Internet Asia! (Sumber: IWS)
  • Statistik ini memberi peluang perniagaan Internet bagi usahawan Internet Malaysia oleh kerana lokasi Malaysia yang sangat strategik di tengah-tengah Asia. Ia memudahkan penghantaran produk dan perkhidmatan dan juga mengurangkan kos penghantaran.
  • Jumlah pengguna Internet di Malaysia kini adalah seramai 14 juta pengguna. Sementara jumlah pengguna Internet sedunia adalah seramai 1.2 billion pengguna! (Sumber: IWS). Majoriti pengguna Internet sedunia memahami Bahasa Inggeris.
  • Laman web perniagaan Internet berbahasa Malaysia juga mempunyai pasaran yang luas oleh kerana pasaran boleh menjangkau pengguna Internet Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei. Statistik menunjukkan bahawa 20 juta penduduk dunia menggunakan bahasa Malaysia. (Sumber: CIA)

wmap.jpg 

Ingin saya quote Pak Lah ketika pelancaran Gerak Usahawan mengenai keusahawanan…

Mengenai peluang besar dalam bidang keusahawan, Perdana Menteri menegur golongan yang tidak berfikiran jauh supaya menilai dan mengambil kesempatan daripadanya dan tidak hanya tertumpu untuk mencari kerja makan gaji.

Katanya, Malaysia yang makmur dan pantas membangun membentangkan banyak peluang perniagaan, cuma ramai yang kurang menggunakan akal dan malas hingga peluang itu tidak dapat dimanfaatkan.

“Rasulullah sendiri menyatakan bahawa sembilan daripada 10 bahagian rezeki itu datangnya daripada perniagaan. Semuanya bergantung kepada usaha kita,” katanya. (sumber: Berita Harian)

Perniagaan Internet adalah satu pilihan dalam memulakan perniagaan! Sekiranya berminat, Workshop Jutawan Internet terakhir sebelum puasa adalah pada hari Sabtu ini.

Esok saya akan beri lagi tip yang dikongsikan :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Menjadi pemborong online
  • Perniagaan Internet & billionaires
  • Perniagaan bukan Internet vs. Perniagaan Internet
  • Idea dari negara luar… dibawa ke Malaysia