Tiru, ciplak dan copy… semua sama

Oleh kerana kita masyarakat Malaysia selalu terdedah dengan barangan ciplak disekeliling kita (dari vcd, dvd, jam tangan, baju dan sebagainya!), penyakit “ciplak” ada di merata-rata termasuk perniagaan Internet.

Ada yang tiru: contoh, ada Tip-Satu-Minit perniagaan Internet, ada pula Tip-Dua-Minit perniagaan Internet (contoh sahaja! kalau anda cari tak jumpa pun 🙂 )

Ada yang ciplak: contoh, memberi ebook secara percuma dimana ebook tersebut dijual oleh usahawan lain.

Ada yang copy: contoh, teks dari laman RahsiaInternet.com di copy and paste ke laman web sendiri.

Tiru, ciplak dan copy, semuanya lebih kurang sama sahaja. Di sini saya bukan nak sentuh perkara di atas ni betul/salah. Sebab saya pasti anda pun tahu betul atau salah! tak perlu tanya 🙂

Tanya pada diri anda sendiri, kalau orang buat pada anda (tiru, ciplak atau copy hasil kerja anda), boleh tak?

Tetapi, isu yang saya nak bangkitkan adalah ini!

Jangan tiru, ciplak atau copy sebab ianya hanya menjatuhkan kredibiliti anda. Saya pernah melihat usahawan-usahawan yang meniru daripada sesuatu laman web. Perniagaan usahawan itu dah bagus dah. Idea pun bagus. Business model pun bagus. Tetapi, sayang seribu kali sayang… kenapa pula perlu tiru dari laman web lain? 🙁

Ia hanya menjatuhkan kredibiliti seseorang itu sebagai usahawan. Dan kredibiliti, sekali kalau dah jatuh, memang susah nak dinaikkan kembali.

Pendapat saya, buat penat sahaja! perniagaan semua dah cun. Tapi, mungkin kerana sifat terdesak atau tidak confident, membawa mereka meniru, ciplak dan copy!

Be creative! Jangan takut mencipta konsep/idea/teks sendiri, kerana itulah tanda-tanda usahawan yang berjaya 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

16 thoughts on “Tiru, ciplak dan copy… semua sama

  1. kite kena berani hasilkan idea sendiri…
    kite tak boleh ciplak orang punye…kalalu kite inovasi kan tak pe…kite upgrade lagi…jangan tiru bulat2…
    betul ckp . kalau kredibiliti kita dah jatuh…susah lah nak naik ..

  2. Pengunjung mengharapkan kelainan dari kita selaku pemilik website. jadi idea sendiri amatlah penting. Idea sendiri juga melambangkan diri pemilik laman berkenaan. Jadi tanamkan keyakinan anda dengan apa yang anda buat. Jangan sesekali cuba meniru orang lain.

  3. tiru, copy dan ciplak tu boleh, tapi jangan le yang 100% serupa dengan yang asal, buta inovasi dan tambahkan sentuhan kreatif agar menjadi lebih baik, unik dan bersaing dengan yang asal..

  4. em.. tiru biar lah smart..
    jgn tiru bulat2.. memang nmpk sangat tak cerdik
    betul macam senduk..
    tak kan nak tiru sumer sekali..
    ambik point2 yang ok dah lah..

    mcm nak tiru .
    buat bisness dalam internet..
    tiru lah tapi dgn produk dan konsep sendiri kiter jual kat internet..
    mana tau ader rezeki jadik jutawan internet kedua kat mesia… hehehe 🙂

  5. kalau saya copy punya tip pastu saya hantar ke yahoogroups pastu saya promotekan sekali website boleh tak?

    buat pengetahuan saya ada join affilliate untuk kursus 3-dalam-1, jadi untuk menarik minat pelanggan, sy bg tip2 yang bagi.

    boleh ke camtu

  6. Kalau kita buat sendiri, saya rasa rezeki yang kita perolehi dalam perniagaan lebih berkat. Regards – Sharifah Azran Alam

  7. Ada yang tiru: contoh, ada Tip-Satu-Minit perniagaan Internet, ada pula Tip-Dua-Minit perniagaan Internet (contoh sahaja! kalau anda cari tak jumpa pun )

    Kalau ada pun saya rasa ia tak salah sebab IDEA tidak dilindungi undang-undang kecuali apa yang dizahirkan diambil bulat2

    Macam buku rahsia internet. Versi US yang berjaya diadaptasi dengan cara penulisan dan gerak kerja Malaysia maka ia menjadi karya asal di negara tersebut.

    Strategi lain ialah dia ambil tajuk yang sama dan isi 200% berbeza, misalnya RAHSIA JUTAWAN INTERNET versi KHAIRI dan buku tajuknya RAHSIA JUTAWAN INTERNET versi penulis ABC, tajuk tidak dilindungi undang-undang.

    Setakat ini saya ada lihat perkataan 7th Habit oelh COVEY digunakan oleh author-author lain. Kesannya buku 7th Habit masih menjadi carian orang.

  8. Satu lagi kalau kes ciplak guna medium lain untuk promo dan mabil sebagai kita pun di malaysia masih boleh give and take.

    Misalnya bila irhan guna klip gambar ditemuramah oleh media dan diletak di web, ia secara langsung mengambil brand production sendiri (tv3, tv8, tv9) tanpa meminta keizinan bertulis sudah dikira langgar hakcipta.

    Tapi sebab ada B2B dan tidak menjejaskan mana-aman entitim maka perkara ini kira boleh tolak ansurlah di Malaysia.

  9. cerita pasal copy paste. ini. .. tapi usahawan internet masih lagi mempunyai idea yang baru.. atau mereka pun kehabisan idea.. tidak mustahil mereka akan membuat pekara yang sama..! apakah rahsia yang tersebunyi..!

Leave a Reply

Your email address will not be published.