Perniagaan mesti bergerak… macam COWBOY!

Perniagaan adalah seperti hero dalam cerita cowboy. “If you stand still, you’ll get shot!”

Dalam perniagaan, jangan berasa selesa dengan apa yang anda ada atau apa yang anda telah capai. Sekiranya anda berasa selesa, anda tidak akan ada daya motivasi untuk meningkatkan dan mengembangkan perniagaan anda.

cow boy pics

 

Dalam perniagaan, sekiranya anda tidak bergerak, maka, anda akan ditumpaskan oleh pesaing anda. Pepatah cowboy berbunyi “A moving target is harder to get shot”

Sebagai usahawan, anda juga perlu fleksibel dan sentiasa up-to-date dengan kaedah, teknik dan strategi terbaru dan terkini supaya sentiasa mengubahkan perniagaan mengikut peredaran masa dan trend.

Kembangkan perniagaan anda, tambah produk baru, besarkan pasaran anda, perbaiki produk anda… apa sahaja asalkan anda tidak terasa selesa dengan keadaan semasa perniagaan anda. Mana tahu, sekiranya anda tidak bergerak, pesaing anda sedang…

“Ready… Aim… FIRE!”

Sekiranya anda menjalankan perniagaan, atau berminat untuk menjalankan perniagaan, ketahui teknik, strategi dan cara mengembangkan perniagaan anda di Internet sempena 2016! Perniagaan yang tidak bergerak akan berada di takuk lama sahaja, dan bukan sekadar itu, pesaing akan melepasi anda tidak lama lagi!

Dengan mengetahui kaedah perniagaan Internet yang paling  efektif, ketahui teknik, strategi terbaru untuk pergi lebih jauh dihadapan pesaing anda sebelum mereka menggunakannya ke atas anda.

Sertai saya di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial untuk mengetahui teknik dan strategi terbaru online business! Klik di sini untuk maklumat lanjut.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

11 thoughts on “Perniagaan mesti bergerak… macam COWBOY!

  1. saya bersetuju dengan , irfan. sekiranya cita-cita kita sedikit sahaja, maka sebarang apa yang kita buat tidak akan ada “kelebihannya”. Sebagai contoh pemian bola sepak malaysia yang hanya mahu bermain bola sepak di Malaysia sahaja. Tiada usaha untuk cuba masuk ke EPL.

  2. memang di akui kita perlu menigkatkan atau menaiktarafkan produk atau perkhidmatan. kalau tidak pelanggan hanya dihidangkan dengan resepi yang sama. Tapi semua perlukan R & D , ini melibatkan new knowledge, new material dan juga kesungguhan utk mencapai kualiti yang terbaik.

  3. “Perniagaan adalah seperti hero dalam cerita cowboy. â€If you stand still, you’ll get shot!”” – Irfan

    In actual fact, dalam dunia perfileman Hollywood terkini, ianya bukan hero sahaja yg tidak boleh stand still, it’s the whole industry. Terutamanya jika kita menonton the making of action packed movies, dari camera works, kepada krew, kepada pengarah, juga producer, juga pemasaran, dan akhirnya pada penonton, semuanya tidak duduk diam. Segalanya pantas, penuh aksi, mendebarkan, menarik, dan akhirnya meletup di pawagam.

    Sebaliknya yg kelihatan amat selesa dan malas utk berfikir, pastinya industri perfileman di negara kita. Berterusan melayu…

  4. bukan sahaja perniagaan, malah dalam semua aspek kehidupan masa kini kita perlu bergerak….pantas.

    dengan ledakan maklumat pada zaman ini, kita sebanarnya tidak dapat lari dari meng”update” pengetahuan kita saban hari.

    kita bukan hidup pada tahun 1500 yang mana pengetahuan yang dipelajari dapat diginakan sepanjang hayat

    pada zaman ini, teknologi 7 tahun lepas, sudah tidak relevan dengan situasi tahun 2006. contoh paling mudah, telefon bimbit!

    p/s: sabda Nabi Muhammad S.A.W, bermaksud, didiklah anakmu pada zamannya…

  5. “Kembangkan perniagaan anda, tambah produk baru, besarkan pasaran anda, perbaiki produk anda” Usahawan tulin perlu bijak, tangkas dan sentiasa merebut peluang.

    Gunakan teknik pemasaran yang hebat, ” Anda perlu menjual produk yang betul, pada harga yang betul, di tempat yang betul kepada pelanggan yang betul”

  6. Tip yang bagus. Untuk sentiasa berkembang, kita memerlukan motivasi dan semangat juang yang tinggi juga. Tukar halangan menjadi cabaran. Move.. move.. move..

  7. adeih heh… dah kena tembak pulak dah…

    yer…perniagaan perlu bergerak

    Perniagaan memang perlu bergerak. Minda kita juga perlu bergerak dengan idea yang kreatif dan berinovasi untuk berdepan dengan segala cabaran dalam dunia perniagaan masa kini.

    Jika tak bergerak, tiada perniagaan untuk hari ini. Sebagaimana anda tidak mempunya senarai emel dalam perniagaan internet. Maka tiada apa2 urusniaga yang akan anda perolehi hari ini.

    Maaf ! anda tiada costumer untuk dihubungi. Anda tidak akan dapat menjual seribu macam produk kepada seorang costumer pun jika tiada emel list. Bagaimana anda nak membuat jualan kepada seribu orang sedangkan mereka tak mengenali anda. Promosi hebat macam mana pun, anda hanya akan membazirkan masa anda sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.