Perniagaan perlu tambah nilai untuk berjaya

valueadded.gifSememangnya dalam perniagaan saya sering mengatakan untuk kita mulakan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN (demand). Ia adalah lebih mudah menjalankan perniagaan yang sedia mempunyai PERMINTAAN oleh kerana pelanggan yang akan mencari anda!

Namun begitu jangan lupa juga dengan PENAWARAN (supply). Sekiranya PERMINTAAN tinggi, ianya tidak semestinya sesuatu yang bagis sekiranya PENAWARAN juga tinggi. Dalam konteks ini, ertinya PERSAINGAN.

Tidak kira betapa tinggi permintaan perniagaan itu, sekiranya persaingan adalah terlalu tinggi, maka masih lagi sukar mencari keuntungan.

Zaman ini, PENAWARAN atau persaingan adalah amat tinggi tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan. Satu cara untuk menangani keadaan persaingan terlalu tinggi, adalah dengan cara ADD VALUE atau menambah nilai produk dan perkhidmatan anda.

Fikirkan bagaimana anda boleh tambahkan nilai produk dan perkhidmatan anda. Antara cara-caranya adalah:

  • Ketika raya hari tu, ramai yang menjual kuih raya (Penawaran tinggi), tetapi, ada satu peniaga kuih raya ni, menambah nilai kuih rayanya dengan menyediakan dalam bekas yang amat cantik dan kelihatan mahal untuk dijadikan sebagai “gift”!
  • Di kawasan perumahan saya, ada beberapa gerai menjual nasi lemak berlauk bungkus pagi-pagi. Semua lebih kurang sama sahaja, tetapi, satu gerai tu memberi tambahan nilai dengan cara menyediakan barisan untuk beratur… so, tak la terjadi orang potong q macam gerai2 lain.
  • 7-11 memberi penambahan nilai kepada pelanggan-pelanggan dengan cara membuka 24jam sehari.

Belajar dari perniagaan di sekeliling anda. Cuba lihat apakah penambahan nilai yang dilakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan? Kongsikan pendapat anda sekiranya terfikir penambahan nilai yang dilakukan oleh mana-mana perniagaan 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

12 thoughts on “Perniagaan perlu tambah nilai untuk berjaya

  1. Dalam bisnes yang saya jalankan-bisnes telekomunikasi saya menyediakan segala kelengkapan yang diperlukan oleh pelanggan jadi bila pelanggan datang tak perlu ke kedai lain lagi.Tapi yang utama menjalingkan persahabatan dengan pelanggan pasti ia akan pelanggan yg setia..Malah ia akan syorkan untuk mendapatkan barangan @ perkhidmatan yang saya sediakan…

  2. Antara tambah nilai yang kami lakukan untuk menggalakkan jualan ialah pemberian percuma kepada pelanggan yang membeli secara borong.
    Selain itu kami juga menyediakan pembungkusan yang istimewa. Setakat ini memang ada kesannya.

  3. Assalamualaikum wbk..

    Saya supply kopi yg masih baru dalam market untuk warung & restoran..

    Antara tambah nilai yang dilakukan adalah maintain pr dengan customer supaya ‘repeat sales’ tinggi..

    Selain beri free gift untuk ambil hati customer, saya ambil hp number untuk bertanyakan bekalan stok samada dah habis/masih ada.. (hp number customer dikelaskan melalui zon) sebab perniagaan yg dijalankan terbatas pada jarak.. iaitu ‘penjual yg mencari pelanggan’ bukan ‘pelanggan mencari penjual’..

    Hmm, ada satu nak dikongsikan.. masalah produk baru yang baru masuk market..

    iaitu ‘Supply Create Demand’ vs ‘Demand Create Supply’..

    Saya termasuk kategori ‘Supply Create Demand’.. jadi memang struggle untuk penetrate market..

    Kalau ada sahabat2 sanggup berkongsi tips kaedah mencipta permintaan pada produk baru.. amat-amat saya alukan..

    Terima kasih..

    ~MiL~

  4. Hai Geng,

    Spt kami yg m’jalankan perniagaan yg berasaskan rangkaian memang m’dapat permintaan tinggi kerana perniagaan rangkaian adalah trend masa kini tetapi mempunyai persaingan yg tinggi sesama ahli & syarikat yg lain. Oleh itu kami mengambil insentif utk m’buat kelainan dimana kami menjalankan 100% online dan mempunyai training melalui online. Disamping itu juga kami juga mempunyai tarikan sendiri kerana syarikat rangkaian tersebut mempunyai sistem yg mantap bagi membantu 90% kerja-kerja perniagaan dan hanya 10% dilakukan oleh kita.. Hebat bukan !!!

    Tq

  5. Adakah sama nilai tambah dengan USP dalam sesebuah perniagaan. Saya nampak macam sama jer kalau silap betulkan,sebab tujuan ia adalah sama iaitu menunjukkan kepada pelanggan bahawa perniagaan kita itu berbeza dengan pesaing.

  6. Sy berminat dgn bisnes contohnya seperti tudung/telekung. n lg satu sy berminat ttg perniagaan Internet dari rumah tp sy x tau nk mulakan mcm mane.

    Boleh bg tips x utk starting bisnes ni.

    harap dp reply d email sy..
    terima kasih.

  7. Saya setuju dgn kenyaatan diatas kita harus fikirkan value added dlm perniagaan spt tingkatkan perkhidmatan dr segi layanan,Beri Niche dalam perniagaan berbanding dgn persaing kita dan lain-lain..

    Tq

  8. AlhamdulilLah..

    Terima kasih Alam.. semoga bermanfaat ilmu dikongsikan..

    “USP (unique selling point)”.. diguna dalam advertising ye? Saya check wiki.. AlhamdulilLah, faham sket2x..

    Hmm, mungkin contoh mudah..

    “Tips 1 minit” oleh IK..
    “Cair di mulut tidak di tangan” oleh coklat M&Ms
    “You get rid of dandruff” oleh Head & Shoulders.. dll..

    Terima kasih sekali lagi..

    ************************************

  9. added value ni mgkin sama juga mcm produk2 fizakal?? mcm beli 2 percuma 1? atau pakej beli shampo dapat promosi harga utk pelembab?? hoho

Leave a Reply

Your email address will not be published.